Jika anda rasa anda mampu untuk berjuang, anda adalah seorang pejuang! Jika anda yakin anda seorang pejuang, anda adalah pejuang! Jika anda hanya duduk berangan-angan tanpa merenung sebuah perjuangan, anda adalah musuh pejuang!
Tuesday, November 06, 2012
Muktamar PAS 14 hingga 18 Nov ini di Kelantan
KUALA LUMPUR: PAS akan mengadakan Muktamar Tahunan
PAS kali ke-58 pada 16 November hingga 18 November ini manakala muktamar
dewan-dewan akan bermula 14 November.
Muktamar
ini yang bertemakan 'Negara Berkebajikan Teras Perpaduan' akan diadakan
di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa,
Kelantan.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata muktamar kali ini merupakan muktamar terpenting memandangkan ia yang terakhir sebelum pilihan raya umum akan datang.
"Memandangkan muktamar ini yang terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13, maka ia merupakan muktamar terpenting yang akan menggerakkan seluruh parti bagi menghadapi pilihan raya umum," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.
Menyentuh agenda-agenda penting yang akan dibincangkan pada muktamar kali ini, Mustafa berkata ia akan memfokuskan kepada perbahasan ucapan dasar yang disampaikan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Katanya, dalam ucapan dasar tersebut, Ustaz Abdul Hadi akan mengupas pelbagai isu di dalamnya, khusus berkaitan persediaan menghadapi pilihan raya.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, muktamar kali ini turut menjemput pimpinan Pakatan Rakyat, wakil kedutaan, wakil antarabangsa, dan wakil NGO.
Bagi Dewan Pemuda PAS dan Dewan Muslimat pula, perasmian muktamar bagi kedua-dua dewan itu akan diadalan pada malam 14 November dan muktamar penuh pada keesokannya.
Manakala perasmian dan muntamar penuh bagi Dewan Ulama PAS Pusat pula diadakan pada 15 November.
Perasmian Muktamar PAS Pusat pula akan diadakan pada 16 Nov, sebelum muktamar penuh keesokannya hingga 18 November.
Pada malam 16 November itu juga, akan berlangsung dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Kelantan iaitu kesinambungan Himpunan Kebangkitan Rakyat, di Senawang, 3 November lalu.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata muktamar kali ini merupakan muktamar terpenting memandangkan ia yang terakhir sebelum pilihan raya umum akan datang.
"Memandangkan muktamar ini yang terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13, maka ia merupakan muktamar terpenting yang akan menggerakkan seluruh parti bagi menghadapi pilihan raya umum," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.
Menyentuh agenda-agenda penting yang akan dibincangkan pada muktamar kali ini, Mustafa berkata ia akan memfokuskan kepada perbahasan ucapan dasar yang disampaikan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Katanya, dalam ucapan dasar tersebut, Ustaz Abdul Hadi akan mengupas pelbagai isu di dalamnya, khusus berkaitan persediaan menghadapi pilihan raya.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, muktamar kali ini turut menjemput pimpinan Pakatan Rakyat, wakil kedutaan, wakil antarabangsa, dan wakil NGO.
Bagi Dewan Pemuda PAS dan Dewan Muslimat pula, perasmian muktamar bagi kedua-dua dewan itu akan diadalan pada malam 14 November dan muktamar penuh pada keesokannya.
Manakala perasmian dan muntamar penuh bagi Dewan Ulama PAS Pusat pula diadakan pada 15 November.
Perasmian Muktamar PAS Pusat pula akan diadakan pada 16 Nov, sebelum muktamar penuh keesokannya hingga 18 November.
Pada malam 16 November itu juga, akan berlangsung dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Kelantan iaitu kesinambungan Himpunan Kebangkitan Rakyat, di Senawang, 3 November lalu.
Apa tindakan tuduh bukan Islam sebagai kafir harbi
KUALA LUMPUR: Perdana
Menteri diminta menyatakan apakah tindakan yang telah diambil terhadap
mana-mana pihak terutama media yang telah menghukum sebahagian rakyat
bukan Islam di negara ini sebagai Kafir Harbi, kerana hukuman seumpama
itu boleh menggugat ketenteraman kaum di Malaysia.
Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengemukakan pertanyaan bagi jawab lisan itu di Dewan Rakyat, hari ini.
Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan daripada ahli-ahl Parlimen PAS hari ini seperti di bawah.
Datuk Dr Mohd Hayati Othman [Pendang] minta Menteri Kesihatan menyatakan mengenai perancangan terhadap tanah KKM untuk tapak Hospital Pendang yang sudah menjadi kawasan penempatan hidupan liar yang dijanjikan untuk hospital sejak 2006.
Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Kewangan menyatakan berapa peratuskah cukai eksais kereta tempatan yang dikenakan.
Che Uda Che Nik [Sik] minta Menteri Pelajaran menyatakan tentang SAPS, E-Pangkat, E-Operasi, APDM dan E-Kehadiran (Kedah) telah dilaksanakan di semua sekolah di Malaysia, sekolah di Luar Bandar menghadapi masalah kemudahan Jalur Lebar, WIFI dan Internet amat perlahan dan kadangkala tidak ada langsung perkhidmatan, kadang-kadang berminggu-minggu terputus. Ini amat membebankan guru. Apakah langkah Kementerian untuk atasi perkara ini.
Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu] minta Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi menyatakan langkah-langkah terkini yang dibuat bagi menjamin harga getah asli dan kelapa sawit tidak jatuh dengan lebih teruk lagi.
Soi Lek sombong untuk terima hakikat hudud
KUALA LUMPUR: Kenyataan
terbaru Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, Presiden MCA bagi mempertahankan
kenyataannya berkenaan dengan Hudud baru-baru ini menggambarkan
kesombongan beliau untuk menerima hakikat kebenaran Hudud yang
diperjuangkan oleh PAS.
Demikian ditegaskan Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh dalam satu kenyataan, hari ini.
Berikut adalah kenyataan penuh beliau.
Kenyataan terbaru Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, Presiden MCA bagi mempertahankan kenyataannya berkenaan dengan Hudud baru-baru ini menggambarkan kesombongan beliau untuk menerima hakikat kebenaran Hudud yang diperjuangkan oleh PAS.
Beliau berkata bahawa penentangannya terhadap Hudud bukan menentang dan menghina agama Islam tetapi apa yang ditentang adalah Hudud PAS.
Jelasnya, beliau tidak boleh menerima penerangan yang diberikan bahawa Hudud yang diperjuangkan oleh PAS adalah undang-undang Syariah yang diambil daripada al-Quran dan as-Sunnah serta ijtihad para Ulamak muktabar. Menghina Hudud adalah menghina Islam kerana Hudud adalah sebahagian daripada Islam. Menghina Hudud juga adalah bermakna menghina Rasululullah yang membawa risalah Hudud.
Datuk Seri Dr. Chua telah silap apabila memahami Islam hanyalah pembinaan masjid, institusi Tabung Haji, penubuhan dan implementasi pusat zakat dan kutipannya, pembinaan sekolah-sekolah agama, perbankan Islam, penerapan dasar-dasar Islam dalam kerajaan dan lain-lain sebagaimana dakwaannya.
Islam tidak sempit sebagaimana dakwaannya tetapi Islam adalah cara hidup yang mengatur kehidupan manusia sama ada dalam bidang sosial, ekonomi mahu pun politik. Termasuk ajaran Islam ialah hukuman Hudud.
Datuk Seri Dr. Chua sebenarnya telah terpengaruh dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang menyempitkan Islam dan melabelkan enakmen Hudud di Kelantan dan Terengganu adalah Hudud PAS. Pemimpin-pemimpin UMNO seharusnya bertanggungjawab di atas kekeliruan yang ditimbulkan ini sehingga menyebabkan Datuk Seri Dr. Chua berani untuk menghina hukuman Hudud. Mereka lebih sanggup untuk menjual agama demi untuk kepentingan politik mereka.
Apa yang lebih dikesali lagi, Ulamak UMNO tidak berjaya menerangkan kepada Datuk Seri Dr. Chua tentang kebaikan hukuman Hudud. Walaupun beliau mengakui bahawa telah berjumpa dan menerima penerangan daripada Ulamak UMNO, nampaknya beliau lebih berani untuk menghina Rasulullah dan Islam melalui Hudud selepas pertemuan tersebut.
Datuk Seri Dr. Chua juga dilihat cuba untuk mengheret sama DAP agar menghina Hudud. Umum mengetahui bahawa DAP tidak dapat menerima perlaksanaan Hudud di Malaysia tetapi tidak bermakna mereka harus menghina Hudud. Mereka menghormati perjuangan prinsip PAS. Hasil kerja dan usaha PAS menerangkan tentang hukuman ini, DAP akhirnya dapat menerima bahawa Hudud adalah sebahagian daripada Islam dan tidak boleh dihina walaupun mereka tidak bersetuju untuk dilaksanakan. PAS akan sentiasa memberikan penerangan agar bukan Islam menerima kewajipan umat Islam untuk beramal dan melaksanakan Hudud dalam kehidupan mereka.
Justeru, Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru agar Datuk Seri Dr. Chua tidak sombong untuk meminta maaf terhadap umat Islam terhadap keceluparan beliau menghina Rasulullah dan Islam melalui Hudud.
Beliau perlu menerima bahawa Hudud adalah sebahagian daripada Islam dan Hudud yang diperjuangkan oleh PAS adalah berdasarkan kepada al-Quran, as-Sunnah dan ijtihad para Ulamak muktabar, bukannya Hudud yang direka oleh PAS.
Gelombang perubahan sangat kuat di Kota Belud
(Gambar: Mustaqim (tengah) bersama SU PAS kawasan Martubis Jumdot (kiri) serta SU Dewan Pemuda PAS kawasan Abu Ubaidah)
KOTA BELUD: Gelombang perubahan yang melanda seluruh Sabah sejak akhir-akhir ini sangat kuat dirasai di kawasan Parlimen P.169 Kota Belud di sini.
Biarpun ia dikatakan 'kubu kuat' BN sejak sekian lama, sehingga tidak pernah dalam sejarah politik Sabah, ada parti yang bukan kerajaan pernah menang di sini, namun kali ini ianya dilihat berbeza.
Kesedaran masyarakatnya yang timbul akibat dihimpit pelbagai masalah khususnya infrastruktur dan ekonomi menyebabkan rata-rata mereka kini berani bercakap tentang perubahan politik.
Yang DiPertua PAS Kota Belud, Mustaqim Aling berkata, pihaknya kini dapat melihat satu perubahan luar biasa masyarakat di situ yang cukup berbeza dari tahun-tahun sebelum ini.
Katanya, slogan 'ini kalilah' bagai meniti dibibir masyarakat dan dapat didengar dalam perbualan harian mereka di sini.
"Ini kalilah itu mulanya di Kota Belud, malah sekarang sudah jadi gelombang yang sangat luar baiasa di sini. Kalau kita di mana-mana sahaja boleh dengar.
"Dulu gelombang Parti Bersatu Sabah (PBS) pernah melanda sini, tapi sekarang saya rasa gelombang ini kali lah lebih besar dari PBS dahulu," katanya ketika ditemui Harakahdaily di Pusat Khidmat Masyarakat PAS di sini.

(Gambar: Mustaqim menunjukkan kawasan jelapang padi yang didakwa terbengkalai dan tidak mengeluarkan hasil seperti setatutnya)
Daerah Kota Belud terletak di pantai barat utara negeri Sabah, 70 kilometer dari Kota Kinabalu, ibu negeri Sabah, iaitu kira-kira sejam perjalanan menggunakan kereta.
Kota Belud juga adalah kawasan campuran antara Kadazan Dusun Murut (KDM), Bajau dan sedikit kaum Cina dan boleh dikatakan ianya kawasan bermajoriti Islam.
Pada PRU12 2008 yang lalu, calon BN Datuk Abdul Rahman Dahlan mengekalkan kerusi Kota Belud dengan kelebihan 3,020 undi mengalahkan calon PKR Saidi Simoi.
Ianya juga menyaksikan sebanyak 1,046 kertas undi ditolak pada waktu itu.
Desas-desus mengatakan pergaduhan pemimpin tempatan kerana tidak dipilih menjadi calon sangat kuat waktu itu sehinga wujud undi protes yang menyebabkan kemerosotan undi kepada BN.
Pergaduhan antara pemimpin mereka juga dikatakan masih berlaku sehingga memaksa pemimpin pusat termasuk Naib Presiden Umno Datuk Safie Apdal terpaksa turun beberapa kali.
Bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) pula, terdapat tiga Dun di bawahnya iaitu Usukan, Kadamian dan Tempasuk.
PAS pula dijangka meletakkan calonnya di Tempasuk pada pilihan raya akan datang.
Pada PRU 2008, BN menang di Tempasuk dengan majoriti 2,432 mengalahkan calon PKR dan bebas ketika itu.
Mengulas lanjut, Mustaqim berkata, penerimaan orang ramai terhadap PAS dan Pakatan Rakyat juga sangat berbeza berbanding sebelumnya.
PAS tidak lagi dilihat sebuah parti yang perlu ditakuti oleh mereka khususnya yang bukan beragama Islam.
"Pusat khidmat masyarakat PAS ini sendiri menjadi tempat rujukan masyarakat di sini termasuk bukan Islam untuk membuat aduan mereka.
"Malah sejak akhir-akhir ini pejabat ini menjadi makin sibuk dengan kehadiran ramai mereka yang turut serta dalam aktiviti-aktiviti yang kita jalankan di sini," katanya.

(Gambar: Batang paip sepatutnya digunakan bagi membina saluran air ke kawasan sawah, tetapi terbengkalai di sini sejak 2005)
Antara isu besar di Kota Belud yang menjadi rungutan masyarakat setempat termasuklah keadaan jalan yang uzur yang sekaligus menghadkan pergerakan mereka.
Jalan raya disini difahamkan dibina sejak zaman PBS lagi dan tidak dibaiki secara menyeluruh oleh kerajaan BN.
Bairpun dijanjikan 'dalam perancangan' untuk dinaiktaraf oleh kerajaan BN, namun rakyat dilihat sudah tidak tahan lagi dengan alasan politik pilihan raya itu.
Masalah lain yang tidak kurang juga besarnya adalah masalah bekalan air bersih kepada penduduk.
Difahamkan walaupun batang paip air sudah ditanam sejak lama, namun ianya tidak mengeluarkan air.
Ini menyebabkan sebahagian masyarakat di sini mencari alternatif dengan mengeluarkan modal sendiri membeli enjin mengepam air dari bawah tanah.
Namun ianya juga tidak me mana kerana kualiti air yang dipam itu didakwa sangat teruk dan berbau busuk.
Selain itu, penduduk juga didakwa mengeluh dengan masalah yang melanda Program Jelapang Padi dan Agropolitan yang terbengkalai sehingga menyebabkan mereka hilang sumber pendapatan.
Salahudin sedia tanding di Pagoh lawan Muhyiddin
KUALA LUMPUR: Selepas Presiden PAS membuat kejutan
menyatakan kesediaan bertanding di Pekan iaitu parlimen Datuk Seri Najib
Razak, kini Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pula menyatakan
kesediaan bertemu Muhyiddin di Pagoh.
Menurut Salahudin, jika parti memutuskan beliau bertanding di Parlimen Pagoh, iaitu kawasan Timbalan Perdana Menteri itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, maka beliau bersedia.
Salahuddin berkata, beliau senada dengan Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang menyatakan kesediaan bertanding Parlimen Pekan, kawasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Dalam nada yang sama, saya pun bersama dengan Presiden meletakkan keputusan parti di hadapan, dan kita sentiasa patuh dengan arahan parti walaupun mungkin tempat-tempat yang mungkin ditandingi itu akan hadapi risiko yang tinggi," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian sebelum ini sudah diputuskan untuk bertanding di Johor, namun belum dipastikan kerusi Parlimen atau Dun.
Kata Salahuddin lagi, beliau juga sudah membuat kenyataan di hadapan PAS Johor bahawa beliau bersedia jika diarahkan bertanding melawan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman.
"Semalam pun saya buat kenyataan di jJhor, saya juga bersedia menerima arahan parti sekiranya saya diarahkan untuk bertanding melawan Menteri Besar Johor. Sebagai orang Johor, saya akur," katanya.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan perkara tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat parti yang terdekat.
"Mungkin dalam mesyuarat akan datang saya tidak menolak kemungkinan perkara ini akan dibincangkan dengan lebih serius mengenai kerusi-kerusi ini," katanya.
Minggu lalu, Ustaz Hadi berkata, beliau akan mengikut keputusan parti sama ada dikekalkan bertanding di Parlimen Marang atau Pekan, Pahang pada pilihan raya akan datang.
Menurut Salahudin, jika parti memutuskan beliau bertanding di Parlimen Pagoh, iaitu kawasan Timbalan Perdana Menteri itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, maka beliau bersedia.
Salahuddin berkata, beliau senada dengan Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang menyatakan kesediaan bertanding Parlimen Pekan, kawasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Dalam nada yang sama, saya pun bersama dengan Presiden meletakkan keputusan parti di hadapan, dan kita sentiasa patuh dengan arahan parti walaupun mungkin tempat-tempat yang mungkin ditandingi itu akan hadapi risiko yang tinggi," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian sebelum ini sudah diputuskan untuk bertanding di Johor, namun belum dipastikan kerusi Parlimen atau Dun.
Kata Salahuddin lagi, beliau juga sudah membuat kenyataan di hadapan PAS Johor bahawa beliau bersedia jika diarahkan bertanding melawan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman.
"Semalam pun saya buat kenyataan di jJhor, saya juga bersedia menerima arahan parti sekiranya saya diarahkan untuk bertanding melawan Menteri Besar Johor. Sebagai orang Johor, saya akur," katanya.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan perkara tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat parti yang terdekat.
"Mungkin dalam mesyuarat akan datang saya tidak menolak kemungkinan perkara ini akan dibincangkan dengan lebih serius mengenai kerusi-kerusi ini," katanya.
Minggu lalu, Ustaz Hadi berkata, beliau akan mengikut keputusan parti sama ada dikekalkan bertanding di Parlimen Marang atau Pekan, Pahang pada pilihan raya akan datang.
Monday, November 05, 2012
PAS buat keputusan 'menjohorkan' PAS di Johor
BATU PAHAT:
PAS Johor mengambil pendekatan untuk 'menjohorkan' PAS di negeri ini
dengan menjadikan seluruh aktiviti dan tindak tanduk para pemimpin dan
ahlinya sesuai dengan sosiobudaya orang Johor.Pendekatan ini disepakati oleh pimpinan PAS Johor dalam konvensyennya yang diadakan di Markas PAS Parit Sulong dekat sini semalam.
[Gambar: AJK Umno Labis, Datuk Abdul Rahman Yunus (bersongkok) bersembang dengan Mazlan Aliman dan Datuk Dr Mahfodz ketika menyertai konvensyen PAS Johor semalam.]
"Ada dua pendekatan, kita men'johor'kan PAS atau mem'pas'kan Johor. Rasanya yang tepat adalah men'johor'kan PAS iaitu dengan kita di negeri ini mengamalkan budaya orang Johor kerana sememangnya kita orang Johor.
"Dengan cara inilah, kita akan bersama masyarakat dan seterusnya memimpin mereka menuju perubahan," kata Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad ketika menggulung perbahasan di Konvensyen PAS Johor.
Pandangan yang beliau mula cetuskan dalam ucaptama konvensyen ini turut disokong oleh para peserta konvensyen ini ketika mereka membahaskan ucapan beliau itu.
Melalui pendekatan ini, katanya, pemimpin PAS di semua peringkat perlu meraikan dan memimpin semua aktiviti orang Johor termasuklah majlis membaca Yassin yang dipanggil Yasinan di Johor, marhaban, berzanji dan sebagainya.
"Masa saya nak kahwin dulu, saya dipaksa berzanji. Lalu terpaksalah saya belajar berzanji sampai pandai. Tetapi lepas itu lupa.
"Lepas ini kita mesti berzanji dan memimpin pasukan berzanji, masuk pasukan rewang (gotong royong kenduri) dan memimpinnya, memimpin tahlil.
"Saya rasa kita ada kelebihan ini. Misalnya, bila tahlil, pemimpin Umno takut nak dekat sebab mereka tak pandai. Jadi kita kena mengambil kesempatan ini.
"Inilah yang dinamakan men'johor'kan PAS," kata Dr Mahfodz ketika menggulung perbahasan konvensyen itu.
Semasa memberikan ucapan dasarnya di konvensyen itu, Dr Mahfodz telah membentangkannya sebagai salah satu perkara yang perlu dilakukan oleh PAS di Johor untuk membolehkan PAS diterima dan seterusnya menang.
Untuk itu, katanya, PAS di Johor tidaklah perlu membawa budaya dari luar yang diamalkan oleh pemimpin dan pengikut PAS untuk mem'pas'kan Johor.
Cukup sekadar mengamalkan budaya orang-orang Johor yang sebenarnya tidak bertentangan dengan Islam bahkan jelas ciri-ciri Islamnya.
PAS
Johor juga, katanya, sedang mengkaji tentang kesenian yang diamalkan
oleh rakyat Johor untuk turut diamalkan atau diterima oleh PAS sekiranya
tidak bertentangan dengan Islam."Kuda kepang, ghazal dan tarian zapin...saya telah meminta Dewan Ulamak untuk mengkajinya. Mengikut kata Ketua Dewan Ulamak Johor, tidak salah asalkan tidak bercampur dengan pujaan iblis dan syaitan kepada sesetengah upacaranya," kata Dr Mahfodz.
(Kiri: Para peserta Konvensyen PAS Johor makan dalam talam sebagai salah satu budaya rakyat Johor yang cuba dihidupkan PAS dalam konvensyen ini.)
Semasa memberikan ucaptamanya, Dr Mahfodz berkata, PAS perlu memaplikasikan sepenuhnya strategi 'menjohorkan' PAS dalam membina jambatan untuk masyarakat.
"Menjohorkan PAS adalah dalam ertikata kita mengekalkan sosiobudaya Melayu di samping kita berjuang bersama PAS," katanya.
Beliau menggariskan tujuh ciri-ciri 'menjohorkan' PAS yang perlu dipertimbangkan.
Ia termasuklah meraikan budaya rakyat Johor (seperti yasinan, marhaban, rewang/kedarat dan tahlil), budaya kesenian popular rakyat (seperti ghazal, tarian zapin dan kuda kepang), budaya berpakaian (baju melayu teluk belanga, baju kurung Johor dan songkok tinggi Johor).
Selain itu, budaya makanan tradisional (asam pedas, nasi ambeng, laksa Johor, soto, ketupat dll), institusikan kerja kebajikan, budaya engagement dengan masyarakat Melayu dan meraikan budi bhasa Melayu Johor (misalnya menerang bukannya menyerang, memuji bukannya mengeji) dan lain-lain lagi.
Hudud PAS: Soi Lek sudah rasa tertekan
KOTA BHARU:
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkan
kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, dalam sebuah akhbar
mingguan hari ini kerana sudah merasai tertekan dengan kemarahan umat
Islam.Mengambil tempoh waktu tertentu akhirnya Presiden MCA membuat kenyataan baru untuk mengelak daripada dirinya terus dikecam.
“Dia sebenarnya rasa tertekan…tersinggung dengan kritikan umat Islam sendiri sebelum ini berhubung tindakannya mempertikaikan hukum hudud dan sebagainya.
“Dia kata dia tidak hina Islam, tetapi pertikaikan hukum hudud PAS, mana boleh jadi begitu sedangkan hukum hudud itu sendiri adalah Islam,” ujarnya.
Sambungnya, sebagai contoh andainya ada orang menentang hanya satu dari yang terkandung dalam undang-undang Malaysia, ertinya orang terbabit telah menentang negara ini.
Pada masa yang sama Menteri Besar Kelantan itu juga berkata, Soi Lek seharusnya mempersoalkan ‘mana hukum hudud Umno’ dan bukannya memperosalkan hudud yang diperjuangkan PAS.
Katanya, sekiranya tiada hukuman itu yang dibentangkan oleh Umno, sudah bererti apa yang diusahakan PAS adalah ajaran Islam.
Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily, ketika ditemui di pejabatnya tengah hari tadi bagi mengulas kenyataan Soi Lek yang mendakwa beliau tidak menghina Islam, cuma persoal hudud PAS.
PAS NS tidak sia-siakan harapan Pakatan Rakyat
KUALA LUMPUR: PAS Negeri Sembilan tidak akan mensia-siakan harapan Pakatan Rakyat untuk menerajui pentadbiran negara selepas PRU13 nanti.Pesuruhjayanya, Mohd Taufek Abdul Ghani berkata, Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung di Taman Seremban Jaya semalam merupakan satu kenyataan besar Pakatan Rakyat.
Katanya yang juga berbangga apabila Negeri Sembilan yang dipilih sebagai tuan rumah yang pertama bagi program julung kalinya diadakan itu.
"Kami berbesar hati setelah menjadi tuan rumah yang pertama untuk program ini, Pakatan Rakyat Negeri Sembilan tidak akan mensia-siakan harapan Pakatan Rakyat pusat," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau percaya, Negeri Sembilan kini di ambang perubahan apabila kehadiran rakyat berbagai-bagai bangsa dari Melayu, Cina dan India bersatu di bawah satu program yang terbesar.
Tambahnya, dengan tema yang amat sesuai memberi keyakinan kepada rakyat untuk menyokong Pakatan Rakyat ditambah pula ucapan barisan pimpinannya yang bertenaga dan membakar semangat hadirin yang hadir, merupakan petanda yang baik.
"Walaupun di awal program pihak penganjur berdepan dengan segelintir pihak yang cuba menganggu dan membuang poster program," katanya.
Apa yang mengharukan, katanya walaupun hujan turun mencurah-curah namun kehadiran orang ramai tidak menghampakan.
