SHAH ALAM: Timbul persoalan kenapa Timbalan Pengerusi
Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar menolak
mentah-mentah usaha kerajaan negeri Selangor membersihkan daftar pemilih
di negeri itu melalui program Selangorku Bersih.
Setiausaha
Politik Menteri Besar Selangor Faekah Husin berkata, Noh sepatutnya
menyokong sebarang usaha untuk mewujudkan satu pilihan raya yang bersih,
adil dan telus bukannya menghalang.
Namun malang katanya apabila
Noh seperti “anjing yang takutkan bayang-bayang” dan menuduh kerajaan
Selangor menyalahgunakan kuasa.
"Ketakutan Noh ini seolah-olah
mengiyakan kegusaran rakyat Selangor selama ini bahawa terdapat
unsur-unsur pengkhianatan oleh kerajaan BN, SPR dan Jabatan Pendaftaran
Negara (JPN) dalam daftar pemilih," kata Faekah dalam satu kenyataan
kepada Harakahdaily.
Selepas PRU 2008, berlaku peningkatan
pengundi luar biasa jumlah pengundi baharu di Selangor dan lebih
mengejutkan apabila SPR semalam mengumumkan terdapat 600,000 orang
pengundi baharu di negeri itu.
Program Selangorku Bersih pula
dilancarkan untuk membantu SPR dalam memastikan Selangor mempunyai
daftar pemilih yang bersih sekali gus menolak sebarang andaian negatif
terhadap SPR di atas lonjakan pengundi tersebut.
Untuk tujuan itu
kerajaan negeri Selangor menggerakkan semua JKKK, Ketua Kampung dan
Penghulu untuk memeriksa senarai pengundi baharu di seluruh Selangor
untuk memastikan nama-nama yang didaftarkan ini benar-benar wujud dan
bukannya pengundi hantu seperti yang didakwa banyak pihak.
Noh
dalam kenyataannya semalam bagaimanapun meminta rakyat Selangor untuk
tidak melayan JKKK, ketua kampung dan penghulu yang datang menjalankan
pemeriksaan.
Menyifatkan Noh sebagai buta demokrasi, Faekah juga
mendakwa kenyataan menteri kanan BN itu adalah berniat jahat demi
menghalang proses demokrasi.
Lebih malang katanya, Timbalan
Pengerusi SPR Datuk Wira Hj Wan Ahmad Wan Omar turut bersetuju dengan
kenyataan jahat Noh tersebut.
Sedangkan kerajaan negeri telah pun
memaklumkan perkara itu kepada Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd
Yusof dan Wan Ahmad juga turut hadir dalam perjumpaan dua bulan yang
lalu.
"Pada ketika itu Pengerusi SPR langsung tidak memberi reaksi negatif terhadap hasrat Kerajaan Selangor tersebut.
"Sebaliknya pula hari ini....tiba-tiba SPR menjadi seperti cacing kepanasan," katanya.
No comments:
Post a Comment