Impian telah menjadi kenyataan,5 - 6 Mac 2010 merupakan tarikh penting dalam diari DPPKM kerana dapat menghimpunkan pemuda-pemuda di ketiga-tiga DUN dalam Parlimen Machang.Himpunan 2 hari 1 malam yang dinamakan Rehlah Mahabbah DPPKM 2010 telah dijayakan di Taman Santuari,Tasik Pergau,Jeli.
Program tersebut dianjurkan oleh Lajnah Tarbiah dan Latihan Kepimpinan DPPKM.Pengerusi Lajnah Tarbiah dan Latihan Kepimpinan DPPKM,Ustaz Ahmad Tajuddin Mukhtar berkata "Pemuda yang berada di bawah naungan Allah bererti pemuda yang disayangi dan di cintai Allah S.W.T sehinggakan Allah berkenan untuk melindunginya.pemuda yang yang di cintai dan di naungi Allah adalah pemuda yang memiliki sifat dan keperibadian mulia iaitu pemuda yang beriman,berilmu dan beramal soleh,inovatif,kreatif serta positif . Menjadi seorang pemuda yang beriman,bermakna pemuda yang ideal dan cemerlang.Pemuda ideal,berilmu dan bertaqwa adalah menjadi harapan kepada ibubapa,bangsa dan Negara"
Katanya lagi,"Berdasarkan situasi tersebut,berbekalkan semangat dan keinginan melihat perubahan kepada generasi depan dari pelbagai aspek samaada aspek kecemerlangan syakhsiah mahupun akademik diri peserta,maka Lajnah Tarbiah dan Latihan Kepimpinan DPPKM berasa bertanggungjawab untuk menghimpunkan para remaja dan pemuda di dalam satu program sekaligus cuba merealisasikan beberapa objektif penting yang dilihat mampu menjana kecemerlangan secara menyeluruh"

DPPKM mengucapkan jutaan terima kasih,terutamanya kepada Rakan Pimpinan Dewan Pemuda PAS Kawasan Jeli kerana telan menyediakan jamuan makan tengahari di kawasan PASTI Cawangan Gunung,apa yang menjadi kenangan manis bagi kami ialah sambal pijat.
1 comment:
Syeikh, ada wakilkah pemuda kampung pangkal mak wan. Di bawah peti undi simpol berlubang dan cawangan kuala sat. jangan tinggalkan mereka andai ada program kerana mereka terlalu bertungkus lumus dalam gerak kera pilihanraya dan memastikan peti undi simpol berlubang sentiasa menang besar.
Post a Comment