KUALA LUMPUR, 13 Mac: Wanita Pakatan Rakyat menasihatkan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil agar turut meletakkan jawatan sebagai Ketua Wanita Umno bagi mengurangkan tekanan yang dihadapinya.
Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, melihat kepada tekanan yang dihadapi Shahrizat dari ahli partinya sendiri, sudah tiba masanya Shahrizat melapaskan jawatannya.
"Sebagai kepimpinan wanita kami menasihatkan beliau, untuk meringankan bebanan dengan tekanan pembangkang dan daam parti sendiri, sebaiknya beliau juga meletakkan jawatan sebagai Ketua Wanita Umno.
"Dalam keadaan sekarang beliau cukup tertekan malah kita melihat pendedahan yang dibuat ahli parti dia sendiri," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Sementara itu tegasnya, tidak berbangkit soal Shahrizat berkorban dengan melepaskan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebaliknya berkata, Sharizat cuma tidak menyambung kontraknya sebagai senator.
"Isu peletakan jawatan Shahrizat yang rata-rata dalam media mengatakan pengorbanan beliau yang begitu besar dengan mengorbankan jawatan.
"Yang sebenarnya beliau bukan berkorban apa-apa sebab beliau telah tamat tempoh sebagai ahli Dewan Negara. Tak timbul isu perngorbanan," katanya yang juga Ketua Muslimat PAS Pusat.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin memuji keberanian Shahrizat bertindak demikian berbanding menteri-menteri lelaki yang lain.
"Saya beri kredit di atas kebenanian beliau berbanding menteri lelaki yang lain yang telah diheret dengan skandal tapi tidak berani meletakkan jawatan. Adakah (Datuk Seri) Najib, (Tan Sri) Muhyidin (Yassin) dan (Datuk Seri) Noh (Omar) berani letak jawatan?" soalnya.
Terdahulu, usul yang dikemukakan beliau agar Dewan Rakyat membincangkan skandal NFC ditolak Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia atas alasan ia masih dibicarakan di mahkamah.
Zuraida bagaimanapun menjelaskan, beliau tidak meminta dewan membincangkan kes suami Shahrizat yang sedang didakwa di mahkamah namun ingin tahu bagaimana dana itu boleh diberikan kepada seorang menteri.
"Saya sebut isu ini bukan mengenai pengerusi NFC tapi kebertanggungjawaban kementerian kewangan dan kementerian pertanian yang gagal memantau projek ini sehingga sampai keadaan yang sangat teruk hampir semua wang digunakan untuk kepentingan peribadi dan cara projek itu diluluskan dan cara pelaksanaannya," jelasnya.
Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi pula berkata, apa yang terjadi ke atas Shahrizat itu jelas menunjukkan politik Umno terlalu kotor.
Sehubungan itu ujarnya, meninggalkan Umno adalah tindakan yang sesuai bagi Shahrizat.
"Kes ini menunjukkan parti Umno tidak memberi tempat sebaiknya untuk kepimpinan wanita.
"Kita sarankan Shahrizat atas sentimen kita yang tinggi kita sarankan Shahrizat mengambil tindakan bijak dengan tinggalkan Umno," katanya.

No comments:
Post a Comment