KOTA BHARU: PAS Kelantan akan menganjurkan dua program
serentak pada 15 September ini, iaitu Himpunan Hijau ke Putrajaya dan
majlis Jamuan Aidilfitri peringkat negeri.
Ketua Penerangan PAS
Kelantan, Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, kedua-dua program berkenaan
akan diadakan di Dewan Majlis Daerah Machang dan Padang Majlis Daerah
Machang.
Katanya, program Himpunan Hijau antara lain akan diisi
dengan ceramah perdana yang akan disampaikan Mursyidul Am, Tuan Guru
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi
Awang dan pimpinan parti yang lain.
“Selain itu program untuk
Ekspresi Hijau Anak Muda juga akan dipenuhi dengan program ceramah,
motivasi anak muda, persembahan hiburan.
“Pada masa yang sama program khas yang akan diisi oleh muslimat bermula sebelah pagi,”ujarnya.
Bagaimanapun
program yang bakal dianjurkan oleh Dewan Ulama yang dikenali Mimbar
Ulama’ akan diadakan sehari sebelum majlis penuh, selama dua malam
berturut-turut.
Beliau memberitahu program Mimbar Ulama’ bermula pada hari Khamis malam Jumaat melalui program khas di peringkat UPU.
Sambungnya,
program ini akan dikendalikan Anggota Jawatankuasa Dewan Ulama PAS
Kelantan peringkat negeri dengan kerjasama kawasan.
“Hari Jumaat malam Sabtu program khas untuk UPU Kawasan Machang disamping kuliah Maghrib pada hari Sabtu,”ujarnya.
No comments:
Post a Comment