JELI: Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan (BBC)
menyifatkan tiada cacatnya khutbah Aidilfitri yang disampaikan
kebanyakan khatib di masjid dan madrasah pada 1 Syawal lalu biar pun
menyentuh isu semasa.
Presidennya, Abdullah Ya’kob berkata, khutbah tersebut disampaikan
khatib jemputan atau imam menyentuh isu semasa yang berlaku dalam
kehidupan seharian.
“Tidak pula sampai menjejaskan rukun khutbah kerana ramai khatib di
Kelantan berkebolehan menyampaikan khutbah dengan isi yang lebih
menarik.
“Biar pun ada teks disediakan pihak Maik, namun tidak menjadi
halangan bagi mereka menokok tambah supaya lebih menarik dan segar,”
katanya di sini.
Hari ini Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa
Mohamed dilapor melahirkan rasa kesal khatib di beberapa kampung di
Kelantan menyampaikan khutbah Aidilfitri dengan menanam sikap benci
kepada pemimpin negara.
Abdullah yang juga Adun Air Lanas berkata, berdasar kepada
pengamatannya khutbah Hari Raya di beberapa tempat didapati isu yang
disentuh lebih dekat dengan keadaan semasa.
“Kalau ada khutbah menyentuh sikap pemimpin tertentu yang flop flip
dalam isu royalti, ia tidak boleh dinafikan lagi kerana ia benar-benar
berlaku.
“Ada pemimpin yang sebelum ini bermati-matian membuat kenyataan perairan Kelantan tidak terbabit dengan carigali minyak dan gas.
“Namun sekarang cuba digambarkan seolah-olah dia pula yang menjadi
juara bagi mendapatkan hak ke atas royalti petroleum. Apakah jenis
pemimpin macam ini. Mereka kelihatan begitu panik sekarang,” katanya.
Kata beliau, rakyat sudah muak dengan lagak pemimpin seperti itu, dan
tidak menjadi kesalahan bagi mereka untuk menterjemahkan dalam khutbah
Aidilfitri atau mana-mana ucapan.
Sementara itu dalam perkembangan lain malam tadi berlangsung ceramah perdana sempena Aidilfitri di Air Lanas.
Biar pun hujan turun dengan lebatnya orang ramai tetap hadir bagi mengikuti perkembangan isu-isu semasa yang berlaku sekarang.
Hadir sama Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud, bekas
Setiausaha Gerakan Kelantan, Lau Chin Chua, Presiden R, Nazri Deraman,
Abby Abadi, Yang Dipertua PAS Jeli, Apandi Mohamad dan Abdullah.
No comments:
Post a Comment