KUALA LUMPUR, 1 Jan: Kesemua mahasiswa yang terlibat  dalam  Himpunan  Kebebasan Akademik (BEBAS) di hadapan Universiti  Perguruan  Sultan Idris  (UPSI) malam tadi dibebaskan petang semalam.
17  mahasiswa ini ditahan  kira-kira jam 4 pagi tadi dan dibawa ke balai  polis Tanjung Malim  untuk disoal siasat, sebelum dibawa ke balai polis  Slim River.
Mereka dibantu oleh peguam daripada Lawyer of Liberty (ILF).
Insiden   malam itu menyaksikan Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik   Muhammad Safwan Anang patah tulang rusuk, seorang lagi Amar Rasyidi   cedera di kepala manakala 20 mahasiswa ditahan.
Mereka ditahan   secara kasar oleh polis ketika sedang mengadakan protes pada Himpunan   Kebebasan Akademik (BEBAS) di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris   (UPSI) malam itu.
Difahamkan, setakat ini, Safwan masih terlantar di Hospital Slim  River.
No comments:
Post a Comment