
KUALA LUMPUR: Sekretariat Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR112) menegaskan kehadiran 500,000 ke himpunan Sabtu lalu merupakan amaran akhir rakyat kepada kerajaan BN.
Pengerusi HKR, Mohamad Sabu berkata, himpunan tersebut jelas menggambarkan amaran rakyat agar kerajaan menjalankan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 dengan telus.
"Himpunan baru-baru ini merupakan amaran kepada BN agar melakukan pilihan raya dengan telus dan adil.
"Kalau berlaku penipuan, rakyat akan keluar ke jalan raya lagi untuk humban mereka," kata beliau dalam sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini. (Gambar atas)
Mohamad juga berkata, pihaknya sudah membuktikan bahawa mereka memberikan kerjasama kepada pihak polis dan bersedia untuk terus bekerjasama dengan pihak keselamatan.
"Pihak sekretariat beri kerjasama sebelum, semasa dan selepas himpunan ini pun kita akan terus bekerjasama dengan polis," katanya sambil merakamkan ucapan penghargaan kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan semua pihak yang terlibat menjayakan HKR.
Menjawab tuduhan sesetengah pihak bahawa HKR bertujuan menggulingkan kerajaan, beliau berkata perkara itu akan dilakukan dalam PRU ke-13.
"Ya, memang kita mahu menggulingkan kerajaan. Kita akan gulingkan kerajaan melalui peti undi dalam PRU ke-13," katanya.
HKR berjaya membuat kutipan derma dari rakyat berjumlah RM268,802.10.
Wang itu akan digunakan bagi menampung perbelanjaan HKR yang telah dianjurkan di seluruh negara.
"Dengan ini saya merayu orang ramai agar terus menghulurkan sumbangan kepada kami ke akaun "Tabung Impian Rakyat Malaysia" Maybank 562106235615," katanya.
Ketua Penerangan PAS Pengkalan Chepa, Mohd Azmi Nor (gambar) berkata, tidak ada penyokong PAS yang hadir pada program berkenaan.
Ahli
Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin,
berkata wang tersebut sepatutnya diserahkan kepada mangsa buruh paksa
ataupun waris mereka. 





















KUALA LUMPUR: “Insya
Allah rakyat akan hidup selesa dalam dunia baru yang mereka tidak
pernah kecapi setelah 55 tahun merdeka,” kata AJK PAS Pusat, Idris
Ahmad.






KUALA LUMPUR:
Sejak dilancarkan pada 4 Januari yang lalu, 'Peraduan menulis esei
berdasarkan ayat al-Quran' mendapat sambutan memberansangkan dan
dijangka berterusan sehingga tarikh akhirnya. Pada hari pertama sahaja,
pihak penganjur telah mula menerima penyertaan.