TENANG, 24 Jan - Keperibadian seorang wanita Islam jelas terbayang di wajah calon PAS, Normala Sudirman selepas diisytiharkan sebagai calon dalam pilihanraya kecil Dun Tenang apabila terus menghulurkan tangan ke arah suaminya memohon restu meneruskan perjuangan parti.
Tindakan spontan ini menggambarkan Islam sentiasa di hadapan, biarpun di mana kita berada, tanda penghormatan kepada yang sewajarnya harus didahulukan.
Normala Sudirman,38 merupakan seorang bekas pendidik dan Ketua Muslimat PAS Labis dipilih oleh PAS Johor bagi menggalas amanah parti dan rakyat Johor.
Sementara itu, calon BN Mohd Azahar Ibrahim yang diumumkan sebagai calon bagi mempertahankan kerusi BN tergamam seketika apabila isterinya hanya menoleh tanpa menghulurkan tangan untuk bersalaman. Sehingga Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan terpaksa mengarahkan isterinya berlakon menghulurkan tangan bersalaman dengan beliau.
Inilah yang dikatakan Islam amalan Umno yang sentiasa mendahului orang lain termasuklah dalam hal berjabat tangan.
Adakah kemungkinan isteri Mohd Azahar akan cepat menghulurkan tangannya untuk bersalam sekiranya Najib yang ada di situ?
Beginikah hasilnya gagasan salam 1 Malaysia yang gah dilaung-laung oleh parti pemerintah sebagai akhlak dalam Islam?
No comments:
Post a Comment