KOTA BHARU: Puluhan ribu rakyat Kelantan dijangka 
berhimpun di Machang 13 September ini bagi menyemarakkan lagi Himpunan 
Hijau Menuju Ke Putrajaya.
Ketua Penerangan PAS negeri, Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, program berkenaan bermula esok (Rabu) sehingga 16 September ini.
Katanya, program tertutup khas untuk muslimat bermula pagi Khamis di 
Dewan Majlis Daerah Machang dan sebelah petang pula diadakan Jamuan 
Hijau.
Jam 5 hingga 7 petang pula ekspresi Anak Muda, kemudian diikuti solat Maghrib, munajat dan solat Isyak.
“Ceramah khas pada sebelah malam akan disampaikan Mursyidul Am, Tuan 
Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul 
Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS, Muhammad Sabu.
“Selain itu Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man 
dan pemimpin tertinggi PKR,” katanya di sini.  Espo khas bermula esok 
sehingga malam 16 September.
Katanya juga, program Himpunan Hijau sepatutnya diadakan pada 15 
September, namun kerana bertembung program besar lain, tarikh 
dipercepatkan kepada 13 September.
Oleh itu beliau berharap orang ramai hadir pada program tersebut 
sebagai melengkapkan agenda Hijau ke Putrajaya yang diadakan di seluruh 
negara.
Khamis lalu ahli dan penyokong Umno Kelantan berhimpun di Machang 
bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada majlis Hari Raya 
yang diadakan di sebuah sekolah.
No comments:
Post a Comment