Saturday, February 27, 2010

Pemuda perlu berani berubah, lakar sejarah baru

SHAH ALAM, 27 Feb: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyeru Pemuda PAS supaya berani membuat perubahan dan melakar sejarah baru dalam suasana politik negara yang penuh mencabar.

"Pemuda pasti berjiwa besar, membuka luas minda, tidak terjebak dalam emosi dan sentimen yang menyempitkan perjuangan.

"Pemuda juga mesti berani berubah, berani untuk melakar sejarah kerana itulah sifat pemuda" katanya yang merupakan mantan Ketua Pemuda PAS pada sesi lepas.

Beliau tidak bimbang soal aqidah dan daya juang yang ada dalam diri pemuda selagi sistem tarbiyyah PAS dipandu dan terus diperjuangkan oleh kepimpinan ulamak yang sedia ada pada hari ini.

Jati diri pemuda juga katanya tidak boleh dibina di atas emosi dan sentimen bagi berhadapan dengan suasana politik yang semakin mencabar.

"Apa yang penting bagi pemuda ialah terus maju ke hadapan, kerana cabaran hari ini tidak sama dengan cabaran 30 tahun yang lalu.

"Hari itu telah berlalu, hari ini era yang baru, politik yang memerlukan pemikiran baru, pemikiran yang lebih bijaksana dalam mengharungi bahtera perjuangan ini.

"Hari ini mesti ada nilai tambah, diri kita mesti terus belajar dan terus belajar" katanya.

Beliau merasmikan majlis penerangan dan pelancaran Polisi Latihan Kompetensi Bersepadu Pemuda PAS di sebuah hotel, di sini semalam.

Program selama dua hari itu dianjurkan oleh Akademi Kepimpinan Pemuda di bawah dewan Pemuda PAS Pusat.

Pengarah Program, Ahmad Sabki Yusuf menyatakan bahawa latihan ini bertujuan untuk menyediakan barisan kepimpinan di dalam PAS.

Menurutnya, setiap pemuda PAS mesti menjadi seorang yang kompiten, melaksanakan tugas dengan sempurna dan berkesan selain menjadi orang yang beramanah dan berintegriti.

"Kita tidak boleh menjadi orang yang baik semata-mata tetapi tidak boleh melaksanakan tugas dengan baik.

"Adalah menjadi suatu fitnah pada agama kita, sekiranya kita mendokong perjuangan agama ini tetapi diri kita tidak diterapkan dengan 'al-qawiyy' dan 'al-amin'." kata beliau yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Program tersebut dihadiri oleh 200 Pemuda PAS yang merupakan pelapis kepimpinan pemuda yang mewakili setiap negeri.

Turut hadir dalam program semalam, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani, bersama exconya Kamaruzaman Mohamad, Adram Musa, Ir Hj Mohd Khairil Nizam dan Zuraidin Abdullah.

Thursday, February 25, 2010

Suasana Ceramah Pakatan Rakyat Machang

YB Dato` Seri Ir.Nizar Jamaluddin sedang memberi penjelasan mengenai krisis di Perak
Kelihatan Timbalan II Pengarah Jbtn.Amal sedang memungut derma
YB Azmin Ali memberi penjelasan mengenai fitnah 2 ke atas Dato` Seri Anuar Ibrahim
YB Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Malaysia bersama YB Ahli Jawatankuasa PAS Pusat memotong riben sebagai simbolik Pelancaran MPV Jenazah Ahli Parlimen Machang
YB Saifuddin Nasution Ismail - Ahli Parlimen Machang
Semangat YB Siti Zailah Yusof - Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat
Turut bersama dipentas Pakatan Rakyat YB ADUN Kemuning,YB ADUN Temangan dan Dato` YDP PAS Kawasan Machang
Padang dipenuhi dengan lautan manusia
Orang penting - Ahli Jabatan Amal DPPKM

Monday, February 22, 2010

Bersama Menghayati Sunnah Perjuangan Rasulullah S.A.W


Takziah Untuk Mangsa Kebakaran Daripada DPPKM

Kebakaran berlaku sekitar jam 7.45 malam

Keprihatinan YAB Tuan Guru Dato` Menteri Besar Kelantan turun padang pada keesokan harinya bersama YB Dato` Husam Musa dan YB Ahli Parlimen Machang
Suasana selepas kebakaran
Mangsa kebakaran sedang menunggu giliran untuk mendapatkan bantuan segera daripada Kerajaan Negeri Kelantan


Dewan Pemuda PAS Kawasan Machang mengucapkan takziah kepada semua mangsa kebakaran di Kedai Pulai Chondong pada jumaat,19 Febuari 2010.Pada keesokan harinya,bersempena dengan Seminar Kepimpinan Jentera Pilihanraya Pemuda PAS Negeri Kelantan,DPPKM mengambil kesempatan untuk melancarkan Tabung Mangsa Kebakaran dan berjaya mengumpul RM 590.10.Hasil kutipan tersebut akan disalurkan terus ke Tabung Mangsa Kebakaran DUN Pulai Chondong.

