Friday, September 25, 2009

UMNO CIPTA ISTILAH TIDAK TEPATI ISLAM

Sekalian penulis dan pemikir Islam yang istoqomah telah mengulas kalimah dan konsep Hadharah hanya menerima konsep Hadharah Islamiyah sahaja (bukan Islam Hadhari).
Ulasan dan huraian mereka dalah bertujuan untuk menjelaskan kepada golongan yang salah faham terhadap Islam, golongan ini beranggapan bahawa Islam adalah agama yang hanyut, boleh diheret kepada penyelewengan seperti yang berlaku terhadap penganut agama di kalangan umat terdahulu.
Atau mereka itu terpengaruh dengan ideologi dan teori ciptaan manusia. Pada pandangan mereka, Islam itu jumud tanpa anjal semata-mata kerana Islam bertegas dalam perkara-perkara tertentu yang di izin para sahabat dan para tabi'in yang ikhlas.
Perkataan Islam Hadharah yang diuar-uarkan oleh Umno mempunyai tujuan dan objektif yang tidak pernah istiqamah, malah ianya kabur, menyeleweng dan berisiko menyesatkan.
Perlaksanaan Islam yang mereka lakukan bukan kerana hidayah dan ubudiyah, tetapi kerana jibayah dan maslahah duniawiyah, contoh terkini ialah siptaan istilah Islam Hadhari. Ia suatu ungkapan indah yanh menggoda tetapi pada masa yang sama mengelirukan dan dusta belaka.
Tindakan mereka samalah seperti yang pernah dilakukan oleh golongan Tartar yang pernah menakluk Baghdada dengan mengemukankan perlembagaan Yasaq, mencapur-adukkan Islam dengan kesesatan, atau seperti Raja Akbar Agung dari India yang menggunakan perkataan Din-Ilahi yang telah menyesatkan umat Islam India pada zamannya.
Untuk memperkasakan dasar Islam Hadhari, Umno akan mengadakan kursus-kursus kepada semua kakitangan kerajaan di bawah perancangan dan peruntukan yang besar yang menelan belanja berjuta-juta ringgit.
Harapan mereka ialah supaya golongan yang menjadi sasaran akan menyokong dan menjadi alat kepada Umno. Justeru, satu jawatankuasa pelaksanaan peringkat tertinggi telah ditubuhkan yang terdiri daripada kalangan mereka yang berlatar-belakangkan agama.
Program seminar shusus akan dilaksanakan di seluruh negara, yang melibatkan sektor dan agensi kerajaan, sektor swasta, institusi kewangan, syarikat-syarikat korporat yang besar serta badan-badan berkanun.
Mengikut dakwaan mereka, ini adalah program pembaharuan minda yang khas kepada umat Melayu Islam dalam semua kumpulan. Ianya juga bertujuan menimbulkan kesedaran diri, mempertingkatkan amalan rohani dan memperjuangkan kebenaran.
Kononya program ini adalah untuk menjelaskan peranan dan sumbangan Islam dalam konteks pembangunan negara Islam adanya jalinan hubungan dengan Allah ASW dan juga menjalin silaturahim sesama kikitangan serta pihak pentadbir.
Perlaksanaan program ini juga dikatakan bertujuan untuk memberikan penjelasan sebenar akan pengertian Islam tentang pembangunan negara, ia dikira satu tuntutan agama, kononnya selari dengan kehendak al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad s.a.w.
Mereka mendakwa, rata-rata rakyat negara ini telah disalah ertikan dan menolak pembangunan sebagai satu tuntutan agama yang mereka pelajari dari ceramah-ceramah jalanan yang tidak berhemah.
Mereka mengatakan bahawa dengan memahami penjelasan demikian nescaya dapat membentuk masyarakat Islam yang cemerlang melalui penghayatan nilai-nilai Islam yang sebenar.
Sebenarnya mereka mahu membentuk supaya semua pekerja dalam negara ini menyokong usaha-usaha Umno bagi mencapai matlamat wawasan 2020.
Mengikut dakwaan mereka, program ini adalah satu-satunya program ilmu yang boleh membentuk dan membina kesedaran di kalangan umat Islam di negara Malaysia ini. Melalui ilmu yang disampaikan, umat Islam diharapkan akan memahami bahawa dirinya itu adalah seorang pekerja yang soleh, dengan kerja yang sedang dilakukan itu akan membolehkannya mendapat ganjaran syurga.
Program seminar ini akan mempastikan seluruh kakitangan kerajaan dalam negara ini sebagai jentera kerajaan dan Umno yang terlibat secara langsung dengan pelaksanaan dasar kerajaan Barisan Nasional, sekali gus memberi sokongan pasu kepada kerajaan Barisan Nasional.
Perancangan mereka ini sebenarnya menepati firman Allah SWT menerusi ayat 112-113 surah al-An'am yang bermaksud : " Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, sesetengahnya membisikkan kepada sesetngahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarannya. Dan jika tuhanmu mengkehendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biolah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (daripada perbuatan yang kufur dan dusta) itu.
"Dan juga supaya hati orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat cenderung kepada bisikan itu, dan supaya disetujui oleh mereka, dan juga supaya mereka (terus) melakukan apa yang mereka lakukan itu."
Kini secara disedari atau tidak, mereka sedang membuka tembelang sendiri untuk didedahkan kepada umat Islam bahaw beberapa ajaran Islam dan isu agama sedang diputar-belitkan dengan caya yang menarik.
Mereka juga memesongkan ajaran Islam yang mulia dan suci, dengan urusan duniawi, tanpa memberi ruang kepada Islam berkuasa untuk mentadbir dan memandu sepenuhnya.
Bahkan yang paling ketara sekali bahawa Islam Hadhari bukan bertujuan untuk kepentingan Islam, tetapi adalah untuk kepentingan Umno.

No comments: