KUALA LUMPUR, 1 Jan: PAS mahu Menteri di Jabatan  Perdana Menteri  Datuk Seri Jamil Khir Baharom menjelaskan beliau berada  di golongan  'asnaf' mana yang membolehkan beliau meminjam wang zakat  membayar kos  guaman.
AJK PAS Pusat, Idris Ahmad berkata,  penjelasan tersebut sangat ditunggu rakyat ekoran tindakan tersebut  didakwa mencetus kekeliruan dikalangan umat Islam.
"Rakyat sedang  menunggu penjelasan, asnaf mana yang membolehkan beliau meminjam wang  zakat? Apakah kedudukan beliau sebagai Gharimin (orang yang berhutang)?  Faqir miskinkah? Fisabilillahkah?,Muallafkah?," soal Idris.
Ketua  Audit Negara dalam laporannya sebelum ini mendakwa, bahawa Jamil Khir,   Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat  Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin  Hussain menggunakan wang zakat   sebanyak RM63,650 membiayai kos guaman  dalam kes saman qazaf  Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Meskipun  akhirnya digantikan pada hujung tahun 2010 pembayaran melalui geran  kerajaan sebanyak RM700,000 pada 22 Jun lalu hanya dibuat pada Disember  2010 sebagai proses ‘pelarasan semula’.
Mengulas lanjut, Idris berkata penjelasan Jamil Khir semalam tidak menjawab persoalan utama tersebut.
Sehubungan itu, menteri tersebut tidak berdolak dalih dan membuat penjelasan sebenar kepada rakyat.
"Beliau  kena menjelaskan kepada rakyat supaya institusi agama yang memungut  wang ini tidak di pandang serong oleh masyarakat. Kita tidak mahu kerana  nila setitik , rosak susu sebelanga.
"Beliau tidak perlu  mengalih isu kepada tuduhan beliau ubah suai rumah. Tidak mengapa kalau  beliau rasa perlu dan itu wangnya. Maklumlah seorang Menteri, mesti  tunjuk rumah yang hebat setaraf dengan seorang bergelar Menteri, "  katanya.
Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik  Ahmad berkata jawapan Jamil Khir Baharum bahawa pembayaran kos guaman  beliau bersama dua yang lain menggunakan peruntukan kerajaan dan  bukannya wang zakat bercanggkah dengan kenyataan pelbagai pihak sebelum  ini.
Antaranya bercanggah dengan dengan kenyataan Timbalan  Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim  dan Ketua  Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang.
Kenyataan yang dirujuk itu antaranya:
-  Pada 21 Jun lalu, Dr Mashitah Ibrahim mengakui bahawa kos guaman  dibayar menggunakan peruntukan zakat ketika menjawab soalan di Parlimen.
-  Pada 21 November lalu, Ambrin mengesahkan bahawa kos guaman dibayar  menggunakan peruntukan zakat pada Februari dan April 2010 meskipun  akhirnya digantikan pada hujung tahun 2010. Namun sekalipun menerima  geran kerajaan sebanyak RM700,000 pada 22 Jun lalu, pembayaran semula  kepada wang zakat hanya dibuat pada Disember 2010 sebagai proses  ‘pelarasan semula’.
No comments:
Post a Comment