
(Sheikh Sabuni kunjungi Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi di Pejabat Agung hari ini)
KUALA LUMPUR: Ketua Kesatuan Ulama Syria Sheikh Dr Ali As Sobuni mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Pejabat Agung PAS tengah hari tadi.
Sheikh As Sobuni, 88, sudah 35 tahun hidup dalam buangan di luar negara akibat hukuman rejim Hafiz Asaad ke atas beliau.
Pengarang kepada puluhan kitab tafsir dan hadis ini menjadi rujukan kepada ilmuan-ilmuan Islam seluruh dunia sejak puluhan tahun yang lalu.
Dalam pertemuan tersebut, Sheikh As Sobuni turut berkongsi pandangan terhadap konflik di Syria yang telah pun membunuh ribuan rakyat negara itu.
Mereka bersama-sama bersetuju Presiden Basyar Asaad mesti berundur dan bertanggungjawab terhadap apa yang melanda Syria hari ini.
Dalam masa yang sama mereka sependapat bahawa perlu kebijaksanaan dalam isu Syria khususnya dalam mendepani campur tangan kuasa-kuasa luar yang berkepentingan.
Sheikh As Sobuni juga menyampaikan penghargaan dan terima kasih rakyat Syria kepada PAS yang mengambil berat dan menghantar bantuan kemanusiaan kepada mangsa-mangsa kekejaman.
Sehingga hari ini PAS sudah menghantar lebih dari lima kali bantuan dan rombongan kemanusiaan ke Syria, bagi membantu rakyat negara itu yang ditindas ekoran konflik ini.
Sheikh As Sobuni sedang dalam rangka lawatan ke Malaysia dan Indonesia.
Turut serta dalam pertemuan itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, dan penolongnya Dr Syed Azman Syed Nawawi serta Setiausaha Akhbar Presiden PAS Mohd Nasaie Ismail.

PARIT: Presiden
PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengulangi pertanyaan
siapakah yang mahu membuat huru-hara apabila tewas dalam Pilihan raya
Umum ke-13 nanti.



DUNGUN: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar)
mendakwa Umno BN sedang berusaha membawa pengundi Terengganu ke
Selangor bagi membantu parti itu menawan semula Selangor dalam pilihan
raya umum (PRU) ke-13.
DUNGUN:
Kerjasama PAS dengan orang bukan Islam adalah kerjasama yang
dibenarkan dalam Islam selagi tidak melanggar dasar prinsip Islam.












NIBONG TEBAL:
PAS Pulau Pinang terus mengulangi tekad untuk menambah bilangan kerusi
dalam Dewan Undangan Negeri pada Pilihan raya Umum ke-13 nanti.
DUNGUN:
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, dia gagahkan dirinya datang
ke himpunan PAS Ganti Umno (PGU) di sini kerana didakwa 'sakit berat'
oleh Umno.
BAYAN BARU: Pakatan
Rakyat mesti menghadapi tiga cabaran utama sekiranya mahukan mandat
yang jitu daripada rakyat serta sanggup menjadi Kerajaan yang lebih baik
daripada Barisan Nasional (BN) selepas pilihanraya umum nanti sesuai
dengan tema 'Perubahan Ditanganmu'.
DUNGUN:
Badan Bertindak Pewaris Bumi Malaysia (Waris) memberi jaminan akan
terus membantu rakyat keluar dari belenggu kemiskinan akibat kepincangan
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah).
DUNGUN:
Datuk Seri Najib Razak disifatkan sanggup untuk merampas hak royalti
rakyat Terengganu untuk diserahkan kepada Pahang bagi mempastikan
kemenangannya di Pekan.