KUALA LUMPUR: Penasihat DAP Lim Kit Siang dalam nada
menyindir meminta Tun Dr Mahathir Mohamad agar tidak diserang 'penyakit
lupa' apabila memberi keterangan kepada Suruhanjaya Diraja berhubung isu
pendatang tanpa Izin di Sabah.
Menurut Kit Siang, apa yang
dibimbangkan kini apabila 'penyakit lupa' Tun datang semula seperti
berlaku ketika bekas Perdana Menteri itu memberi keterangan kepada
Suruhan Jaya Diraja Pita Video Lingam.
"Mahathir, yang dikenali
dengan “daya ingatan yang kuat” sebelum dan selepas tampil dalam
siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja Pita Video Lingam dan telah berkata
“Saya tidak ingat” atau yang seakan-akan seperti kenyataan itu, 14 kali
dalam keterangan 90 minit dalam bulan January 2008.
"Adakah
Mahathir akan diserang amnesia sekali lagi jika diminta untuk tampil
memberi keterangan dalam penyiasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja
berkenaan dengan isu pendatang asing tanpa izin di Sabah," soal Kit
Siang.
Tun Mahathir semalam berkata belaiu bersedia untuk memberi
kenyataan sekiranya disiasat oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja yang
menyiasat masalah-masalah berhubung pendatang asing tanpa izin di Sabah.
Beliau
juga turut bersedia disiasat dan dibawa ke mahkamah berhubung dakwaan
skandal kewangannya dalam 22 tahun sebagai Perdana Menteri.
Sebelum
ini, Kit Siang berkata skandal kewangan dalam 22 tahun Tun bakal
terdedah jika Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya umum yang akan
datang.
No comments:
Post a Comment