KOTA BHARU:
Tidak ada sebab lagi untuk Kerajaan Pusat menolak tuntutan pendaratan
gas ke Pantai Bachok oleh kerajaan negeri apabila Sultan Kelantan,
Sultan Muhammad Ke-V turut menyokong tuntutan itu.(Sidang media Royalti)
Presiden Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan, (Royalti) Nazri Deraman, berkata menolak tuntutan pendaratan gas oleh kerajaan negeri dan rakyat Kelantan, turut disokong oleh baginda pada pembukaan rasmi Persidangan Dun Kelantan Penggal ke lima baru-baru ini.
“Ini bererti, kegagalan mendaratkan gas dan petroleum itu seumpama mengingkari baginda yang juga Timbalan Yang di Pertuan Agong.
“Ini kerana baginda juga turut bersetuju dan menuntut perkara yang sama kepada kerajaan Pusat disamping menandatangani plak yang turut tertera titah baginda,”ujar Nazri lagi.
Beliau berkata demikian kepada media dalam sidang medianya tengahari tadi, di khemah Ekspo Pertanian.
Menurut Nazri, kerajaan Persekutuan seharusnya memberi perhatian terhadap titah baginda berhubung sokongan baginda berhubung pendaratan gas disamping menuntut royalti oleh kerajaan dan rakyat di negeri itu.
Pada 5 Jun lalu, Sultan Muhammad ke-V berkesempatan menandatangani plak sokongan menuntut pendaratan gas di zon industri petroleum Pantai Bachok, di bawah titah baginda sendiri sempena sidang Dun Kelantan baru-baru ini.
Plak berkenaan disediakan gabungan Royalti yang turut tertera potret dan titah baginda.
Pada masa yang sama Nazri memberitahu pihaknya akan mensasarkan lebih 150,000 tandatangan rakyat Kelantan untuk tujuan yang sama disamping menuntut royalti.
“Sehingga kini kami telah memperolehi lebih 60,000 tanda tangan rakyat negeri ini,”ujarnya.
Bagaimanapun katanya, selain Sultan Kelantan dan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tengku Razaleigh Hamzah, Presiden Kafa, Tan Sri Anuar Musa juga telah menandatangani tuntutan itu baru-baru ini.
Tambahnya, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemain bola sepak Kelantan, ikon anak muda negara Ustaz Azhar Idrus adalah antara kenamaan yang turut menandatangani menyokong tuntutan yang sama.
Nazri seterusnya memberitahu, Walk for Royalti akan diadakan pada 7 Julai ini bermula di Stesyen Bas Kota Bharu bermula jam 2.00 petang.
“Acara santai berjalan kaki ini akan melibatkan perjalanan sejauh tiga kilometer sambil mengedarkan risalah berkaitan tuntutan royalty.
“Pada masa yang sama logo khas ‘R’ akan dilancarkan sebagai simbolik kepada Royalti,”ujarnya.
KOTA BHARU:
Pihak yang tidak ada maruah sahaja mempersendakan usaha kerajaan negeri
membina lebuh raya rakyat Kota Bharu-Kuala Krai bagi menyelesaikan
masalah lalu lintas.
Dalam pada itu, lebih 5,000 orang membanjiri stadium kajang malam tadi.
ROMPIN:
Kira-kira 300 Orang Asli sekitar daerah ini dan beberapa daerah lain
berhimpun di hadapan Pejabat Tanah dan Daerah Rompin kelmarin untuk
menyampaikan memorandum memohon pengiktirafan kerajaan terhadap Tanah
Adat Orang Asli.
KUALA LUMPUR, 9 Jun:
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berjumlah RM500 tidak akan dapat
'menyucikan dosa' kerajaan melakukan penyelewengan dan salah guna kuasa,
kata Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Nasrudin Hassan (gambar).
Menurut
Ketuanya, Nasrudin Hassan, Kaffah merupakan kurikulum lanjutan PASTI
yang menyediakan kelas tambahan selepas waktu persekolahan.
Seramai
54 orang bekas ahli Umno turut menyertai PAS dengan menyerahkan borang
keahliannya kepada Presiden PAS, Datouk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.






KETEREH:
Kesediaan kerajaan Selangor mencari dana bagi membantu pelajar Unisel
dan KUIS membuatkan kerajaan Barisan Nasional (BN) seperti kelam kabut
apabila membuka semula pinjaman PTPTN yang dibeku baru-baru ini.
TEMERLOH:
Seramai lima orang peneroka sekitar Jengka semalam bertindak membuat
laporan polis terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,
Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Rancangan (JKKR) Jengka 15 Adnan
Darus serta dua akhbar Utusan Malaysia dan Harian Metro.
KUALA LUMPUR:
Belum sampai dua hari plak asal Sokongan Tuntutan Pendaratan Minyak
dan Gas ditandatangani Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, sudah ada
individu yang menawarkan harga yang tinggi untuk memilikinya.
KUALA LUMPUR: Hampir
100 orang menyertai demonstrasi di hadapan bangunan Kedutaan Syiria
hari ini bagi membantah tindakan kejam regim Bashar Assad melakukan
pembunuhan beramai-ramai ke atas rakyatnya.
Timbalan
Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz ketika
menyampaikan ucapan pada himpunan itu hari ini mendesak agar Kerajaan
Malaysia menutup dengan segera Kedutaan Syiria dan menghalau mereka dari
bumi Malaysia.
Pada
perhimpunan kali ini tiada memorandum diserahkan kepada pihak kedutaan,
kerana sehingga sekarang tidak ada jawapan langsung diperoleh terhadap
memorandum yang diserahkan sebelum ini.