KUALA LUMPUR: PAS melihat manifesto BN lebih kepada
'racun' kerana pada amalan biasa parti itu, perlaksanaan janji manifesto
hanya akan meningkatkan hutang negara.
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat Idris Ahmad berkata, berbanding Pakatan Rakyat, perlaksanaan
manifesto khususnya dalam pemberian bantuan kepada rakyat dibuat
menggunakan wang lebihan hasil daripada kecekapan pengurusan.
"Pakatan
Rakyat membantu rakyat hasil daripada lebihan bukan pinjaman. Sedangkan
BN daripada pinjaman yang kemudiannya akan dibeban kepada rakyat.
"Kerajaan
PR berjaya membuktikan dengan amalan. Walaupun satu ketika dahulu
pemimpin BN mengatakan negeri PR akan bankrap. Sebaliknya wang kerajaan
Selangor bertambah daripada RM400 juta kepada RM2.6 bilion," katanya
dalam satu kenyataan.
Rakyat boleh menilai bagaimana Selangor
yang ditadbir Pakatan Rakyat memberi 20 meter padu air percuma, bantuan
RM2500 di bawah tabung kifalah serta Tabung Warisan Anak Selangor
(TAWAS) dan banyak lagi, namun pada masa yang sama pendapatan negeri
juga meningkat.
Menurut beliau, pada tahun 2004 hutang negara
sebanyak RM242 bilion meningkat kepada RM363 bilion (2009), RM456 bilion
(2011), RM502 (2012)
"Peningkatan ketara 107.4 peratus hutang sejak 8 tahun. Ertinya setiap rakyat menanggung hutang hampir RM18,000 seorang.
"Jika
BN terus diberi kepercayaan bererti rakyat menempah kesengsaraan
melalui kenaikan perkhidmatan, kenaikan cukai, kenaikan harga barang,
kualiti perkhidmatan dan tanggungjawab kerajaan semakin kurang.
Sekarang
ujarnya kehidupan rakyat semakin sukar apatah lagi pengangguran di
kalangan siswazah mencecah seramai 76,200 orang manakala sejumlah 10,200
pemilik Diploma Pendidikan tidak ada penempatan serta 8,000 pemegang
Diploma Kejururawatan masih menganggur.
Menurutnya, Datuk Seri
Najib Razak hanya pandai memberi tetapi tidak pandai untuk menambah
pendapatan negara dan akhirnya rakyat menanggung beban gara-gara
pemimpin BN tidak bijak mengurus ekonomi.
"Jika BN menang banyak
lagi racun berbisa yang sedang menunggu rakyat seperti kenaikan harga
petrol, gula, tepung, GST, cukai prepaid, tol.
"Oleh itu rakyat wajib jangan beri undi kepada BN, biarlah mereka mahu menjanjikan bulan atau matahari.
"57
tahun, bukan waktu percubaan tetapi waktu untuk hendak melaksanakan.
Masa untuk BN sudah berlalu, rakyat mahu kerajaan baru," katanya.
No comments:
Post a Comment