KUALA LUMPUR:
Memandangkan Akta Perhimpunan Aman mempunyai pelbagai kekangan yang
tidak sesuai pada namanya, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan
Ibrahim Tuan Man berkata lebih elok kalau akta tersebut ditukar nama.
“Ini kerana syarat dalam akta tersebut tidak menggambarkan semangat dalam akta tersebut seperti larangan membawa kanak-kanak,” katanya kepada Harakahdaily hari ini.
Tuan Ibrahim berkata demikian ketika ditanya mengenai keputusan polis untuk mencari 14 orang suspek membawa kanak-kanak ketika perhimpunan raksasa Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) 12 Januari lalu.
“Cari anak orang hilang tak secepat itu,” sindir Tuan Ibrahim.
Selain Tuan Ibrahim, ramai yang mengeluh mengenai tindakan polis yang disifatkan double standard, kerana ibu bapa yang membawa anak-anak ke himpunan yang dianjurkan Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak pula diberi 'layanan' yang sama.
Oleh yang demikian, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata eloklah untuk Akta Perhimpunan Aman mengambil nama yang lain.
“Kalau aman, kenapa banyak sangat pantang larang seolah-olah tidak aman,” tambah beliau lagi.
Sementara itu, Naib Presiden PKR Tian Chua mendakwa polis sedang mengikut telunjuk Umno dalam memburu 14 ibu bapa terbabit.
“Ini hanya tindakan terdesak kerajaan dengan mengerahkan polis sebagai orang suruhan. Umno BN tidak akan senang hati melihat rakyat berkumpul di HKR,” kata beliau yang dipetik Suara Keadilan.

No comments:
Post a Comment