Tuesday, November 22, 2011

Tahniah skuad bola sepak negara kerana dapat pertahan pingat emas

Dewan Pemuda PAS Kawasan Machang mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak negara yang berjaya mempertahankan pingat emas Sukan Sea 2011, malam tadi.

“Tahniah kami ucapkan kepada pasukan bola sepak Malaysia yang baru sahaja memenangi pingat emas di Sukan Sea dalam aksi final yang mendebarkan sebentar tadi.

“Semoga pasukan bola sepak negara terus mengukir kecemerlangan.

Pasukan kebangsaan menewaskan Indonesia 4-3 menerusi tendangan penalti selepas terikat 1-1 dalam masa 120 minit pada perlawanan akhir di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

Pasukan tuan rumah mendahului 1-0 apabila Gunawan menanduk masuk pada minit kelima manakala Malaysia menyamakan kedudukan menerusi tandukan Asrarudin Putra setengah jam kemudian.

Penalti Malaysia vs Indonesia Final Sea Games 2011 

No comments: