KUALA LUMPUR: Biarpun hujan mula membasahi padang Kelab
Sultan Sulaiman, Kampung Baru, ia tidak menghalang orang ramai untuk
menghadiri majlis terbuka Aidilfitri PAS Pusat,hari ini.
Majlis
yang bermula pada jam 2 petang itu, dimeriahkan dengan kehadiran orang
ramai dari pelbagai kaum, sama ada Cina, dan India.
Kebanyakan orang ramai yang hadir turut membawa anak kecil bersama-sama bagi memeriahkan suasana hari terbuka itu.
Pada
tahun ini, PAS Pusat menyediakan pelbagai menu istimewa, antaranya
sate, lemang, nasi dagang, kuey tiaw goreng, mee goreng, dan menu
kegemaran kanak-kanak, aiskrim.
Hampir kesemua pemimpin utama PAS
berada pada majlis sambutan Aidilfitri, bagi membolehkan para hadirin
berpeluang bersalaman dan bergambar kenangan.
Pengarah program,
Mohamad Nor Muhammad, berkata seramai 500 petugas dari Selangor, Wilayah
Persekutuan, dan Negeri Sembilan membantu melancarkan majlis.
"Terima
kasih kepada yang hadir, yang difahamkan bukan sahaja dari sekitar
Lembah Kelang, tetapi juga dari Negeri Sembilan. Sambutan agak
menggalakkan, sehinggakan menu utama iaitu nasi dagang sudah habis sejak
jam 3 petang," kata beliau yang ditemui pada majlis tersebut.
Beliau turut memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan pada majlis tersebut.
Antara
pemimpin utama Pakatan Rakyat yang hadir ialah Ketua Pembangkang, Datuk
Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Wan Azizah, Penasihat DAP,
Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Timbalan
Presiden PKR, Azmin Ali dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.
No comments:
Post a Comment