KETEREH:
Peristiwa yang berlaku sekarang di mana semakin ramai menyertai PAS dan
Pakatan Rakyat sebenarnya pernah terjadi ketika Nabi Muhammad saw
berjaya membuka kota Mekah.
Ketika itu berbondong-bondong orang Musyrikin Mekah memeluk Islam
kerana mereka melihat Islam sudah berada di ambang kemenangan dan dapat
memerintah negeri.
Speaker Dun Kelantan, Datuk Nassaruddin Daud (gambar) berkata,
begitu juga dengan suasana yang berlaku sekarang, di mana ramai melihat
PAS dan Pakatan Rakyat sudah berada di ambang kemenangan pada pilihan
raya ke-13.
“Sekarang semua golongan menyertai PAS termasuk mantan pegawai
tertinggi polis, tentera, pegawai tadbir, ahli korporat, artis bahkan
menteri kabinet,” katanya ketika menyampaikan tazkirah Ramadan di Masjid
Al-Mukarabbin, Kampung Bechah Kura, Peringat kelmarin.
Nassurudin yang juga Adun Meranti berkata, Umno sekarang terpaksa
mencipta helah dengan memberi gambaran buruk terhadap PAS, PKR dan DAP.
Katanya terbaru mereka mengatakan mengundi DAP haram kerana DAP menentang pelaksanaan hudud.
“Kalau DAP menentang hudud munasabah kerana mereka bukan Islam, tapi
bagaimana dengan Umno yang menentang hudud sedangkan mereka orang Islam.
“Hukum hudud diwajibkan ke atas orang Islam sahaja sementara bukan Islam tidak tertakluk kepada hukum tersebut,” katanya.
Sementara itu pegawai penyelidik bidang politik di Pusat Kajian
Strategik Negeri Kelantan, Muhamad Zainal Abidin Hussin berkata, sudah
tidak ada lagi parti yang menang sejak zaman kemerdekaan terus kekal
berkuasa di dunia sekarang kecuali Umno.
Katanya, Umno terpaksa melakukan apa sahaja bagi mempertahankan
kuasa, biar pun nasibnya sudah tidak menyebelahi mereka sekarang.
"Masa untuk Umno sudah luput, jadi mereka terpaksa mencuba pelbagai
ramuan awek muda kononnya untuk menyambung jangka hayat. Ramuan itu
antaranya wang ringgit dan undi pos," ujarnya.
No comments:
Post a Comment