Sunday, September 09, 2012

Bas PKR diserang lagi, AMK lapor polis


 

JASIN:Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan membuat satu laporan polis pada hari ini berikutan insiden simbahan cat merah pada bas Jelajah Merdeka Rakyat di Jasin semalam.

Laporan polis itu akan dibuat ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin, Melaka jam 3 petang ini.

Dalam insiden kira-kira 3.30 petang semalam, bas yang digunakan pemimpin PKR untuk siri kedua Jelajah Merdeka Rakyat disimbah cat merah di Kampung Kelubi di sini.

Kejadian didakwa dilakukan kira-kira 30 samseng yang turut menghalang laluan bas, selain menayangkan kain rentang yang penuh dengan kata-kata penghinaan kepada pemimpin PKR.

Memetik laporan Malaysiakini, Shamsul berkata, beliau tidak menolak kemungkinan serangan tersebut didalangi Pemuda Umno.

“Kami tahu kerana ada salah seorang ahli jawatankuasa Umno Jasin berada bersama mereka,” katanya.

Ianya adalah kejadian kedua selepas bas sama diserang sekumpulan samseng ketika berada di Kelantan minggu lalu.

Dalam serangan itu, bas tersebut yang diletakkan di Pasar Khadijah juga disimbah cat merah dan cermin hadapannya retak dibaling batu.

No comments: