Jika anda rasa anda mampu untuk berjuang, anda adalah seorang pejuang! Jika anda yakin anda seorang pejuang, anda adalah pejuang! Jika anda hanya duduk berangan-angan tanpa merenung sebuah perjuangan, anda adalah musuh pejuang!
Wednesday, December 14, 2011
Laporan Polis telah di buat di IPD Pengkalan Chepa, Kota Bharu.
Laporan Polis telah di buat di IPD Pengkalan Chepa, Kota Bharu. Pesalah melanggar aturan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, Seksyen 120 Enekmen Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu 1994, seksyen 298 dan 298A Kanun Keseksaan.
Menurut Ketua Pemuda PAS kelantan YB ustaz Abdul Latif Abdul Rahman kenapa takutkan PAS sampai sanggup menghina dan pertikai hukum ALLAH swt. Dan dimana fakta dan hujah yang dikemuka dalam video pendek itu yang mengatakan wanita kelantan adalah yang teramai dalam bidang kerja maksiat sedangkan wanita Kelantan terkenal dengan bidang perniagaan seperti mana wanita di Pasar Siti Khadijah.
- YB ustaz Abdul Latif Abdul Rahman-
Beliau juga mempertikaikan kenapa isu ini tidak dapat mendapat perhatian UMNO seperti mana isu bila lagu negaraku diperlekehkan. Adakah kerana video ini memberi kesan negatif pada Pakatan Rakyat. Sesungguhnya, hukum hudud ini hukum ALLAH swt dan isunya lebih berat lagi daro isu bendera atau isu lagu negaraku.
Kita tunggu siasatan polis, namun jika mereka terlepas di dunia ini,
sesungguhnya penyelesaian ALLAH swt segala penyelesaian.
Panel khas SPRM bincang kes Taib Mahmud
KUALA LUMPUR, 14 Dis: Panel Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengadakan mesyuarat khas tidak lama lagi, bagi membincangkan desakan dari 13 NGO supaya Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan 13 ahli keluarganya ditangkap atas pelbagai dakwaan. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, mesyuarat tersebut dijangka akan diadakan dalam masa terdekat sebaik sahaja Pengerusi AJK Panel itu, Datuk Radzi Sheikh Ahmad dimaklumkan mengenainya.
Menurutnya, permintaan agar diadakan mesyuarat tersebut akan dibuat oleh beliau sendiri kepada Radzi atas kapasitinya selaku salah seorang AJK Panel tersebut.
Katanya, tujuan mesyuarat itu diadakan adalah untuk membincangkan tindakan sewajarnya yang patut diambil oleh panel tersebut berhubung laporan berkenaan.
"Saya akan maklumkan perkara ini kepada Datuk Radzi nanti untuk meminta beliau memanggil mesyuarat khas AJK Panel Khas SPRM, bagi meminta SPRM menerangkan kepada kami mengenai laporan itu," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.
Semalam, media melaporkan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari enam negara mendesak supaya Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan 13 ahli keluarganya ditangkap atas pelbagai dakwaan, termasuk salah guna jawatan awam, rasuah dan konspirasi untuk membentuk sebuah organisasi jenayah.
Antara NGO yang membuat tuntutan berkenaan adalah Dana Bruno Manser (BMF), Greenpeace dan pertubuhan pemantau hutan dunia, Fern.
Mereka telah mengemukakan surat bertarikh semalam kepada Kerajaan Malaysia supaya menangkap individu berkenaan kerana dituduh dengan pelbagai dakwaan berkaitan dengan pengagihan dana awam secara haram, salah guna jawatan awam, merampas tanah kerajaan, rasuah, eksploitasi konflik kepentingan dan sebagainya.
Surat berkenaan dihantar ke Pejabat Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Polis Negara.
"Kami memohon pendakwa utama Malaysia pada kadar segera menangkap dan mendakwa Ketua Menteri Sarawak, empat anaknya, lapan adik-beradiknya dan sepupu pertamanya, Abdul Hamed Sepawi," kata NGO itu dalam surat mereka.Selain Abdul Taib, 75, mereka yang dinamakan itu adalah anak-anaknya, Jamilah Hamidah Taib Murray, Mahmud Abu Bekir Taib, Sulaiman Abdul Rahman Taib, Hanifah Hajar Taib.
Manakala adik beradiknya pula adalah Ibrahim Mahmud, Aisah Zainab Mahmud, Zaleha Mahmud, Onn Mahmud, Mohamad Ali Mahmud, Mohd Tufail Mahmud, Amar Hajar Fredahanum Mahmud dan Raziah Mahmud.
Surat 10 muka surat itu ditandatangani oleh 13 NGO dari Malaysia, Australia, Jerman, Jepun, Switzerland dan United Kingdom serta beberapa tandatangan individu dari Malaysia.
Menurut Salahuddin, kes tersebut merupakan sesuatu yang amat serius dan pihaknya amat perlu mendapatkan keterangan lanjut dari SPRM dengan segera sama ada benar telah menerima laporan tersebut atau sebaliknya.
"Sekiranya SPRM memang telah menerima laporan itu, satu siasatan menyeluruh perlu dilakukan oleh SPRM bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil ke atas pihak-pihak terbabit," tegas beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.
MB Kedah kini bergelar Datuk Seri Diraja

(Azizan dan isteri bergambar dengan Yang Dipertuan Agung dan Raja Permaisuri Agung)
Gelaran itu dianugerahkan kepada Azizan sempena pertabalan Tuanku Sultan Kedah sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Tunku Sultanah sebagai Seri Paduka Baginda Raja Pemaisuri Agong ke-14, 12 Disember lepas.
