KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia bersedia 
menyahut seruan Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu untuk menggerakkan 
anak muda hadir beramai-ramai ke himpunan yang dirancang oleh Pakatan 
Rakyat (PR) pada 3 November ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
 
Perhimpunan
 tersebut diadakan bagi menuntut agar Pilihanraya bersih dan adil kerana
 usaha tuntutan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 3.0) masih 
gagal dilaksana sepenuhnya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).
Naib
 Ketua Pemudanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, Pemuda PAS bersama 
komponen Pemuda PR yakin mampu menggerakkan anak muda untuk turun 
bersama-sama bagi menyuarakan hak yang dinafikan oleh kerajaan.
 
“Walaupun
 usaha BN cuba 'menutup mulut' anak muda dengan perbentangan Bajet 2013 
yang lalu, ianya bukan sebagai kayu ukur bahawa anak muda mudah 'dibeli'
 dengan kebendaan semata-mata,” katanya kepada Harakahdaily hari ini.
 
Beliau
 yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak menjelaskan, Pemuda PAS juga 
berkeyakinan bahawa 50 peratus bagi sasaran jumlah himpunan tersebut 
akan diisi oleh anak muda yang bersama tuntutan BERSIH 3.0.
“Kami,
 Pemuda PAS yang sudah mula memanaskan gerakan himpunan-himpunan yang 
bermula dengan 'Himpunan Hijau ke Putrajaya' di Alor Setar, Kedah  atas 
nama 'Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya' dan terus bergerak di seluruh
 negara serta program seumpamanya.
 
“Kami yakin momentum anak muda yang bersama Pemuda PAS sudah bersedia untuk turun di dalam himpunan besar tersebut,” jelasnya.
 
Raja
 Ahmad menjelaskan, pihaknya juga optimis komponen Pemuda parti komponen
 turut bersedia bagi menyahut arahan pimpinan bagi merealisasikan 
tuntutan BERSIH 3.0.
No comments:
Post a Comment