Thursday, February 18, 2010

DPPKM anjur Rehlah Mahabbah 2010


Pendaftaran Dibuka mulai sekarang,keterangan lanjut hubungi Pengarah Program Ust.Ahmad Tajuddin Mukhtar 014-5220622 atau Urusetia Program Bahagian Pendaftaran Sdr.Khairul Che Khalid 019-9335085.Daftarlah sebelum 1.Mac.2010

Tuesday, February 16, 2010

Suasana Pelancaran kuliah Bulanan PAS Kawasan Machang

Pengerusi Lajnah Tarbiah DPPKM memperdengarkan alunan bacaan ayat suci al-Quran

Khusyu` mendengar alunan bacaan ayat suci al-Quran

Dato` YDP PAS Kawasan Machang sedang menyampaikan ucapan alu-aluan

Pengerusi Lajnah Penerangan DPPKM sedang berbincang sesuatu dengan Ketua DPPKM
YB Dato` Hj.Mohd Amar Nik Abdullah sedang menyampaikan kuliah

Tingkat 1 Wisma PAS Machang dipenuhi dengan kehadiran Muslimin dan Muslimat

Minat dan kesungguhan para ahli dan penyokong PAS mendengar ucapan YB Dato` Mohd Amar

Kekuatan parti terletak pada penyokong dan juga pendokong

Suasana di majlis jamuan kesyukuran

Monday, February 15, 2010

Aktiviti Riadhah-Memantapkan Ukhuwwah Dikalangan AJK DPPKM

Pen.Setiausaha DPPKM beregu dengan Pengerusi Lajnah Kebajikan


Turut kelihatan memberi sokongan Pengerusi Lajnah Tarbiah dan Komander Jabatan Amal DPPKM


Lontaran senyuman manis daripada Penolong Bendahari DPPKM


Pengerusi Lajnah Kebajikan - Cik Pasli Mustapha


Series - begitulah aksi permainan Pasangan Regu Ketua DPPKM dan Timb.Pengerusi Lajnah Kebajikan

Sunday, February 14, 2010

Kembara Bermotor Pemuda PAS Sik,Kedah Ke Machang


wakil rombongan KKPS menyampaikan cenderahati kepada Ketua DPPKM

Perlawanan Bola Sepak Persahabatan Diantara DPPKM vs KKPS


Rombongan bergerak ke Padang Majlis Daerah Machang

Kelab Kembara Parlimen Sik,Kedah



Thursday, February 11, 2010

80.8% rakyat Kelantan tolak wang ehsan

KOTA BHARU, 11 Feb: Majoriti rakyat Kelantan menolak pemberian wang ehsan oleh kerajaan Pusat bagi menggantikan bayaran royalti petroleum terhadap negeri itu.
'
Dalam satu kaji selidik yang dibuat Pusat Kajian Strategik (PKS) Kelantan berhubung tuntutan royalti negeri itu, 80.8 peratus atau 5,721 dari 7,077 responden tidak bersetuju menerima wang ehsan berbanding royalti.
'
Manakala 1,023 atau 15.5 peratus sahaja bersetuju dengan tindakan kerajaan pusat tersebut.Berhubung tindakan kerajaan negeri menuntut royalti pula, 95.1 peratus dari jumlah keseluruhan responden menyokong tindakan kerajaan negeri dan hanya dua peratus tidak bersetuju manakala 2.8 peratus lagi memberikan jawapan tidak pasti.
'
Sekiranya, tuntutan royalti tidak mampu diselesaikan melalui meja rundingan, 83.2 peratus atau 5,886 dari responden bersetuju tuntutan tersebut dipanjangkan ke mahkamah.
'
Ketua Pegawai Penyelidik PKS, Zainal Abidin Hussin ketika merumuskan hasil kajian itu berkata, rakyat Kelantan sememangnya menyokong dan bersama kerajaan negeri dalam menuntut hak royalti tersebut.
'
"Rakyat Kelantan bersama kerajaan negeri dalam usaha menuntut hak royalti seperti termaktub dalam Akta Pembangunan Petroleum (1974).
'
"Ini juga satu referendum rakyat negeri dan mereka menolak kaedah kerajaan pusat yang menukar royalti kepada wang ehsan," katanya.
'
Kaji selidik tersebut dibuat merangkumi sepuluh jajahan iaitu Kota Bharu, Bachok, Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah, Jeli, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang.
'
Responden pula adalah berumur 21 tahun ke atas mewakili pelbagai latar belakang kerjaya termasuk kakitangan kerajaan pusat, kerajaan negeri, swasta dan bekerja sendiri.
'
Kerajaan pusat sebelum ini mengumumkan akan memberi wang ehsan RM20 juta kepada Kelantan berbanding RM 2 bilion royalti yang dituntut kerajaan negeri itu.

Tuesday, February 09, 2010

Bertarung Di " Mahkamah Rakyat "

PUTRAJAYA, 9 Feb: Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mencabar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir supaya membubarkan Dun Perak dan bertarung di 'mahkamah rakyat'.
;
Beliau menyatakan demikian ketika berucap di hadapan ratusan penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang masih berkumpul di pekarangan Mahkamah Persekutuan tengah hari ini.

Bercakap pada sidang media sebelum itu, beliau berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya berhubung Menteri Besar Perak yang sah tidak dapat menyelesaikan kemelut yang berlaku di negeri itu.
'
Sehubungan itu, katanya Dun Perak perlu dibubarkan supaya dipilih semula wakil untuk menyelesaikan masalah yang berlaku itu.

Begitupun, beliau menerima keputusan mahkamah itu.

“Kita terima keputusan mahkamah walaupun ia menyedihkan bagi kita,” ujarnya yang juga Adun Pasir Panjang.

Beliau juga menyeru rakyat supaya bertenang dan jangan ada yang bertindak dan melakukan provokasi.

Baginya, keputusan itu merupakan petanda amat hitam di Malaysia kerana rakyat negeri Perak mahu diberi ruang sebesar-besarnya untuk memilih pemimpin negeri.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang menyifatkan mahkamah belum lagi bebas daripada pengaruh pihak-pihak tertentu.

“Keputusan ini tidak menyelesaikan kemelut negeri Perak. Keputusan ini juga ketepikan apa yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia, ia juga menjadi demokrasi lebih kusut,” katanya.

Tambahnya, Pakatan Rakyat (PR) akan memperhalusi dan meneliti keputusan tersebut.

Para penyokong PR bersurai sekitar jam 12.05 tengah hari.

Rayuan Nizar Ditolak

PUTRAJAYA, 9 Feb: Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan pelantikan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak adalah secara sah dan mengikut Perlembagaan.

Berikutan itu, Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham menenangkan para penyokong Pakatan Rakyat dan meminta mereka bersabar.

"Kita hormati keputusan mahkamah," ujarnya.

Para penyokong Menteri Besar Pakatan Rakyat (PR) Perak, Datuk Seri Ir Mohammah Nizar Jamaluddin dan BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang berkumpul di pekarangan Mahkamah Persekutuan di sini, mulai diasingkan jam 9.55 pagi.

Kira-kira jam 10.00 pagi kain rentang yang bertulis "Mahkamah rakyat, Nizar MB" dirampas oleh pihak keselamatan selepas direntang dan dilaungkan "Hidup Rakyat".

Walaupun suasana tenang, namun kira-kira 100 anggota pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang pada ditempatkan di dalam kawasan mahkamah mulai keluar untuk memisahkan kedua-dua belah pihak yang berjumlah kira-kira 1,000 orang.

Beberapa pemimpin Umno Perak berucap yang sebelum diminta beredar dari pintu masuk dan tangga mahkamah.

Antara pemimpin PAS yang mulai hadir ialah Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar kira-kira jam 9.40 pagi, Ketua Penerangan dan AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan Dr Dzulkefly Ahmad sebentar tadi. Naib Presiden PKR, Mustafa Kamil Ayub juga kelihatan.

Penyokong PR turut menunaikan solat hajat di pekarangan mahkamah pada jam 9.30 pagi yang diimamkan oleh Ustaz Norazli Musa.


Para penyokong Menteri Besar Pakatan Rakyat (PR) Perak, Datuk Seri Ir Mohammah Nizar Jamaluddin dan BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mula berkumpul di pekarangan Mahkamah Persekutuan di sini, kira-kira kam 7.00 pagi tadi bagi mengikuti keputusan siapakah menteri besar yang sah.

Penyokong PR yang diketuai Kelab Penyokong PR Perak, Drs Khalil Idham Lim tidak dibenarkan memasuki mahkamah.

Begitu juga dengan penyokong Zambry yang memakai baju kuning bertulis Daulat Tuanku dan 1Malaysia serta Belia 4B dan Pewaris sambil melaungkan Daulat Tuanku dan 1Malaysia.

Hanya seorang wakil daripada setiap media dibenarkan masuk ke bangunan mahkamah manakala yang lain berkumpul di luar.

Sehingga jam 8.30 pagi, lebih 500 penyokong kedua-dua belah pihak memenuhi pekarangan mahkamah.

Empat buah bas yang membawa penyokong Nizar dari Perak juga sudah tiba.