PENGKALAN CHEPA: Pada awalnya nama-nama penduduk
miskin dipungut bersama salinan kad pengenalan bagi membolehkan mereka
mendapat bantuan beras 1Malaysia.
Seorang pemimpin badan bukan kerajaan yang baru berpindah ke kampung
tersebut, yang menjanjikan mahu membantu orang ramai dengan mempelawa
penduduk datang ke rumahnya.
Penghulu Mukim Pulau Belanga, Che Mohamad Che Amat berkata, penduduk
yang datang diberi beras, minyak, gula dan susu yang bercop 1Malaysia.
“Pembahagian bantuan itu pada peringkat awal tidak nampak unsur
politik. Namun pada kali kedua penduduk dijemput ke rumahnya bagi
mengisi borang tertentu.
“Penduduk yang hadir sebahagian besarnya wanita memberitahu borang
tersebut tujuannya untuk memudahkan bantuan disalur. Ramai orang tua-tua
yang datang tidak tahu borang itu sebenarnya permohonan menyertai Umno.
“Hanya selepas kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk
Seri Jamil Khir Baharom di Kampung Babong baru-baru ini, barulah
penduduk tahu mereka diperangkap menyertai Umno,” katanya di sini.
Menurutnya menteri terbabit hadir bagi merasmikan Gelanggang Silat Silat 1Malaysia di Kampung Babong.
Jumaat lalu sebuah akhbar milik Umno mendakwa 160 bekas ahli PAS
menyertai Umno di Kampung Babong sempena perasmian Gelanggang Silat
1Malaysia dan Jamuan Rakyat.
Akhbar terbabit mendakwa kesemua mereka berasal dari Kampung Babong, Pulau Melaka dan Hujung Tanjung.
Che Muhamad berkata, penduduk hanya tahu mereka ditipu dengan menyertai Umno selepas hadir pada program terbabit.
“Warga emas yang hadir tidak diberitahu langsung majlis penyerahan
borang menyertai Umno, sebaliknya diminta hadir pada jamuan rakyat dan
perasmian gelanggang silat.
“Ramai penduduk marah selepas mereka tahu ditipu hidup-hidup pemimpin Umno,” ujarnya.
Bagaimanapun beliau tidak menafikan ada dua bekas penyokong PAS
terbabit dengan program berkenaan selepas diumpan dengan tawaran
kebendaan.
Sementara itu Ketua Penerangan PAS Pengkalan Chepa, Azmi Noor
berkata, Umno bahagian terbabit menggunakan taktik serupa seperti
berlaku di Tanah Merah meminta salinan kad pengenalan bagi mendapat
bantuan.
“Bagaimanapun rupa-rupa salinan kad pengenalan diberi penduduk digunakan bagi mengisi borang keahlian Umno.
“Umno sudah benar-benar terdesak sekarang sehingga sanggup menipu
penduduk miskin dan warga emas secara terang-terangan,” katanya.
No comments:
Post a Comment