"Alhamdulillah, hujan berhenti di saat-saat ucapan pimpinan Pakatan Rakyat bermula. Walaupun diawal program hujan turun dengan lebatnya," tambah beliau ketika dihubungi.
Beliau difahamkan, akhbar berbangsa Cina dan beberapa akhbar lain melaporkan tidak kurang 30,000 kehadiran peserta dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat semalam.
Himpunan Kebangkitan Rakyat akan disemarakkan lagi di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Baru Kelantan pada 16 November nanti.
Sunday, November 04, 2012
Ubah kepada cara Pakatan Rakyat - Presiden PAS
SEREMBAN: Presiden
PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengajak rakyat Malaysia
mengubah cara berpolitik di negara ini kepada cara baru iaitu cara yang
dikemukakan oleh Pakatan Rakyat."Cara BN cara lama. Cara parti dibentuk dari bangsa-bangsa. Berbeza dengan cara Pakatan Rakyat. Parti-parti kita semua berbilang kaum dan agama.
"PAS parti islam dari pelbagai kaum. Ada juga bukan Islam melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS. PKR parti pelbagai kaum dan agama. Begitu juga DAP.
"Berbeza dengan BN. Semua partinya dari parti kaum," kata beliau di Himpunan Kebangkitan Rakyat dekat Taman Seremban Jaya, Senawang malam ini.
Puluhan ribu rakyat pelbagai kaum dan agama berhimpun di sini bagi menyertai perhimpunan yang penuh sejarah itu. Padang usang itu penuh dengan keghairahan rakyat untuk memperjuangkan hak mereka.
Tepukan dan laungan reformasi bersatu dengan teriakan Allahuakbar dari para penyokong PAS, PKR dan DAP.
Pelbagai barangan kempen dijual oleh penyokong PAS, PKR dan DAP di perhimpunan ini. DAP membawa treler dan lori kempennya manakala PKR membawa bas dua tingkat jelajah rakyatnya.
Selain Ustaz Hadi, turut berucap adalah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.
Penyanyi Ito yang berasal dari Negeri Sembilan telah diberikan penghormatan untuk melancarkan lagu Pakatan Rakyat bertajuk 'Ubah Sekarang' di perhimpunan ini.
Ustaz Hadi dalam ucapannya menyatakan sekali lagi komitmen Pakatan untuk mematuhi perlembagaan negara tetapi membawa mesej yang berbeza sama sekali dari BN.
"Kita memegang perlembagaan yang sama tetapi penghayatan yang lain dari BN," kata Ustaz Hadi.
Dalam ucapannya juga, Ustaz Hadi berkata, memang PAS bersekongkol dengan DAP dalam Pakatan Rakyat "tetapi kita mentafsirkan Islam secara yang sebenar."
"Kerajaan tidak boleh berlagak sebagai Tuhan, pemimpin bukan juga bukannya manusia suci," tegas beliau ketika mentafsirkan sistem pemerintahan yang dikehendaki Pakatan.
Beliau juga memberitahu, PAS tidak pernah memaksakan Islam kepada orang lain kerana "tiada paksaan dalam agama."
Oleh itu, katanya, tidak berbangkit PAS menjadi kuda tunggangan kepada mana-mana pihak termasuk DAP apabila PAS tidak memaksakan Islam kepadanya kerana ia sememangnya hak yang dberikan oleh Islam.
Beliau juga menegaskan, PAS akan sentiasa komited untuk mempertahankan hak bumiputra kerana mereka sememangnya tertinggal dari segala segi selepas disusun sedemikian rupa oleh penjajah.
"Namun dalam masa yang sama kita juga perlu memberikan hak istimewa kepada kaum Cina dan India yang miskin kerana mereka juga mesti dibela.
"PAS akan memperjuangkan hal ini dan ini adalah tanggungjawab kita," tegasnya dengan disambut teriakan takbir dan tepukan gemuruh dari para hadirin yang pelbagai kaum, agama dan jantina itu.
BN tak mahu berubah, rakyat wajib tukar
SEREMBAN: Rakyat wajib menukar kerajaan yang ada pada hari ini memandangkan Umno BN tidak bersedia membuat perubahan.Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, rakyat merupakan hakim yang menghukum kerajaan apabila pemimpin tidak menjalankan amanah dengan baik.
"BN tak bersedia buat perubahan jadi kita wajib mengubah kerajaan hari ini.
"Rakyat boleh mengadili pemimpin-pemimpin. Di Britain misalnya, bila pemimpin buat silap rakyatnya hukum dengan menukar kerajaan.
"Di Malaysia tak jadi begini sebab BN sangka dia jadi kerajaan selama-lamanya," kata beliau sewaktu berucap di Perhimpunan Kebangkitan Rakyat, di Taman Seremban Jaya, dekat sini, malam ini.
Ustaz Hadi berkata, pemimpin BN tidak boleh menganggap mereka boleh menjadi kerajaan yang terbaik buat selama-lamanya.
"Pemimpin BN tidak boleh berlagak menjadi Tuhan, tidak boleh mengganggap kesenangan rakyat datang dari mereka.
"Mereka tidak boleh menganggap mereka yang terbaik selamanya kerana rakyat yang menjadi hakim," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.
Justeru, beliau mengajak rakyat melakukan perubahan bersama-sama Pakatan Rakyat yang sudah membuktikan mereka memberi layanan yang sama rata kepada semua kaum.
"Pakatan boleh menunjukkan perpaduan, bukan parti satu kaum sahaja.
"Mari kita ubah cara baru, cara Pakatan Rakyat," katanya.
Sementara itu, Timbalan Presiden, Mohamad Sabu meminta rakyat mengekalkan momentum kebangkitan malam ini sehingga ke perhimpunan terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.
"Melihat kepada kesabaran dan kesungguhan rakyat malam ini walaupun dalam keadaan hujan, saya yakin himpunan akhir nanti, seluruh rakyat akan berada di Kuala Lumpur Januari ini," katanya.
Beliau juga mengajak rakyat turun beramai-ramai ke perhimpunan kebangkitan rakyat kali kedua di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan pada 16 November ini.
"Jangan lupa 16 November ini kita turun ramai-ramai ke Kota Bharu untuk perhimpunan kedua," katanya.
Himpunan PR saksikan kebangkitan rakyat N9

SEREMBAN: Biarpun hujan lebat turun tidak berhenti-henti sejak jam 5 petang tadi, namun ianya tidak menghalang ribuan rakyat hadir ke pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat di Taman Seremban Jaya di sini malam ini.
Dianggarkan sehingga jam 9.30 malam, 10,000 orang dari pelbagai kaum memenuhi ruang padang dihadapan pentas dan jumlahnya semakin bertambah menjelang ucapan pemimpin utama Pakatan Rakyat di penghujung program malam ini.
Mereka
tetap hadir walaupun terpaksa berpayung, berbaju hujan dan berada dalam
becak di tengah padang, semata-mata mahu mendengar amanat dari pimpinan
mereka.Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Penasihat DAP Lim Kit Siang dijangka akan menyampaikan amanat khas malam ini.
Tirai program malam ini dimulakan dengan ucapan wakil-wakil NGO rakyat termasuk NGO 'R' yang memperjuangkan tuntutan royalti, NGO Anti-Lynas, NGO Anak yang memperjuangkan nasib peneroka, NGO Bersih yang memperjuangkan tuntutan pilihan raya bersih dan adil serta wakil NGO Kase yang membantah saman ekor termasuk penggunaan AES.
Sesuai dengan nama Himpunan Kebangkitan Rakyat, warna tema pada himpunan kali ini juga mewakili warna tema NGO-NGO tersebut.
Empat warna tema malam ini adalah warna kuning sebagai menyokong perjuangan Bersih, Oren untuk Anak, merah untuk Royalti dan hijau untuk Anti-Lynas.
Turut berucap diawal program malam ini termasuk Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Taufek Ghani, Pengerusi DAP Negeri Sembilan Lok Seiw Fok, serta Pengerusi PKR Negeri Datuk Kamarul Bahrin Abas.
Ketika ini antara pemimpin Pakatan Rakyat yang duduk di pentas utama termasuk Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali serta Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusof.
Selain itu, turut kelihatan pemimpin ketiga-tiga parti Negeri Sembilan, pemimpin pakatan rakyat di segenap peringkat serta Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.
Ucapan oleh pemimpin utama dijangka bermula jam 10 malam ini.
Ketika ini kelihatan Bas Merdeka Rakyat yang membawa ketiga-tiga ketua pemimpin parti, Anwar, Kit Siang dan TG Abdul Hadi tiba di tapak program.
Subscribe to:
Posts (Atom)

























