KUALA LUMPUR: Lebih 200 umat Islam hari ini berhimpun secara aman di hadapan Wisma MCA, Jalan Ampang, bagi membantah kebiadaban Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang menghina agama Islam.
Mereka yang terdiri daripada perbagai latar belakang termasuk wakil NGO Islam hadir bagi menyatakan rasa tidak senang mereka dengan sikap MCA yang tidak berhenti-henti menghina agama Islam.
Himpunan hari ini adalah anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia dan Dewan Ulamak PAS Pusat. Ia hanya dirancang semalam oleh mereka dan berkumpul di sana hari ini.
Mereka membawa sepanduk dan poster mengecam tindakan pemimpin MCA itu yang didakwa tidak tahu menjaga sensitiviti umat Islam.Ianya berikutan kenyataan Soi Lek yang menyerang Islam habis-habisan dan secara berterusan.
Terbaru, beliau mendakwa negara yang melaksanakan hudud adalah negara yang paling tinggi gejala rasuahnya.
Sementara itu, PAS turut menggesa Soi Lek memohon maaf kepada seluruh umat Islam di atas kata-kata penghinaan yang telah dikeluarkan beliau.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad yang turut mengetuai himpunan itu berkata, pihaknya juga akan membawa isu itu kepada Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja dalam masa terdekat.
"Kita mendesak supaya MCA memohon maaf kepada seluruh umat Islam dan kita akan bawa isu ini kepada Yang di-Pertuan Agong.
"Bagi kami, kalau MCA nak belajar Islam, jangan belajar dengan Umno, tapi belajar dengan PAS," katanya kepada wakil media.
Beliau turut mengecam sekeras-kerasnya kebiadaban Soi Lek yang seolah-olah buta mata dan hati sanggup menghina agama Islam kerana kepentingan politik.
"Allah sudah sebut jangan sekali-kali engkau menghina berhala orang lain, tetapi MCA pula mengajar masyarakat lain supaya biadap kepada Islam," katanya sambil diikuti laungan takbir.
Beliau menyeru orang Melayu agar menolak MCA dan Umno dalam pilihan raya akan datang.
Seramai lima orang dilihat masuk menyerahkan memorandum bantahan kepada wakil MCA di perkarangan pejabat pergerakan itu.
Selain Ustaz Idris, turut mengiringi semasa penyerahan itu termasuklah Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia Khairul Faizi Ahmad Kamil, Exco Pemuda Adram Musa serta Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Turut serta dalam bantahan itu, pengarah, penerbit dan juga pelakon terkenal Adam Hamid serta bekas pelakon terkenal siri Gerak Khas, Abby Abadi.
Sementara itu Khairul Faizi melahirkan kekecewaan apabila rombongan mereka untuk menghantar memorandum kepada Soi Lek hanya diterima oleh Setiausaha Kerja Pemuda MCA.
"Bukan itu sahaja, kami hanya dilayan di hadapan tangga bangunan ini , hari ini beliau sudah buktikan beliau biadap," katanya dalam sidang media selepas selesai berhimpun.
Bahkan katanya, jika MCA tidak memohon maaf kepada umat Islam negara ini dalam masa satu minggu pihaknya akan mengadakan himpunan yang lebih besar dari hari ini.
"Kami sanggup gadai nyawa kami demi Islam," tegasnya sambil menyifatkan MCA parti yang wajar ditolak oleh rakyat dalam PRU-13 kerana mengamalkan sikap perkauman yang melampau.
Himpunan yang berlaku hampir sejam itu turut mencuri perhatian awam dengan laungan takbir, hidup Islam, hancur kezaliman, berulang kali oleh peserta yang hadir.

"Ini
satu pembohongan besar sama dengan pembohongan Utusan Malaysia apabila
mendakwa saya anti-Melayu dan anti-Islam kerana Nik Aziz tidak pernah
berkata begitu," kata Lim Guan Eng (gambar) dalam kenyataannya.
Pengerusi
Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Datuk
Takiyuddin Hassan berkata sehingga kini pihak kerajaan negeri tidak
menerima sebarang maklumat dari pemegang konsesi pemasangan Kamera AES
tersebut.
KUALA LUMPUR:
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari ini bertindak menghantar satu
surat kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan mendesak agar
pergerakan pemuda parti itu menyatakan pendirian mereka berhubung dengan
kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang menghina Islam.
KOTA BHARU:
Bagi Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kejayaan paling bererti
sepanjang 22 tahun pentadbirannya apabila berjaya mengasingkan wang
kerajaan daripada sistem riba.
KUALA LUMPUR: Ahli
Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub minta Menteri Kewangan
menyatakan apa maksud jawatankuasa khas berhubung isu bayaran royalti
hasil petroleum kepada Kelantan, Terengganu dan Pahang.
KOTA BHARU: Kerajaan
Kelantan akan mengumumkan ganjaran khas untuk pemain bola sepak negeri
yang telah berjaya mengharumkan nama negeri ini pada perlawanan akhir
Piala Malaysia menentang Angkatan Tentera Malaysia pada 20 Oktober lalu.
Dalam
penyataan bersama oleh ketiga-ketiga parti komponen di penghujung
konvensyen itu, iltizam ketika-tiga parti itu dicerminkan daripada
persetujuan bersama dasar dan polisi yang menguntungkan rakyat di kala
kerajaan BN Pahang terbukti gagal mentadbir urus negeri Pahang dengan
efisyen, telus dan amanah.
KUALA LUMPUR:
Penghinaan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek terhadap hudud membuktikan 'hati
perut' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sebenarnya,
kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
KUALA LUMPUR:
Ulama Umno sepatutnya mengajar Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bahawa
menghina hudud adalah menghina Islam kerana ia sebahagian daripada
ajaran Islam.
Timbalan
Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, sebaliknya semua anggota parti dan
penyokong diminta terus beriltizam memperkemaskan gabungan tersebut
kerana perpaduan yang dijalin merupakan senjata paling ampuh untuk
menghadapi BN.
Beliau
berkata demikian dalam ucapan perasmian Konvensyen PR Pahang di Dewan
Sekilau, dekat sini semalam. Dalam program dihadiri 700 perwakilan
ketiga-tiga parti seluruh negeri itu, sebanyak tiga kertas kerja
dibentang.
SHAH ALAM: MCA sebenarnya telah menghina Islam bukannya PAS dalam soal pelaksanaan hukum hudud, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.