Saturday, August 21, 2010

Tentatif Program Ijtimak Tarbawi

01 Oktober 2010 [ Jumaat ]
04.00 pm - 06.30 pm : Pendaftaran Masuk0
6.30 pm - 07.30 pm : Taklimat , al Ma'thuuraat & solat maghrib berjamaah0
8.00 pm - Taujihat Tarbawi oleh :Al Fadhil Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man~ Solat Isyak dan Makan malam ~
10.15 pm : Majlis Perasmian oleh :YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat [Al Mursyidul Am PAS] .
02 Oktober 2010 [ Sabtu ]
Qiamulail dan Bicara SubuhTafsir Al Hujurat 1 [6.15 am] dan Tafsir Al Hujurat 2
[8.00 pm] oleh :Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang [Presiden PAS]
Kertas 1 : PAS & Tarbiyah Islamiyyah oleh :Al Fadhil Tuan Guru Dato' Yahya Othman
Ulasan 1 : Pengukuhan PAS melalui Tarbiyah oleh :Al Fadhil Yb. Ust Nasharudin Mat Isa [ Timbalan Presiden PAS ]
Pidato Tarbawi 1 : Tarbiyah Jihadiyah dan Pilihanraya oleh :Al Fadhil Ustaz Dato' Abu Bakar Chik
Forum Tarbawi 1 : Memupuk Budaya Tarbiyah dalam PAS oleh :Yb. Hj Salahudin Ayub [ Naib Presiden PAS ]Ustaz nasrudin bin Hj Hassan At Tantawi [ Ketua DPP Pusat ]Ustazah Hajjah Nuridah binti Mohd Salleh [ Ketua DMP Pusat ]
Pidato Tarbawi 2 : Tarbiyah Jihadiyah dan Palestine oleh :Wakil Gerakan Islam Luar NegaraAl Fadhil Tuan Guru Dato' Hj Harun Din [ Timbalan Mursyidul Am PAS ]Yb. Dato Hj Mahfuz Omar . [ Naib Presiden PAS ]
03 Oktober 2010 [ Ahad ]
Qiamulail dan solat fardhu berjamaahTafsir Al Hujurat 3 ~ khatam ~ [ 6.15 am ] oleh :Yb Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang [ Presiden PAS ]
Kertas 2 : Tarbiyyah Al Harakiyyah oleh :Al Fadhil Yb. Tuan Guru Dato' Hj Harun Taib [ Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat ]
Ulasan 2 : Mengukuh Amal Jamaei oleh :Al Fadhil Ustaz Idris Hj Ahmad
Forum Tarbawi 2 : Tarbiyyah dan Dewan Pemuda PAS oleh :Al Fadhil Ustaz Hj Zulkifli Ismail [ DUP ]Al Fadhil Ustaz Azman Syafawi Abd Rani [ DPP Pusat ]Al Fadhil Ustaz Hj Ahmad Yahya [ DPP Kedah ]
Ikrar Ijtima' : Pengarah Ijtima'Penutup
[ 12.30 pm ] oleh : Yb Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS

Waspada tiupan api perkauman Umno BN

KUALA LUMPUR, 20 Ogos: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru semua lapisan rakyat dalam negara ini agar dapat bertenang dan menilai dengan adil akan tiupan api perkauman yang saban hari semakin menebal oleh pimpinan Umno BN.

“Kepada seluruh rakyat dalam negara kita, marilah terus bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat untuk melakukan suatu perubahan dan keluar dari politik songsang mainan Umno BN ini, dengan kita sama-sama meletakkan negara di landasan yang sepatutnya dalam menghadapi cabaran zaman yang mendatang, ke arah suasana yang lebih adil dan aman di Malaysia,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, lewat hari ini.

Justeru, menurutnya, permasalahan yang dibangkitkan oleh Presiden MCA berbentuk resolusi dari kongres ekonomi yang dianjurkan oleh parti itu baru-baru ini adalah merupakan satu lagi manifestasi kegagalan Barisan Nasional dalam memahami kehendak keadilan yang perlu dilaksanakan terhadap rakyat pelbagai kaum dalam negara kini.

Beliau berkata, keadaan itu tambah merumitkan apabila MCA yang merupakan satu parti yang dianggotai oleh golongan elit dan kaya yang tidak membela nasib rakyat bawahan berketurunan Cina yang memerlukan.

Kegagalan itulah juga, ujarnya yang turut dikongsi bersama oleh parti MIC.

Menurutnya, orang Melayu dalam negara ini juga tidak boleh lagi terus percaya bahawa Umno akan membela nasib mereka, setelah selama puluhan tahun rakyat sama-sama melihat bagaimana sistem yang ada dalam negara ini ini menuju kepada pengagihan hasil ekonomi negara kepada kelompok Umno-putra.

Katanya, ketidakadilan ini bukan sahaja dirasai oleh pelbagai kaum yang wujud dalam negara ini, bahkan juga berlakunya diskriminasi terhadap orang Melayu dan Bumiputera yang berlainan fahaman politik dengan kerajaan yang dipimpin oleh Umno-BN.

“Bukan itu sahaja, politik perkauman sempit dan laungan bersifat rasis kini telah menjadi bahan ugutan dan senjata untuk meraih sokongan oleh pimpinan BN di kala terdesak, seolah-olah rakyat dengan begitu senang boleh dipengaruhi pada zaman langit terbuka ini,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Monday, July 19, 2010

Tidak perlu kerjasama politik dengan Umno

KUALA LUMPUR, 19 Julai: PAS bukan sahaja menolak malah tidak melihat sebarang keperluan untuk menjalin kerjasama politik dengan Umno biarpun pelbagai pendekatan mahu digunakan pemimpin parti pemerintah itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempelawa orang tengah dalam menjayakan kerjasama Umno-PAS sebagai sia-sia.

"Kita dah tutup fail untuk kerjasama dengan Umno dan tak timbul lagi isu ini.

"Guna orang tengah ni menunjukkan Umno kritikal sungguh,” katanya kepada Harakahdaily.

PAS, jelasnya hanya bersetuju bekerjasama atas semangat faderalisme antara kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri Pakatan Rakyat atau goverment to goverment (G to G).

Ianya termasuk isu hak royalti dan gran perkapita tahunan Kelantan dan isu serangan bertali arus Umno terhadap kerajaan Pakatan rakyat Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.

Dalam konteks itu jelasnya, PAS tidak melihat kenapa orang tengah diperlukan.

"Yang kita setuju adalah kerjasama kerajaan dengan kerajaan atas sifat federalisme.

"Selesaikan masalah negeri yang sudah lama tertunggak. Saya pelik kenapa G to G pun kena guna orang tengah," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Lebih menimbulkan persoalan jelasnya, kenapa Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dicadangkan menjadi orang tengah untuk kerjasama G to G tersebut.

"Saya pelik kenapa Mufti Perak dicadang jadi orang tengah, sedangkan dia cenderung kepada kerjasama politik PAS-Umno yang kita memang dah tolak," soalnya pula.

Semalam, Muhyiddin dalam kenyataannya mempelawa mana-mana pihak untuk menjadi orang tengah dalam merealisasikan kerjasama PAS-Umno.

Beliau mempelawa bekas mufti atau Mufti Perak sendiri berbuat demikian.

PAS bagaimanapun tetap berpendirian menolak sebarang bentuk kerjasama politik selain atas semangat federalisma G to G.

"Prinsip Islam, tolong menolong dalam perkara baik dan taqwa, tapi dalam Umno segala macam kemungkaran ada.

"Kita tidak akan mendukung biawak hidup dengan babi hidup," tegas Tuan Ibrahim.

Sepetang Bersama Pemuda PAS Cawangan Banggol Judah (Dun Kemuning)

Yang Berhormat Dun Kemuning
Bersama Pimpinan Dewan Pemuda PAS Machang

Segak Dan Bergaya
Jersi Puteh (DPPKM) Merah (Banggol Judah)

Ketua Pemuda PAS Machang
Menyerahkan Bola Sepak Tanda Kenangan Bersama
,
Ketua Pemuda Menyampaikan Amanat
Kepada Pemuda Yang Hadir
,
Amanat Di Dengar Dan Dimanfaatkan

Setiausaha Pemuda PAS Machang
Memulakan Bicara Majlis Ini
,

Bersiap Sedia Untuk Bertempur

Kempen bantah kenaikan harga barang 28 Julai

KUALA LUMPUR, 18 Julai: Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) menetapkan 28 Julai ini sebagai tarikh pelancaran kempen bantahan terhadap tindakan kerajaan menaikkan harga beberapa barangan asasi beberapa hari lalu.
Jurucakap Protes, Dr Mohd Hatta Ramli memberitahu media selepas mempengerusikan mesyuarat gabungan itu di Pejabat Agung PAS, dekat sini, tengah hari tadi.

