
SHAH ALAM: Pengakuan bapa Saiful Bukhari bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah atas tuduhan liwat dan menjadi mangsa fitnah merupakan suatu tindakan yang wajib dilakukan beliau.
Ini kerana seseorang Islam hendaklah insaf dengan tidak meneruskan kebatilan untuk kembali kepada kebenaran apabila menyedari kesilapan mereka.
Demikian menurut Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dalam sidang media di Masjid Shah Alam di sini.
“Dia (Azlan Mohd Lazim) melaksanakan kewajipannya sebagai seorang Islam.
“Merujuk kepada kebenaran adalah lebih baik dari meneruskan kebatilan,” kata beliau selepas bertindak sebagai panelis dalam forum bertajuk ‘Mengangkat Martabat Ummah: Tanggung Jawab Siapa?’ malam tadi.
Semalam, bapa Saiful, Azlan Mohd Lazim memohon maaf kepada Anwar dengan mendakwa bahawa anaknya dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, yang didakwanya termasuk seorang pegawai perdana menteri untuk memfitnah Anwar dalam kes Liwat II.
Pada 9 Januari tahun lalu, Anwar dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhan meliwat Saiful, yang merupakan pembantunya pada 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.
Sementara itu, ketika mengulas isu sumpah laknat oleh Saiful, sambil merujuk kepada sebuah kejadian di zaman Nabi Muhammad SAW, Dr Haron berkata sumpah laknat hanya wajar dilakukan apabila berhadapan kes yang tidak boleh diselesaikan di mahkamah.
“Kaum Nasrani dakwa Allah ada anak dan oleh kerana ianya tidak dapat dibuktikan, Nabi Muhammad mengarahkan mereka bersumpah laknat untuk selesaikan perbalahan itu.
“Mengapa kita pula hendak mengundang laknat Allah sedangkan kes ini boleh diselesaikan di mahkamah,” ujar Dr Haron.
Dalam perkembangan isu calon Perdana Menteri dari Pakatan Rakyat, Dr Haron menegaskan PAS ketika ini lebih fokus kepada agenda menumbangkan Kerajaan Umno-BN dan hanya mengumumkan calon Perdana Menteri apabila misi tersebut berjaya.



Zulkifli (gambar)
yang juga bekas Ketua Pemuda Umno Bachok dan calon BN di Dun Tawang
pada 2004 meluahkan rasa kecewa terhadap Umno kerana mempersendakan
agama.
KUALA LUMPUR:
PAS mengingatkan Umno-BN supaya jangan terlalu ghairah meraikan
kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Lahad Datu untuk
kepentingan politik hingga menenggelamkan jasa para perajurit yang
gugur dan yang masih bertungkus-lumus mempertaruhkan nyawa mereka demi
mempertahankan kedaulatan negara dan Sabah.
KUALA LUMPUR:
Walaupun Kerajaan Persekutuan yang diterajui Barisan Nasional akan
meneruskan hayatnya Jumaat ini, genap lima tahun selepas Pilihan raya
Umum 2008 diadakan, kesahihannya dari segi politik boleh dipersoal, kata
pakar perlembagaan.


KUALA LUMPUR:
Memang benar bahawa mereka yang menjayakan projek pengeluaran kad
pengenalan kepada warga asing adalah dalang sebenar kepada keganasan dan
ancaman keselamatan di Sabah yang berlaku sekarang.

SHAH ALAM:
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan bahawa
buat masa ini tidak perlu timbul sebarang isu mengenai jawatan Perdana
Menteri dan Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang PRU akan
datang.