
GOMBAK:
Ketiga-tiga polisi baru ini mendapat persetujuan di kalangan parti dalam Pakatan Rakyat dan akan dijadikan manifesto bersama dalam pilihan raya umum akan datang.
Perkara itu, dimaklumkan oleh Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub ketika merasmikan Seminar Professor Zulkilfli Muhammad "Membangun Negara Berkebajikan" di KUIZM, Taman Melewar hari ini.
Menurut Salahuddin, konsep Negara Berkebajikan yang ditawarkan PAS adalah berteraskan keadilan, kebajikan dan keselesaan rakyat sebagai agenda utama pembangunan negara
Katanya, Islam memperluaskan ruang keadilan bukan sahaja kepada penganutnya bahkan kepada bukan Islam.
"Atas dasar inilah, PAS memperluaskan konsep ini kepada bukan Islam agar mereka fahami apa itu Islam sebenarnya.
"Melalui DHPP kita lihat antara kejayaannya apabila ruang orang bukan Islam dalam Pakatan Rakyat mula tertutup bahkan PAS sendiri sudah diyakini oleh orang bukan Islam," katanya ketika ditemui.
Malah, beliau yakin dan percaya melalui konsep keadilan ini Pakatan Rakyat boleh mengambil alih Putrajaya nanti.
Tiga tawaran baru itu sedang diperhalusi dalam tiga wacana yang berlangsung sepanjang hari ini.
Seminar yang dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan PAS mengetengahkan beberapa ahli panel antaranya Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengerusan Bangunan dan Setinggan Kerajaan Negeri Selangor Iskandar Abdul Samad, Mantan Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan koperasi Prof Datuk Nik Zain Nik Yusoff, Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad, Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat Dr Khairuddin Aman Razali, Pakar ekonomi Dr Rosli Yaakob.
Tiga ahli panel lagi akan membincangkan soal hiburan di kalangan anak muda iaitu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan Ngo Negeri Kelantan, Ahli Parlimen Jerai Firdaus Jaafar dan seorang artis Cik Farah Asyikin.
SHAH ALAM:
Kelantan akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap Petronas
berhubung tuntutan royalti, kata Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk
Husam Musa.
SHAH ALAM:
Lebih RM4 juta sudah berjaya dikumpulkan hasil sumbangan orang ramai
bagi membina Lebuhraya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK).
KOTA BHARU:
Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
memberitahu, Perdana Menteri telah menghantar surat kepada beliau
memintanya menghantar wakil untuk membincangkan pembayaran royalti
minyak untuk Kelantan.
Sebelum
menghantar wakil Kelantan untuk berunding, Tuan Guru Nik Aziz berkata,
beliau akan menghadap Tuanku Sultan Kelantan untuk membincangkan perkara
ini.
Pelepasan
konvoi hari ini disempurnakan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan
(DPPNK) Abdul Latiff Abdul Rahman di hadapan Masjid Sultan Ismail Petra,
Kubang Kerian dekat sini petang semalam.
KOTA BHARU:
Jika benar wang ehsan yang diagihkan oleh kerajaan pusat melalui
Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) adil, Pemuda PAS Kelantan mencabar
agar ia diaudit dan dibentangkan kepada rakyat.