KUALA LUMPUR: Biarpun sepatutnya sambutan Hari Merdeka
diraikan seluruh rakyat sengan mengenepikan segala perbezaan, namun
perhimpunan “Merdeka 55: Janji Ditepati” di Stadium Bukit Jalil kelmarin
dilihat tetap dipolitikkan oleh BN.
Penasihat DAP Lim Kit Siang
berkata, Datuk Seri Najib Razak gagal menonjolkan dirinya sebagai
Perdana Menteri dalam perhimpunan itu sebaliknya lebih menunjukkan
dirinya sebagai Presiden Umno.
Ianya merujuk kepada ucapan
penutup Najib yang mendakwa "pihak pembangkang dan musuh negara sedang
mencuba menyebabkan porak peranda di negara ini.”
"Saya berasa
kesal dan sedih apabila Perdana Menteri mengeluarkan kata-kata fitnah
terhadap pihak pembangkang sebagai ucapan beliau bagi sambutan
kemerdekaan.
"Semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama,
negeri, status atau pendirian politik patut mengenepikan semua perbezaan
politik mereka, sekurang-kurangnya untuk 24 jam dan bersatu sebagai
satu entiti rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Bagaimanapun
menurut Kit Siang, pertimbangan Najib salah jika beliau berfikir boleh
mempengaruhi pemikiran dan semangat patriotisme rakyat dengan ucapan
fitnah sedemikian.
Katanya, tokoh patriot dan nasionalis sebenar
Malaysia merupakan bukan daripada puak yang menyalahgunakan kuasa dan
posisi mereka dan yang memakan rasuah, tetapi oleh golongan yang rela
dan bersedia berkorban untuk mempertahankan hak-hak asasi rakyat
Malaysia tanpa mengira kaum atau agama, dan juga sehingga dipenjarakan,
hilang kebebasan asas diatas nama perjuangan untuk apa yang betul.
"Ini
merupakan bukti kukuh bahawa sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 telah
dirampas simbol, erti dan identiti oleh Umno BN sebagai sebahagian
daripada usaha terdesak mereka.
"Jika Perdana Menteri sendiri
tidak boleh menjadi contoh kepada rakyatnya, bolehkah kita menyalahkan
Menteri Kabinet yang gagal berkelakuan sebegitu," soalnya.
Mengulas
komik propaganda yang diedar ketika sambutan Merdeka itu, Kit Siang
berkata ia adalah bukti bahawa kenyataan kononnya sambutan Hari Merdeka
Ke-55 di Bukit Jalil satu sambutan kebangsaan dan bukan satu sambutan
Umno BN adalah palsu semata-mata.
No comments:
Post a Comment