Thursday, April 04, 2013

PRU13: MB mengadap Sultan Kelantan esok

KOTA BHARU: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menghadap Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V esok bagi mendapatkan perkenaan Tuanku bagi pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan.

Tuan Guru berkata, beliau akan mengadap sultan Kelantan malam esok di Istana Telipot selepas menghadiri majlis penutup Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Kelantan.

“Terserah kepada baginda untuk menentukan bila-bila pembubaran negeri Kelantan,” katanya kepada media di sini.

Beliau berkata demikian selepas mesyuarat Lajnah Politik dan Piihanraya PAS Negeri, di sini sebentar tadi.

Tuan Guru turut memberitahu, beliau juga akan menghadiri mesyuarat bersama menteri-menteri besar dan ketua menteri di bawah Pakatan Rakyat di ibu negara petang esok.

Sementara itu, mengulas tentang peluang PAS di negeri itu, Tuan Guru berkata beliau hanya berdoa supaya pemerintahan di Kelantan tetap berada di bawah kepimpinan Islam.

Beliau juga berharap rakyat Kelantan akan mengekalkan kerajaan negeri yang ada hari ini.

“Kita berdoa kepada Allah SWT supaya Kelantan tetap di bawah pentadbiran Islam,” ujarnya.

No comments: