Sunday, August 22, 2010

Ziarah Ramadhan DPPKM Ke Dun Pulai Chondong













11 Ramadhan 1431H bersamaan 21 Ogos 2010 (Sabtu). Dewan Pemuda PAS Kawasan Machang Di Bawah Pimpinan Al Fadhil Ust. Hatman Bin Abdullah Selaku Ketua Pemuda Telah Mengadakan Program Ziarah Ramadhan Ke Dun Pulai Chondong. Sebanyak 25 Buah Rumah Berjaya Dikunjungi Dan Menerima Sumbangan Daripada Dewan Pemuda PAS Kawasan Machang. Program Ini Merupakan Program Tahunan Sepanjang Bulan Ramadhan Yang Melibatkan Ketiga – Tiga Dun Dalam Parlimen Machang.
En. Che Pasli Bin Che Mustapha Yang Merupakan Pengarah Program Ziarah Ramadhan Ini Berkata, Program Ini Bermula Di Dun Pulai Chondong Dan Seterusnya Ke Dun Temangan Dan Kemuning. Ziarah Ramadhan Ini Melibatkan Pimpinan Dewan Pemuda PAS Kawasan Machang Bersama Dengan Penghulu Setempat. Beliau Juga Berkata Program Ziarah Ini Melibatkan Kategori Golongan Orang Kurang Upaya (OKU), Penduduk Yang Miskin Dan Keluarga Yang Mempunyai Tangungan Yang Ramai. Dengan Sedikit Sumbangan Yang Disampaikan Oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Machang Ini Dapat Meringkan Beban Yang Ditanggung Oleh Keluarga Berkenaan.

No comments: