KOTA BHARU, 25 April: Angkatan Muda PKR dengan kerjasama Pemuda PAS Kelantan akan menganjurkan siri ceramah perdana Pakatan Rakyat pada 28 April di Stadium Mini Pasir Mas, Kelantan dengan tema “Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia, Tolak Fitnah."
Penceramah utama yang diraikan adalah YAB Tuan Guru Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan), di samping Salahuddin Ayub (Ahli Parlimen Kubang Kerian), Ustaz Abd Latif (Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan), Mohamad Zaki Ibrahim (S/U PAS Kelantan merangkap Timbalan Speaker DUN Kelantan), Shamsul Iskandar (Ketua AMK Pusat) dan Yusmadi (Ahli Parlimen Balik Pulau).
Penganjur menjangkakan ribuan rakyat Kelantan akan memenuhi kawasan Stadium Mini Pasir Mas, memandangkan “mood” rakyat hari ini yang menolak pemerintahan BN khususnya rakyat Sarawak.
Ceramah ini adalah julung kali diadakan selepas pemilihan pimpinan baru AMK Kelantan dan merupakan permulaan kepada siri jelajah AMK Kelantan. Tujuan jelajah ini adalah untuk menjawab segala fitnah yang sebarkan oleh UMNO keatas Dato Seri Anwar Ibrahim, kata Rusdi Mohd Zain, Ketua Penerangan AMK Kelantan.
Antara isu-isunya fitnah II (Liwat) keatas DSAI, fitnah III (fitnah video lucah) dan penerangan buku jingga. Rakyat Kelantan yang prihatin dijemput bersama-sama menyatakan sokongan kepada perjuangan Pakatan Rakyat.
No comments:
Post a Comment