KUALA LUMPUR, 27 Mac: “Kenapa sekarang baru Datuk Seri Hishammuddin Hussien Onn menyatakan ahli politik diminta lapor pada polis jika rasa terancam?” tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar).
Tanya beliau lagi, apakah Hishammuddin selaku Menteri Dalam Negeri tidak dimaklumkan atau memang jenis menteri yang tidak mengambil kisah berkenaan dengan beberapa gangguan oleh samseng Umno yang mengganggu ceramah Pakatan Rakyat.
“Sekarang baru beliau bersuara. Itu pun apabila kononnya Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Wee Ka Siong hendak dipukul pada 25 Mac lepas ketika beliau menghadiri perhimpunan membantah kekurangan guru pendidikan Cina di Kajang.
“Jika tidak kena kepada Dr Wee, maka Hishammuddin masih tertidur dan tidak kisah apa anggota bawahan beliau buat,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, di antara ceramah Pakatan Rakyat yang diganggu ialah pada 21 Januari lalu iaitu ceramah Asal Bukan Umno (ABU) di Jalan Kebun, Klang sehingga seorang cedera dan 11 Februari pula ceramah aktivis pelajar di Kampung Idaman Klang.
Selain itu, ceramah Mohamad Sabu di Seremban, Rembau, Muar, malahan ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 19 Februari di Sembrong, Johor iaitu kawasan parlimen Hishammuddin sendiri sehingga cermin kereta dinaiki Anwar pecah.
“Begitu juga ceramah Anwar Ibrahim diganggu di Felda Tun Ghafar di Alor Gajah, Melaka. Sehingga kini ceramah Pakatan Rakyat diganggu oleh penyokong Umno BN di Melaka.
“Kenapa pihak polis tidak bertindak kepada samseng upahan Umno?” tanya Idris.
Beliau berkata, mereka melakukannya sebagai provokasi untuk menguji penyokong Pakatan Rakyat.
“Kita bimbang jika perkara ini berterusan ia akan memberi suasana yang tidak baik di dalam iklim politik di negara ini,” ujarnya.

No comments:
Post a Comment