RANTAU PANJANG: Dalam Islam pemimpin yang bercakap
bohong tidak layak dipilih sebagai ketua. Begitu juga apabila ada
pemimpin yang menafikan perjanjian ditandatangani pada 1975 mengenai
royalti petroleum.
Perjanjian berkenaan ditandatangani kerajaan Kelantan dan Petronas
ketika itu dengan memberi hak untuk mendapat royalti sebanyak 5 peratus
dan perlu dibayar dua kali setahun.
Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud
berkata, pelanggaran yang berlaku itu tidak melayakkan rakyat memilih
pemimpin Umno menerajui negara pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama
lagi.
“Orang ramai tidak perlu lagi berfikir panjang kerana sudah terbukti
pemimpin Umno dan BN tidak pernah tunai janji berhubung royalti minyak
terhadap Kelantan.
“Sedangkan pihak yang merangka undang-undang perjanjian itu masih
lagi ada iaitu bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas,” katanya pada
ceramah di Kampung Pulai, Chica Tinggi malam kelmarin.
Ketika berlangsung pilihan raya kecil Manek Urai pada Julai 2009
kerajaan negeri mendesak kerajaan pusat membayar royalti minyak kepada
Kelantan selepas beberapa telaga minyak ditemui di perairan negeri ini.
Ekoran itu Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa
Mohamed menafikan, namun tidak lama kemudian Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak membayar wang ehsan melalui Umno menggantikan royalti.
Nasuruddin yang juga Adun Meranti berkata, perjanjian tersebut
ditandatangani wakil Petronas ketika itu, Tengku Razaleigh Hamzah dan
Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Nasir.
Menurutnya kerajaan pusat yang diketuai Umno lebih condong ke arah
penipuan duit rakyat apabila melelapkan wang royalti milik Kelantan.
“Sekarang dia putar belit dan melesapkan royalti minyak kita, tapi
bila dibangkitkan semula di akhirat nanti orang-orang ini akan dipanggil
Allah memikul tong minyak dan gas atas kepala,” katanya disambut
laungan takbir orang ramai yang hadir.
Sementara itu, pelawak terkenal, Hakim Lokman atau lebih dikenali Bob
Lokman memberitahu beliau mengambil keputusan meninggalkan kerjaya lama
kerana tidak mahu terus terjebak dengan maksiat dan aktiviti
melalaikan.
Menurutnya pada 19 Februari 2011 beliau meninggalkan Umno cawangan
Subang dan menyertai PAS kerana yakin parti Islam membawa perjuangan
lebih jelas dan nyata bagi mendaulatkan agama.
Turut hadir pada program tetsebut Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff dan Adun Bukit Tuku, Abdul Fatah Harun.
No comments:
Post a Comment