KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia begitu komited
dalam usaha menyampaikan dakwah di kalangan penggiat-penggiat seni tanah
air dan juga anak-anak muda.
Komitmen
ini secara jelas ditonjolkan melalui program usrah Musika yang
menghimpunkan para artis dan selebriti tanah air dalam satu majlis ilmu.
Semalam
Usrah Musika membuat kelainan apabila membawa para pendakwah bebas
untuk menjawab setiap persoalan daripada para artis khususnya berkaitan
agama.
“Kita tidak pernah menafikan sumbangan dari penggiat seni
bahkan terkadangnya mereka menterjemahkan pendidikan kepada masyarakat
dalam satu medium yang lebih mudah diterima oleh masyarakat.
"Sebab
itu kita mahu mendekati mereka dan memberikan khidmat nasihat di
samping merapatkan jurang di antara agamawan dan juga para artis ini”,
kata Syed Abdul Kadir yang merupakan naqib bagi Usrah Musika.
Majlis
berbuka puasa Musika kali ini turut dihadiri hampir 20 orang artis dan
lebih 10 tokoh yang terkenal termasuk ahli politik.
Antaranya
Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahudin Ayub, Ahli Parlimen Rantau Panjang
Siti Zailah, Datuk Tuan Ibrahim, Nasrudin Hassan dan Nik Abduh.
Majlis turut dimeriahkan dengan tokoh pendakwa bebas seperti Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Syed Nur Hisyam.
Sambutan
daripada artis juga sangat menggalakkan. Antara yang hadir adalah
artis-artis dari kumpulan nasyid, Abby Abadi, Bob Lokman, Leman Raja
Lawak, Farah Asyikin, Noryn Aziz dan ramai lagi.
Maklum
balas daripada artis juga sangat positif kerana mereka merasakan
program seperti ini dapat membantu mereka mendapatkan pandangan dan
jawapan berhubung masalah khususnya berkaitan agama.
“Matlamat kita dalam Musika adalah untuk menyediakan satu ruang kepada para artis untuk lebih mengenali Islam.
"Sebenarnya mereka juga ingin mendalami agama mereka dan mereka mahu mendekati ustaz-ustaz atau ustazah-ustazah," katanya lagi.
Menurut
beliau juga, usrah Musika ini juga akan diadakan pada setiap bulan.
Para artis adalah dijemput untuk saling bertukar pandangan, maklumat dan
ilmu.
No comments:
Post a Comment