KUALA LUMPUR: Hasil kajian Majlis Professor Negara
(MPN) dipercayai mempunyai agenda untuk memancung karier politik anak
Tun Mahathir, Datuk Mukhriz, demikian tegas Naib Presiden PAS Datuk
Mahfuz Omar.
Beliau
berkata, kajian yang dilakukan sama ada mereka tidak bijak mengatur
agenda politik atau mempunyai agenda tertentu sehinggakan melaporkan
hasil kajian tersebut kepada publik.
"Sama ada agenda ini untuk
pancung Mukhriz atau memperlihatkan ketidakcerdikan mereka yang buat
kajian," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
Bercakap
dalam sidang media hari ini, Mahfuz berkata, mungkin tujuan kajian
tersebut untuk menunjukkan Umno mempunyai pelapis yang baik sedangkan
mereka tidak tahu percaturan politik Umno di Kedah sangat teruk.
Mahfuz
turut melahirkan simpati kepada Mukhriz kerana anak bekas Perdana
Menteri itu sedang berhadapan situasi politik pimpinan Umno Kedah yang
tidak sebulu dengan ayahnya.
"Apabila menonjolkan hasil kajian,
seolah-olah Mukhriz mengatasi pimpinan Umno yang lain maka sudah tentu
sejarah melihat di Kedah berlaku percaturan tidak sebulunya Umno kedah
dengan Tun Mahathir.
"Di belakang Mukhriz sudah tentu bapanya
Mahathir, jadi percaturan politik akan berterusan dan ini akan merugikan
Mukhriz," katanya.
Mahfuz turut mempertikaikan peranan MPN yang
sepatutnya memberi tumpuan membantu membangunkan NCAR Koridor Utara
bukannya memikirkan siapa bakal menjadi MB Kedah.
Ini kerana,
beliau difahamkan kajian yang dijalan itu, ditanggung oleh NCAR Koridor
Utara dan seharusnya memfokuskan perkara yang sepatutnya menjadi
tanggungjawab mereka.
Namun, katanya PAS dan Pakatan Rakyat
sentiasa mengambil sikap terbuka terhadap hasil kajian tersebut sebagai
pendorong untuk memperkemas dan memperkukuhkan kedudukan politik Pakatan
Rakyat.
Sebelum ini, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul
Razak percaya bahawa kajian yang menyatakan bahawa anak bekas perdana
menteri Datuk Mukhriz Mahathir adalah calon MB popular bakal
memporak-perandakan BN.
Menurut Azizan, keputusan kajian tersebut
sekali gus memberi kredit kepada PAS Kedah apabila, golongan pengkaji
berkenaan "seolah-olah telah diperalat pihak tertentu bagi membangkitkan
isu ini demi kepentingan kumpulan tertentu".
Kajian yang
dibentangkan dalam satu program Majlis Profesor Negara pada Rabu lalu,
menyebut bahawa Mukhriz merupakan calon menteri besar paling popular
sekiranya BN berjaya merampas kembali pentadbiran Kedah.
Kajian
itu membandingkan peluang Mukhriz dan tiga lagi pemimpin Umno Kedah –
ketua perhubungannya Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, ketua penerangan
Datuk Seri Mohd Jamil Khir Baharom dan ketua pembangkang DUN Kedah,
Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Laporan yang dibentangkan oleh Prof
Madya Dr Rohana Yusof dari UUM juga menyatakan bahawa BN lebih
berpeluang untuk merampas Kedah dari tangan PAS dalam pilihan raya umum
akan datang.
No comments:
Post a Comment