KUALA LUMPUR: Kenyataan Timbalan Predana Menteri,
Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Umno telah menemui formula untuk menawan
Selangor dengan isu Talam Corporation Berhad (Talam) 'memalukan' BN.
Ahli
Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kemungkinan besar
Muhyiddin telah diberi maklumat tidak tepat oleh Ketua Biro Profesional
Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong dan Koordinator Barisan Nasional (BN)
Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed yang selama ini keliru
tentang 'Pelan Pungutan Hutang Talam' (Talam Debt Recovery Exercise).
"Seluruh
rakyat Selangor tahu bahawa (ketika) pemerintahan Umno-Barisan Nasional
di Selangor dulu Talam berhutang kepada tiga anak syarikat negeri iaitu
Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) - RM28.2 juta, Pendidikan
Industri Yayasan Selangor Bhd (PIYSB) - RM248.7 juta dan Kumpulan
Hartanah Selangor Berhad (KHSB) - RM115.1 juta
"Isu hutang Talam
adalah sejak dari zaman pemerintahan Umno-Barisan Nasional di Selangor
lagi, kenapa sejak dulu mereka tidak berusaha untuk mendapatkan kembali
hutang dari Talam," jelasnya pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari
ini.
Beliau yang juga merupakan jurucakap rasmi Kerajaan Negeri
Selangor berhubung isu hutang Talam itu turut mempersoal kerajaan BN
yang gagal memungut hutang-hutang tersebut walaupun RM1 setelah tiga
kali mereka mencubanya iaitu pada tahun 2005, 2007 dan 2008.
Dr
Dzulkefly memberitahu, melalui perancangan dan pelan yang telah
ditetapkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor, Talam telah
melunaskan hutang-hutang mereka dalam bentuk bayaran yang telah
ditetapkan.
Malah menurut beliau lagi, kenyataan rasmi yang
dikeluarkan oleh firma audit bebas KPMG Transaction & Restructuring
Sdn Bhd (KPMG) adalah amat jelas bahawa apa yang dilakukan oleh kerajaan
negeri adalah satu keputusan yang bijak (a sound business decision).
"Kerajaan
negeri, ditegaskan oleh KPMG tidak menbayar walaupun RM1 kepada Talam
sebaliknya Talam telah melunaskan hutang berjumlah RM392 juta kepada
kerajaan negeri," katanya.
Laporan itu menyebut bahawa Talam
telah membayar RM340.89 juta dalam bentuk tanah dan aset iaitu tanah di
Bukit Beruntung - RM150.28, di Bestari Jaya RM105.3 juta, di Ulu Yam dan
60 peratus ekuti saham dalam Ulu Yam Golf dan Country Resort dengan
nilai RM22.2 juta.
Selain itu tanah di Danau Putra seluas 134 ekar - RM52,1 juta dan 5 unit pejabat di Menara Pandan bernilai RM11.1 juta.
Manakala
selebihnya yang berjumlah RM51.12 juta pula dibayar dalam bentuk tunai
itu RM12 juta dari jualan tanah di Puncak Jalil, RM5 juta melalui 'cash
assignments' dai EON, RM7.68 juta pula dari kerja 'earthwork' di
Universiti Selangor (Unisel).
RM9.04 juta diperolehi dari jualan 25,94 ekar tanah di Bukit beruntung dan RM17.4 juta dari tanah di Bestari Jaya.
Ahli
Jawatankerja PAS Pusat itu turut menegaskan Umno-Barisan Nasional
mempertikaikan sebahagian pembayaran tanah-tanah tersebut tetapi mereka
lupa bahawa yang melakukan penilaian adalah pihak Jabatan Penilaian dan
Perkhidmanatan Hartanah (JPPH) yang merupakan agensi kerajaan
persekutuan.
No comments:
Post a Comment