KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan
Aliman tidak berniat untuk memohon maaf, sebaliknya menyerahkan kepada
Datuk Seri Azalina Othman untuk tindakan lanjut.
Beliau yang
dihubungi Harakahdaily berkata, jika ahli parlimen Pengerang itu ingin
mengambil tindakan undang-undang terhadapnya, ia merupakan hak Azalina
untuk berbuat demikian.
"Apa
yang saya boleh cakap kalau dia nak ambil tindakan undang-undang.
Terpulanglah, itu hak dia. Saya tidak gentar dengan ugutan beliau.
Ribuan di Dataran Sungai Rengit mendengar ucapan saya, malah ia juga
turut dimuatkan di Youtube, media internet dan sebagainya," tegas
beliau.
(Mazlan ketika berucap di Pengerang baru-baru ini)
Tambah beliau, sebagai seorang muslim yang berjuang bagi kepentingan
rakyat, beliau sentiasa yakin dengan pertolongan Allah dalam usaha
membela hak rakyat.
Dalam pada itu, Mazlan turut mempersoalkan peranan Azalina sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut.
"Mengapa
projek Rapid tidak dibuat di lokasi pemindahan penduduk berdekatan Kg
Dato' Abd Ghani Othman? Bukankah di situ ada tanah Kerajaan Negeri Johor
ribuan hektar?
"Wajarkah dikorbankan penduduk kampung sedangkan ada tanah kerajaan yang jaraknya sekitar 10 km sahaja?" soal beliau lagi.
Malah,
kata Mazlan, lokasi dipilih di Kampung Sungai Kapal, Kampung Teluk
Empang, Kampung Batu Mas yang begitu hampir dengan TLDM Tanjung
Pengelih, yang merupakan laluan sibuk 200 kapal dalam sehari.
Mazlan
yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Badan Bertindak Pengambilan
Tanah Pengerang (Mantap), beranggapan membina jeti dan terminal
berdekatan laluan tersebut mempunyai risiko dan tidak ekonomik serta
praktikal, selain masa untuk berlabuh kapal pengangkut minyak di
Pelabuhan Sg Udang, Kerteh dan Bintulu hanya sekitar 10-20 minit sahaja,
berbansingbdi terminal yang dicadangkan di Pengerang yang memakan masa
tiga jam.
Tambah Mazlan, tidak seperti di sekitar tanah kerajaan
berhampiran Kg Dato' Abd Ghani Othman, kawasannya lapang, mempunyai
kedalaman yang sgt munasabah atas jajaran Laut Cina Selatan dan jauh
dari kapal-kapal dagang.
"Saya persilakan dengan segala hormatnya
jika Azalina ingin saman saya. Ia jadi motivasi untuk saya mendedahkan
lebih terperinci sandiwara pemimpin BN di sebalik projek yang
kontroversi ini. Azalina jangan gelabah. Bertenang. Tunggu 'buah' saya
seterusnya," kata beliau.
Semalam, Azalina dikatakan akan
mengambil tindakan undang-undang terhadap Mazlan sekiranya tidak memohon
maaf secara terbuka ekoran ucapannya yang mengaitkan Azalina dengan
projek Rapid Pengerang, pada Himpunan Hijau Pengerang, hujung bulan
lalu.
Azalina, bagaimanapun tidak memberikan tempoh kepada Mazlan
untuk berbuat demikian dan dikatakan telah mengarahkan peguamnya
meneliti dan menyemak ucapan Mazlan.
No comments:
Post a Comment