Abdul Aziz Ismail, 55, dari Desa Baru Purun dekat sini berkata, majlis  penyampaian berkenaan diadakan di Sekolah Kebangsaan Teluk Sentang  kelmarin melibatkan pelajar-pelajar dalam daripada Dun berkenaan.
Tambahnya,  wang bernilai RM250 yang dikatakan biasiswa Yayasan Pahang itu diberi  dalam sampul surat bersama borang dan baki RM250 lagi akan dibayar  beberapa bulan lagi.
“Orang kampung jadi pelik bila MB agih  duit biasiswa macam bagi ang pau sebab selama ini penduduk nak minta  bantuan tersebut bukan main ketat lagi prosedurnya.
“Tapi  kelmarin saya percaya seluruh pelajar dalam Dun Kerdau semuanya dapat  duit biasiswa tanpa perlu mengisi borang dan tanda tangan wakil rakyat  seperti selalunya.
“Walaupun wang itu memang hak rakyat yang  layak menerimanya, tetapi saya percaya akan menyebabkan penduduk yang  bukan dalam Dun Kerdau tidak puas hati sebab anak mereka juga layak  dapat biasiswa,” jelasnya.
Kelmarin Adnan mengagihkan wang  Yayasan Pahang di Sekolah Kebangsaan Telok Sentang kepada  pelajar-pelajar anak penduduk kampung tradisional dan penempatan Orang  Asli dalam Dun Kerdau.
Selain Teluk Sentang, pelajar-pelajar  daripada pusat mengundi Kerai dan Batu Sawar turut dipunggah ke situ.  Selain daripada itu, penduduk di tiga kawasan Felda iaitu Jengka 22,  Jengka 23 dan Jengka 25 juga turut menerima biasiswa daripada Adnan.
Abdul  Aziz berkata, selain Adnan beberapa menteri lain juga turut melawat  kawasan termasuk Datuk Seri Shapie Apdal yang menyerahkan kunci  perumahan Risda, sedangkan rumah tersebut sudah lama diduduki.
“Saya  diberitahu Najib dan Muhyiddin juga sudah diatur programnya bagi  menemui penduduk di kawasan kami dan saya yakin mereka juga akan  mengagihkan wang kepada orang tua, orang kurang upaya (OKU) dan orang  miskin.
“Mungkin turun sekali seumur hidup itu baik bagi  penduduk untuk bertemu dan menadapat wang daripada pemimpin, tapi apa  yang saya bimbang ialah pada masa depan jika rakyat berada dalam  kesusahan atau ada masalah, mereka akan mengharapkan wakil rakyat mereka  mati.
“Sebab apabila berlaku PRK, segala yang diminta biasanya akan segera makbul,” ujarnya.
No comments:
Post a Comment