(Pengerusi Hidayah Centre, Sylvester, bersama rakan-rakannya menunjukkan poster majlis iftar perdana)
KUALA LUMPUR: Kira-kira 300 saudara baru akan diraikan dalam Majlis Iftar Perdana anjuran Hidayah Centre (MIPHC) pada 8 Julai nanti di Dewan Seri Siantan, Presint 3, Kompleks Perbadanan Putrajaya.
Majlis berbuka puasa meraikan saudara baru diadakan setiap tahun dan pada tahun ini adalah kali ke-8 majlis seumpama itu diadakan.
Majlis yang bertemakan 'Journey to Jannah' akan bermula jam 5.00 petang turut mengundang beberapa selebriti antaranya, Imam Muda Azhar, Sham Kamikaze dan personaliti TV Hijrah Loo To Yee.
Di samping itu, persembahan nasyid turut disajikan kemudian dikuti solat tarawih, tazkirah dan moreh mengakhiri majlis kira-kira jam 11.00 malam.
Pengerusi Hidyah Centre Foundation, Nicholas Sylvester berkata, majlis ini adalah satu usaha menjana dana oleh Hidayah Centre dalam membangunkan saudara baru melalui sokongan kewangan dan bimbingan.
Katanya, pihaknya juga memainkan peranan dalam penganjuran program-program dakwah kepada masyarakat belum Islam serta menyantuni dan membimbing saudara baru.
"Malah majlis ini adalah satu usaha Hidayah Centre sebagai sebuah institusi yang berfungsi menguruskan hal ehwal saudara baru dan program-program dakwah kepada bukan Islam untuk mengumpul dana pengoperasian, agihan bantuan kepada saudara baru dalam satu majlis melalui jualan pakej meja dan kerusi sempena majlis berbuka puasa," katanya dalam sidang media hari ini.
Justeru, beliau berharap sokongan daripada masyarakat dan segala sumbangan wang ringgit, ide, nasihat demi menjayakan majlis ini.
"Kita bukan sahaja buat di Kuala Lumpur, kita turut raikan saudara baru di Kota Kinabalu, Negeri Sembilan, Bayan Lepas Pulau Pinang dan Kuantan Pahang," katanya.
No comments:
Post a Comment