KOTA BHARU: PAS bukan parti bermuka-muka sebaliknya
berterus-terang dalam menyatakan dasar dan prinsipnya kepada rakan dalam
Pakatan Rakyat, DAP.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata,
berkat sikap berterus-terang PAS itu, orang bukan Islam tidak segan
untuk bertanya tentang Islam kepada pemimpin PAS.
"Kita
menyatakan dasar kita depan DAP dan di belakang mereka. Kita
berterus-terang dan kita bukan parti yang bermuka-muka. Kita tak pernah
undur dan dalam tahaluf siyasi PAS tak pernah rugi.
"Siapa
sangka pemimpin muda DAP datang berjumpa Tok Guru (Nik Aziz) tanya
maksud ayat al-Quran. Kita kena beri peluang kepada orang bukan Islam
untuk memahami Islam. Jangan sempitkan ruang kepada bukan Islam untuk
belajar tentang Islam," katanya sewaktu menggulung perbahasan ucapan
dasar presiden di Muktamar Tahunan PAS kali ke-58, di Putik hari ini.
Ahli
Parlimen Kubang Kerian itu juga berkata, PAS menggunakan ruang
perbahasan di Dewan Rakyat sebaik mungkin dalam menyatakan pendirian dan
hala tuju Pakatan Rakyat selepas mengambil alih Putrajaya.
"Presiden
menyatakan dengan tegas bahawa pelaksanaan syariat Islam adalah
mengikut lunas demokrasi. Maka membunuh hujah bahawa kita takut
berhadapan rakan-rakan Pakatan Rakyat.
"Di Parlimen, apabila
wakil kita bangun, kita tidak pernah lengah dan tak pernah lupa
tanggunjawab. Parlimen memberi ruang lingkup yang luas untuk kita
memberitahu kerajaan apa yang kita sasarkan apabila menguasai Putrajaya.
"Dokumen
Negara Berkebajikan dan Buku Jingga kita pegang menunjukkan apa yang
kita bawa memberi erti yang besar kepada negara. Jadi tak timbul kita
tak mampu jelaskan soal Islam," katanya.
No comments:
Post a Comment