
KUALA LUMPUR, 3 Jun: Himpunan Hijau Ke Putrajaya membuktikan perhimpunan PAS adalah yang paling aman jika tidak diserang dengan ganas, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
"Kita sentiasa membuktikan dalam semua perhimpunan kita dan kita membuktikan sekali lagi dalam Himpunan Hijau Jumaat lalu bahawa perhimpunan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) adalah yang paling aman jika kerajaan Umno tidak mengerahkan polis menyerang kita dengan ganas," katanya.
Menurut Mahfuz, suasana aman dalam perhimpunan PAS dan PR bukan kerana diadakan di dalam atau di luar stadium kerana terbukti di mana pun perhimpunan PAS dan PR diadakan, semuanya berjalan dengan aman jika tidak diganggu dan diserang.
"(Presiden PAS, Datuk Seri) Tuan Guru Abdul Hadi (Awang) pernah memimpin puluhan ribu orang berarak dari Masjid Kampung Baru ke Pusat Konvensyen KLCC dan akhirnya ke Kedutaan Amerika Syarikat.
"Dari selepas solat Jumaat hinggalah jam lima petang, semuanya berjalan dengan penuh aman kerana kerajaan Umno tidak kerahkan polis serang demonstrasi dan perarakan itu.
"Tidak ada sesiapa yang diganggu oleh mereka yang berdemonstrasi, tidak ada harta awam yang dirosakkan dan tidak ada perniagaan yang ditutup malah banyak kedai makan yang kehabisan makanan yang hendak dijual kerana mereka yang berdemonstrasi singgah makan dan minum, maklumlah pada masa itu penipu-penipu yang mengada-ngada belum dapat idea untuk mendakwa perniagaan mereka ditutup dan rugi," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Sebagai Pengarah Program Himpunan Hijau itu, Mahfuz berkata, perhimpunan itu akan diadakan di seluruh negara.
Beliau juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program itu.
"Saya bersyukur kepada Allah kerana dengan pertolongan-Nya, Himpunan Hijau dapat kita adakan dengan penuh gemilang.
"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada ratusan ribu ahli dan penyokong PAS yang datang dari seluruh negara sehingga menjadikan himpunan itu begitu bermakna kepada perjuangan bersama," katanya.
Menurut Mahfuz, kejayaan penganjuran himpunan itu adalah hasil dari komitmen yang luar biasa dari semua yang terlibat.
"Kepada Unit Amal, Unit Keselamatan, Unit IT yang berjaya memberikan liputan program itu sehingga dapat disaksikan di seluruh dunia, Unit Perubatan, PAS kawasan-kawasan dari seluruh Kedah dan semua pihak yang terlibat menjayakan himpunan itu, saya ucapkan terima kasih tidak terhingga dan jazakumuLlahu khairan kathira.
"Saya yakin Umno semakin merasa bahangnya kerana komitmen untuk menjayakan Himpunan Hijau adalah muqaddimah kepada komitmen kita kepada kerja-kerja pilihan raya yang akan datang," katanya lagi.














Menurutnya, kemenangan akan diturunkan Allah jika kita menolong menegakkan agamaNya.














ALOR SETAR:
Walaupun keadaan hujan lebat yang menimpa program Xpresi Hijau Anak
Muda ke Putrajaya Dewan Pemuda PAS Pusat semalam, namun ada sesuatu yang
mencuri tumpuan dan membakar semangat anak muda yang membanjiri Stadium
Darul Aman, di sini.

Perbuatan
itu bukan untuk mengatakan keangkuhan sebaliknya ingin membuktikan
kepada masyarakat awam bahawa PAS bukan bercakap kosong untuk menawan
pusat pentadbiran kerajaan.
"Usah
bercakap soal remeh atau bercakaran berkaitan persoalan yang kecil yang
akhirnya boleh melemahkan ikatan perpaduan yang kita jalingkan.
Biarkan Umno melaungkan irama yang merosakan partinya bersendirian kita
jangan sekali-kali menyahut kerana sahutan kita bermakna kemenangan bagi
Umno dan BN, " katanya di hadapan puluhan ribu orang hadirin yang
berada di padang yang berair.
Turut
berucap di majlis berkenaan ialah bekas Menteri Besar Perak, Ir Nizar
Jamaludin, bekas pencipta lagu, Bob Lokman, Timbalan Ketua Dewan Pemuda
PAS Pusat, Ustaz Nik Abduh Nik Aziz dan Dr Mariah Mahmud yang
Himpunan
malam ini berjalan ala pesta-pestaan apabila segala bunyi-bunyian dari
serunai di samping bendera PAS sentiasa sahaja berkibar memenuhi
stadium.
Kalau
selama ini takbir yang bergema di dalam majlis-majlis PAS tetapi kali
ini takbir bergema dengan diiringi serunai dan kibaran bendera PAS,
Jalur Gemilang dan bendera negeri-negeri yang memenuhi stadium Darul
Aman.
Baiah
atau ikrar yang dipimpin oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali
dan penolongnya, Datuk Takiyudin Hasan benar-benar meresap ke dalam jiwa
para peserta perhimpunan ini.
Dengan
penyertaan beliau, lengkaplah sudah organisasi PAS. Ada artis, ada
karyawan, ada bekas polis dan tentera, ada bekas pegawai tadbir yang
kanan dan sebagainya.
ALOR SETAR:
Penyanyi popular tahun 90-an, Aishah yang menyertai PAS baru-baru ini
meletakkan harapan kepada parti itu terus mendekati dan membimbing
golongan artis.
Solat isyak kemudian diimamkan sendiri oleh Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Majlis kemudian menyaksikan bacaan ikrar baiah oleh semua ahli PAS yang hadir diketuai Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali.