KOTA BHARU: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
menegaskan beliau tidak akan tunduk kepada desakan mana-mana pihak
khususnya pihak lawan supaya melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar
Kelantan.
Sebaliknya beliau berkata, beliau hanya akan tunduk kepada sebarang keputusan yang ditetapkan oleh pimpinan tertinggi PAS.
Beliau
berkata demikian kepada media selepas merasmikan program Sambutan Hari
Inovasi Peringkat Negeri Kelantan ketika mengulas desakan pihak tertentu
supaya beliau melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Kelantan.
Sehubungan
itu katanya, beliau tidak akan melayan desakan mana-mana pihak
khususnya pihak yang disifatkannya sebagai ‘Umno buangan’ yang tidak
putus-putus mahu beliau melepaskan jawatan.
Beliau mengulas
mengenai desakan beberapa pihak yang mahu beliau berundur atas alasan
sudah tidak mampu menjadi pemimpin setelah 22 tahun menerajui
pemerintahan negeri itu.
Mengulas lanjut, Beliau yang juga
Mursyidul Am PAS berkata, untuk berlawan dengan Umno tidak perlu tubuh
yang sihat, sebaliknya kekuatan minda.
Katanya, sekiranya seorang
pemimpin itu berkerusi roda sekalipun sebaliknya tidak bermasaalah
dengan idea atau pemikiran, ianya tidak mempunyai sebarang masaalah.
Menurutnya
lagi, tugas menjaga negeri bukan hanya tertumpu pada Menteri Besar,
sebaliknya turut menjadi tanggungjawab anggota-anggota exco kerajaan
negeri juga.
“Bila Menteri Besar, bererti ada dia ni adalah ketua
dan bila ketua pula tentu ada pegawai di bawahnya, bila orang gelarkan
saya ni Menteri Besar, bererti ada menteri kecil,”ujarnya.
Sementara
itu, Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik
Abdullah berkata, PAS Kelantan masih memerlukan Tuan Guru untuk terus
menerajui pentadbiran negeri.
Beliau yang dipetik Sinar Harian
berkata, Tok Guru adalah merupakan orang yang paling layak kerana
pengalaman, ketokohan dan kebolehan serta kehormatan masyarakat
kepadanya.
“Kami yang minta Tok Guru untuk terus berkhidmat
walaupun sudah beberapa kali beliau menyuarakan hasrat untuk berhenti,”
katanya kepada pemberita di sini, semalam.
“Biar kami (PAS) buat
keputusan ini dan ia bukan kerja mereka kerana kami lebih tahu siapa
yang boleh bertanding dan memegang jawatan tersebut,” katanya.
Sebelum
ini, turut lantang membuat desakan agar Tuan Guru berundur termasuk
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim
Ali.
No comments:
Post a Comment