Menurutnya, pelancaran tersebut akan berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur dan pada hari itu akan diputuskan tarikh demontrasi besar-besaran membantah tindakan kerajaan menaikkan harga petrol, diesel, gula dan gas.

"Mesyuarat tengah hari tadi turut membincangkan cadangan untuk mengadakan demontrasi tetapi tarikhnya akan ditentukan dalam mesyuarat semasa pelancaran kempen bantahan tersebut.

"Selain itu, kita juga akan menyusun aktiviti-aktiviti lain iaitu penyediaan risalah dan maklumat berkaitan dan juga menyusun tarikh 'road show' ke seluruh negara," katanya.

Beliau yang juga Bendahari PAS Pusat berkata, cadangan untuk berdemontrasi dilihat sebagai kaedah bantahan yang paling berkesan dan efektif.

"Demontrasi membantah PPSMI, GST dan yang terbaru kelulusan lesen judi, berjaya memberikan tekanan kepada kerajaan untuk menangguhkan dan ada yang terpaksa dibatalkan keputusan yang telah dibuat," katanya.

Ditanya sama ada demonstrasi itu akan dibuat menjelang bulan Ramadhan, beliau berkata, Protes lebih gemar untuk mengumumkan pada hari pelancaran kempen tersebut (28 Julai).

"Kalau boleh kita nak buat segera, dan kita tidak boleh berlengah-lengah sangat," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.

Sunday, July 11, 2010

Sekitar Rehlah Mahabbah Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan 2010















Nik Aziz: Boikot media pro-BN jika permit tidak diperbaharui

KOTA BHARU, 10 Julai: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat memboikot semua media pro-BN jika permit untuk akhbar pro-Pakatan tidak diperbaharui.
,
“Saya harap permit Harakah dan Suara Keadilan diperbaharui. Bagaimanapun, jika kedua-dua akhbar yang menjadi suara rasmi Pakatan ini tidak diperbaharui, saya cadangkan arahan rasmi dikeluarkan kepada pemimpin dan penyokong Pakatan agar mula memboikot media pro BN," kata beliau melalui laman komuniti Facebook hari ini.
,
Beliau dipercayai mengulas tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang sehingga kini tidak menyambung permit Harakah dan Suara Keadilan yang telah tamat tempoh.
,
Turut tamat tempoh adalah permit akhbar Rocket versi Bahasa Inggeris yang dimiliki oleh DAP.
,
Permit akhbar Harakah tamat pada 7 Julai lepas. Pada 5 Julai, Pemangku Ketua Pengarang Harakah, Taufek Yahya telah dipanggil mengadap lapan pegawai KDN di Putrajaya.
,
Pada 8 Julai lepas, KDN menghantar satu surat tunjuk sebab kepada Harakah kenapa tindakan tidak boleh dikenakan ke atas akhbar itu.
,
Pada 9 Julai, Taufek sendiri telah ke pejabat KDN di Putrajaya menghantar jawapan Harakah ke atas surat tunjuk sebab itu. Ia dijawab sendiri oleh Pengarah Urusan Harakah yang juga AJK PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar.
,
Kamarudin dalam kenyataannya berkata, Harakah akan diterbitkan seperti biasa kerana permohonan penyambungan permit sudah dibuat kepada KDN dan Harakah memang menunggu kelulusan permit itu.
,
Sementara itu, KDN memberikan amaran kepada PKR agar jangan menerbitkan Suara Keadilan kerana pihaknya tidak berpuashati dengan jawapan PKR ke atas isu 'Felda Bankrap".
,
Dalam kenyataannya, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan meminta KDN atau kerajaan mengambil pendekatan menyaman Harakah jika ada apa-apa kesalahan yang dibuat bukannya membatal atau menarik permit akhbar itu.
,
"Jika mereka rasa Harakah salah, mereka boleh saman dan memberikan bukti kesalahan Harakah jika ada," katanya.

Ceramah Oleh Ketua Pemuda PAS Kawasan Machang


Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Kawasan Machang Bulan Julai 2010