SHAH ALAM:
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan bahawa
buat masa ini tidak perlu timbul sebarang isu mengenai jawatan Perdana
Menteri dan Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang PRU akan
datang.“Yang penting sekarang ini ialah memberitahu rakyat mengenai pemerintahan yang adil jika Pakatan berkuasa,” kata beliau ketika berucap di Ijtimak Tarbawi Pilihan Raya PAS Negeri Selangor 2013 di sini semalam.
Berucap di depan lebih 800 petugas pilihan raya PAS Selangor dalam suasana yang sangat ceria, Presiden PAS itu dengan suara paling tegas berkata, “yang penting sekarang kita hendak menang pilihan raya dulu untuk memerintah secara adil.
“Jika menang, barulah kita fikirkan jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.”
Menurutnya, masa ini tidak berbangkit lagi isu jawatan tersebut kerana kita hendak tumpukan perhatian kepada gerak kerja pilihan raya, memberitahu rakyat akan manifesto Pakatan Rakyat iaitu hendak memerintah dengan adil kepada semua rakyat berbilang kaum.
Selanjutnya beliau berkata, setiap petugas PAS dan Pakatan Rakyat perlu menumpukan perhatian untuk memberitahu kandungan manifesto Pakatan kerana manifesto tersebut adalah dokumen Pakatan untuk memberikan khidmat terbaik kepada rakyat dan memerintah secara adil.
Presiden PAS itu berkata lagi bahawa perjuangan PAS/Pakatan rakyat bukan hendak merebut jawatan dan bukan kerana ketokohan seseorang individu, tetapi untuk menegakkan keadilan dan mereka yang mengundi Pakatan bukan mengundi individu tetapi mengundi dasar perjuangan yang dibawa oleh Pakatan.
“Kita menerima tahaluf siyasi dengan persetujuan Malis Syura Ulama dan Muktamar PAS, kerana itu ia adalah suatu jihad untuk melaksanakan cita-cita perjuangan yang telah kita sepakati,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Marang tegas disambut dengan takbir oleh para hadirin.
Menurutnya, sepanang sejarah PAS menyertai tahaluf siyasi sejak dengan Semangat 46 dulu hingga kini, PAS tidak pernah rugi, malah banyak menguntungkan Islam.
“Jika PAS banyak memenangi kerusi dalam PRU akan datang baik di peringkat Parlimen dan Dun, maka insya Allah, PAS akan dapat menggantikan Umno,” ujarnya.
Beliau seterusnya mengingatkan pendukung PAS, bahawa dalam perjuangan ini “kita hendaklah melakukannya dengan sungguh-sunguh, istiqamah, bertawakkal dan berserah kepada Allah menentukannya”.















PULAU PINANG: Ketua
Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyampaikan ucapan takziah kepada
keluarga wira komando polis yang terkorban di Lahad Datu semalam.
Walaupun
kedua-dua wira itu bukanlah anak jati Pulau Pinang, namun Lim Guan Eng
menyatakan sumbangan tersebut adalah tanda penghargaan dan penghormatan
serta penghargaan terhadap jasa mereka kepada negara.









KUALA LUMPUR:
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mendesak agar Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Razak tampil memberi penjelasan mengenai status
keselamatan negara berhubung dengan insiden yang berlaku di Lahad Datu.


ementara
itu, isteri kepada Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat yang terkorban
di Lahad Datu, Sabah, Nor Aziah Nor, 28, pengsan selepas memaklumkan
kepada keluarganya suami beliau terkorban.
KUALA LUMPUR:
Dewan Pemuda PAS Pusat akan melancarkan Tabung Perajurit Tragedi Lahad
Datu bagi membantu keluarga perajurit yang gugur mempertahankan
kedaulatan tanah air dalam insiden bersenjata di Lahad Datu, Sabah hari
ini.
Dua
anggota keselamatan negara, Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan
Sabaruddin dari Unit 69 Komando bersama 12 penceroboh bersenjata dari
selatan Filipina maut dalam insiden tembakan. Tiga anggota polis
dilaporkan cedera.
KUALA LUMPUR: Pengerusi
Pejuang Perubahan Sabah (PPS), Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
mengucapkan takziah kepada keluarga anggota polis Malaysia yang
terkorban dalam insiden tembakan antara pihak keselamatan Malaysia dan
penceroboh di Lahad Datu hari ini.