KUALA LUMPUR: Seseorang yang berada dalam keadaan selesa, hanya mengeluarkan keyakinan dalam setiap kata-kata yang dituturkan.
Sebaliknya, hanya mereka yang berada dalam keadaan cemas yang akan mengeluarkan kenyataan yang mempamerkan kebimbangan mereka.
Ia
terbukti apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
mengeluarkan kenyataan bahawa pilihn raya umum akan datang sebagai
penentu hidup mati BN.
Ahli
Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr. Mujahid Yusuf Rawa, berkata Timbalan
Presiden Umno itu tanpa beliau sedar telah mempamerkan kebimbangan dan
cemasnya BN menghadapi pilihan raya umum akan datang.
"Hanya
orang yang bimbang sahaja mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa. Tanpa
sedar, ia membayangkan ketakutan BN bagi menghadapi pilihan raya umum
akan datang," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.
Ahli
Parlimen Parit Buntar itu berkata demikian sebagai mengulas kenyataan
Muhyiddin yang menyatakan PRU13 adalah penentu hidup atau mati BN.
Beliau
juga dilaporkan berkata "zaman mewah BN seperti dahulu sudah berlalu.
Jika pembangkang melakukan sesuatu kebaikan dan rakyat menyokong mereka,
itu adalah masalah bagi kita."
Ditanya mengapa BN berasa cemas,
sedangkan saban hari media melaporkan kerajaan Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak kononnya mendapat sokongan rakyat, Mujahid berkata
BN cemas dengan kebangkitan rakyat yang dilihat banyak menyokong Pakatan
Rakyat.
"Mereka cemas kerana pelbagai usaha yang mereka lakukan,
nampaknya tidak memberi kesan kepada rakyat. Lebih-lebih lagi apabila
merek lihat rakyat bangkit ketika perhimpunan Bersih 3.0 dan Himpunan
Hijau ke Putrajaya, baru-baru ini," kata beliau.
Biarpun serangan
BN terhadap Pakatan Rakyat begitu kuat, tegas Mujahid ia tidak
meninggalkan sebarang kesan kepada rakyat, sebaliknya rakyat melihat BN
tidak mampu mengemudi bahtera negara.
Lebih-lebih lagi, katanya
Pakatan Rakyat berjaya membuktikan kemampuan mentadbir di empat negeri,
iaitu Kelantan, Kedah, Selangor, dan Pulau Pinang.
Sehubungan itu, beliau menggesa jentera Pakatan Rakyat terus memantapkan kemaraan bagi menyelamatkan negara.
"Pilihan
raya akan datang bukan soal Pakatan Rakyat menang atau kalah, tapi soal
adakah rakyat mahu selamatkan Malaysia dari tangan BN yang melakukan
kerosakan. Jadi, jentera Pakatan Rakyat perlu bekerja keras bagi
memastikan negara dapat diselamatkan," tegas beliau.
No comments:
Post a Comment