PENGKALAN CHEPA: Kerajaan
Kelantan memberi tempoh selama 15 hari kepada Petronas bagi menjelaskan
mengapa royalti 5 peratus gagal diberi terus kepada kerajaan negeri.Anggota Exco, Datuk Husam Musa berkata, berdasar kenyataan Presiden Petronas, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas sebelum ini jelas menggambarkan Petronas membayar 5 peratus bahagian Kelantan kepada kerajaan persekutuan.
“Sebaliknya kerajaan pusat tidak menyerah pembayaran itu kepada Kelantan. Selain itu tidak juga memasuk dalam Akaun Wang Yang Disatukan kerajaan persekutuan seperti kehendak Akta Tatacara Kewangan 1957.
“Selain itu kerajaan pusat juga membelanjakan wang itu tanpa sebarang kelulusan Parlimen seperti kehendak akta terbabit,” katanya pada program solat hajat dan ceramah perdana di Putik malam tadi.
Shamsul Azhar dalam kenyataan sebelum ini dilaporkan berkata, bayaran royalti minyak kepada negeri pengeluar sumber itu terletak kepada kerajaan persekutuan.
Sedangkan kata Husam, Kelantan hanya mengikat perjanjian petroleum pada 1975 dengan Petronas serta tiada sebarang perjanjian antara negeri ini dan kerajaan Malaysia.
Menurutnya pada perjanjian itu, Petronas berjanji membayar secara langsung kepada Kelantan 5 peratus bayaran tunai dua kali setiap tahun pengeluaran bermula.
“Kenapa Petronas tidak membayar langsung kepada Kelantan tetapi sebaliknya menyerah kepada pihak ketiga, kerajaan persekutuan.
“Pembayaran Petronas 5 peratus adalah hak Kelantan dan ini bermakna satu tindakan jenayah pecah amanah dilakukan Petronas,” katanya.
Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan berkata, notis kepada Petronas dihantar Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam.
Kata beliau sekiranya Petronas tidak menjawab surat tersebut dalam tempoh ditetapkan, satu lagi saman akan dikemukakan terhadap agensi berkenaan.
Beliau juga mencadangkan supaya diwujudkan akaun bersama melibatkan jumlah royalti yang sepatutnya dibayar kepada Kelantan kini berjumlah lebih RM10 bilion.
Kata beliau sekiranya Petronas menang dalam perbicaraan dalam kes saman sekarang, wang tersebut boleh menjadi milik mereka.
“Namun sekiranya Kelantan menang wang tersebut akan menjadi milik kerajaan dan rakyat Kelantan,” ujarnya.
Beliau juga mendesak Ketua Audit Negara menyiasat akaun Petronas bagi mendapat gambaran lanjut mengenai jumlah royalti yang sepatutnya dibayar kepada Kelantan.
Husam turut mengulangi Petronas dikerah menyiapkan pembinaan menara berkembar Kuala Lumpur City Centre melibatkan perbelanjaan RM5 bilion.
“Namun anehnya selepas siap Petronas diarah pula membayar sewa ruang pejabatnya di KLCC kepada seorang jutawan yang mempunyai hubungan rapat dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Bekas perdana menteri terbabit betul-betul perah susu daripada Petronas,” katanya.
KOTA BHARU: Ulama
terkenal Syria, Syeikh Muhammad Ali as-Sobuuni melahirkan rasa bimbang
akan diturun bala oleh Allah Taala apabila ada orang Islam yang membisu
terhadap perkara-perkara batil.
PUTRAJAYA:
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari ini menyerahkan satu memorandum
kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung isu pemuda Umno
memegang jawatan dalam suruhanjaya itu.


























KUALA LUMPUR: Setiausaha
Agung PAS, Datuk Mustafa Ali hari ini menyifatkan MCA tidak mempunyai
angka rujukan (benchmark) yang jelas dalam isu moral di negara ini.
Bagaimanapun
usaha tersebut tidak disenangi pihak tertentu dipercayai ada kaitan
dengan Umno apabila merosakkan iklan gergasi mengenai cadangan
pembangunan masyarakat Orang Asli di Pos Jedip, Lojing.













Pakatan
Rakyat juga menghadapi situasi yang sama untuk mengadakan program
tersebut sehingga tapak program terpaksa ditukar tiga kali kerana tuan
rumah telah diugut pihak tertentu yang dipercayai mendapat arahan
pimpinan BN.
TEMERLOH:
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diminta tampil memberikan
penjelasan mengenai pertelingkahan mengenai hak telaga minyak PM
307-Bertam yang dijumpai oleh Petronas Carigali Sdn Bhd dan Lundin Oil
baru-baru ini antara negeri Pahang dan Terengganu.