KUALA LUMPUR, 6 Julai: Beberapa jalan utama memasuki  bandar Kuala Lumpur sesak teruk hari ini berikutan sekatan jalan oleh  pihak polis dipercayai ada kaitan dengan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9  Julai ini.
Harakahdaily difahamkan, sekatan tersebut dibuat di lebuh raya  Besraya berhampiran stesen komuter Serdang, lebuh raya Karak di plaza  tol Bentong, lebuh raya Sprint, seksyen 16 Petaling Jaya, dan di Lebuh  Raya Plus dari Shah Alam menghala ke KL.
Beberapa jalan lagi juga difahamkan terdapat sekatan serupa termasuk di Cheras, Ampang dan Gombak.
Tinjauan Harakahdaily di Besraya mendapati polis hanya membuka satu  sahaja dari tiga lorong menyebabkan kekesakan teruk sepanjang jalan di  hadapan pusat membeli belah Mines, dari Balakong dan juga Serdang lama.
Sekatan itu juga dijangka akan diteruskan sehingga 9 Julai ini iaitu hari yang dijadual berlakunya himpunan Bersih 2.0.
Di Bentong, polis turut menggeledah kenderaan orang ramai, dipercayai mencari barang yang ada kaitan dengan himpunan Bersih.
"Dia buka bonet kereta, cek dalam kereta, tanya dari mana nak ke mana.
"Saya cakap dari Temerloh nak ke Mahkamah Jalan Duta. Dia tanya lagi  Temerloh kat mana," cerita Mohd Sabri Shafie kepada Harakahdaily yang  melalui jalan itu pagi tadi.
Beliau hari ini hadir ke mahkamah bagi mendengan permohonan  memfailkan petisyen rayuan di luar masa berhubung perhimpunan Bersih 1  pada 10 November 2007 lalu.
Ramai pengguna jalan raya yang menuju ke tempat kerja hari ini  mengecam tindakan polis membuat sekatan jalan raya itu melalui laman  Facebook dan Twitter.
Ada juga yang mempersoalkan mengapa pihak polis mengadakan test sekatan  jalan pada hari ini iaitu hari kerja sedangkan himpunan Bersih pada  hari Sabtu, bukan hari bekerja bagi jabatan kerajaan dan sebahagian  swast
No comments:
Post a Comment