KUALA LUMPUR:
Adakah pilihan raya tidak akan diadakan langsung jika Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak tidak berjumpa tarikh dan waktu yang sesuai
dan menguntungkan Barisan Nasional (BN)?
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan, adakah Najib akan mengisytiharkan pemerintahan Majlis Gerakan Negara (Mageran) di bawahnya untuk membolehkan beliau terus berkuasa jika beliau terus tidak berjumpa tarikh dan waktu yang sesuai dan menguntungkan BN untuk mengadakan pilihan raya.
"Inilah kali pertama dalam sejarah kita melihat seorang Perdana Menteri yang paling takut untuk menghadapi pilihan raya sehingga beliau kelihatan seolah-olah tidak mahu mengadakan pilihan raya sama sekali kerana tidak berani dan tidak mampu menghadapi arus kebangkitan rakyat.
"(Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) kata, Najib ialah Perdana Menteri yang dengan Mahathir dia takut, dengan Perkasa dia takut, dengan (Barrack) Obama dia takut, balik rumah takut.
"Ada lagi yang Najib takut. Takut umum tarikh pilihan raya," katanya.
Mahfuz menyifatkan perbuatan menyorok tarikh pilihan raya semata-mata kerana hendak mendapatkan tarikh yang sesuai dan menguntungkan BN adalah perbuatan menganiaya rakyat dan tidak demokratik.
"Bila tarikh pilihan raya disorok, rakyat jadi sukar hendak mengatur kehidupan. Umpamanya, mereka yang hendak ke tanah suci jadi terhalang untuk membuat keputusan kerana bimbang akan bertembung dengan tarikh pilihan raya.
"Nak buat kenduri susah, nak merancang perjalanan susah, semuanya takut bertembung dengan tarikh pilihan raya yang Perdana Menteri umum ikut suka hatinya sesuai dengan kepentingan diri dan partinya," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Tindakan itu juga sangat tidak demokratik kerana tarikh pilihan raya dipilih berdasarkan kepentingan BN dan bukan berdasarkan kepentingan rakyat, katanya.
Mahfuz berkata, pihaknya boleh bertolak ansur pada waktu bila sekalipun pilihan raya akan diadakan asalkan bukan musim perayaan dan musim haji umpamanya.
"Tidak mengapa hendak adakan pilihan raya tahun ini atau tahun depan, asalkan bukan musim haji atau musim perayaan.
"Yang penting, tetapkan tarikhnya supaya ia tidak menyusahkan rakyat," kata beliau.
Dalam perkembangan berkaitan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz akan berbincang dengan Peguam Negara berhubung cadangan bagi memastikan pilihan raya umum diadakan setelah tempoh mandat pentadbiran kerajaan sedia ada mencukupi lima tahun.
Nazri berkata perkara itu perlu dirujuk kepada Peguam Negara bagi meastikan sama ada Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda atau sebaliknya.
"Saya nak minta nasihat daripada Peguam Negara kalau ada keputusan macam ini, bagaimana nak dilakukan. Sama ada kita buat pindaan Perlembagaan atau diadakan dalam peruntukan Suruhanjaya Pilihan Raya," katanya.

No comments:
Post a Comment