Azizan adalah menteri besar dan juga Pesuruhjaya PAS Kedah. Sebelum ini beliau menerima anugerah yang membawa gelaran Datuk Seri.
Tuanku Abdul Halim mencatat sejarah pribadi apabila dilantik menjadi Yang Dipertuan Agung untuk kali keduanya 13 Disember semalam.
Sultan Muhmammad ke v, Sultan Kelantan pula telah dilantik menjadi Timbalan Yang Dipertuan Agung.
Azizan ketika mengulas perlantikan itu berkata, beliau yakin hubungan antara kerajaan pusat yang diperintah BN akan lebih rapat dengan kerajaan negeri Kedah yang ditadbir Pakatan Rakyat selepas perlantikan ini.
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa pula melahirkan rasa gembira beliau dan rakyat Kelantan dengan kepercayaan Majlis Raja-raja untuk memilih Sultan Kelantan sebagai Timbalan Yang Dipertua Agung walaupun baru sahaja dilantik sebagai Sultan Kelantan.
Usrah PAS Kawasan Machang
NYDP PAS Machang sedang mengupas buku amal jamae dalam usrah pas kawasan.Usaha asas untak mengembalikan kekuatan jamaah.
Video hina hudud ada kaitan dengan Noh Omar?
KUALA LUMPUR, 14 Dis: Penerbit video Sembang Rakyat yang menerbitkan klip video yang menghina hukum hudud adalah dimiliki oleh orang yang sama yang menguruskan blog Datuk Seri Noh Omar.Penerbit video ini juga adalah orang yang sama yang menguruskan laman web Puteri Umno Selangor dan Umno Tanjung Karang di samping blog Pena Noh Omar itu.
"Besar kemungkinan dia adalah orang kuat Noh Omar," kata seorang blogger yang juga menerbitkan video klip bagi mendedahkan siapa sebenarnya di belakang video klip yang menghina hukum hudud ini.
Video klip pendedahan itu diterbitkan oleh Malaysianews di laman Youtube.
Pelbagai pihak kesal dengan tindakan pihak kerajaan tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap penghinaan yang dibuat oleh video klip sembang rakyat itu.
Drs Khalil Idham Lim mempersoalkan mengapa Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim terus membisu terhadap video yang berjudul 'Musim Hudud Pas' dan 'Lagi Hudud PAS' itu secara jelas mengelirukan umat Islam di Malaysia yang telah disebar luas di laman Facebook dan Youtube baru-baru ini.
“Kita tidak boleh nafikan bahawa sejak akhir-akhir ini media boleh direka dalam pelbagai bentuk dan corak kerana perkembangan teknologi yang pesat, tetapi seharusnya tidak boleh sehingga menghina agama lebih-lebih lagi Islam itu sendiri.
“Kita amat khuatir terhadap perkembangan sebegini memandangkan para pelakonnya terdiri dari orang Islam dan ada di antaranya berlakon yang sebagai agamawan di samping penggunaan kamera beresolusi tinggi yang sudah pastinya mahal harganya,” ujar Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak itu.
Beliau yang juga Adun Titi Serong berkata, klip video itu juga mempunyai unsur yang boleh mencetuskan salah faham serta penghinaan terhadap hukum Islam.
Menurut Malaysianews, kaitan antara video klip sembang rakyat itu amat jelas dengan Noh Omar dan Umno Selangor.
Ia mempunyai persamaan antara satu sama lain melalui emailnya iaitu " ajaff8@gmail.comThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it " yang ada sebagai email penerbit dan webmaster untuk kesemua laman-laman dan video klip itu.
Fidlot: NGO lapor SPRM, desak 3 menteri disiasat
SHAH ALAM, 14 Dis: NGO Jingga 13 hari ini mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat tiga menteri yang didakwa mempunyai kaitan dalam skandal Pusat Fedlot Kebangsaan (NFC).
Berkata kepada media di lobi Pejabat SPRM Shah Alam hari ini, Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa memberitahu ketiga-tiga menteri terbabit adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan juga Datuk Seri Noh Omar.
Ini kerana Noh merupakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada ketika ini manakala Muhyiddin dan Mustapa adalah bekas menteri di kementerian tersebut sebelum ini yang didakwa ada kaitan dengan kelulusan pemberian dana RM250 juta kepada syarikat NFC yang dimiliki suami kepada Datuk Shahrizat Abdul Jalil.
"Kami mendesak agar satu siasatan dan tindakan oleh pihak SPRM wajar diambil terhadap ketiga-tiga menteri yang memegang jawatan sebagai Menteri Pertanian sekiranya mereka terlibat dengan tindakan penyaluran wang tersebut iaitu sebanyak RM250 juta," jelas Fariz selepas menyerahkan memoranduk kepada suruhanjaya itu.
Sebelum ini siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) merumuskan 'ada yang tidak kena' dengan projek berkaitan penternakan lembu yang bernilai RM250 juta itu.
"SPRM perlu siasat kerana Muhyiddin memegang jawatan tersebut dari 2004 hingga 2008, Mustafa dari 2008 hingga 2009 dan Noh dari 2009 sehingga sekarang.
"Kita merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid yang menyatakan bahawa pegawai-pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang hadir pada perjumpaan PAC memberitahu wang dikeluarkan kepada satu akaun khas sejak 2008 hingga 2009," kata seorang lagi koordinatornya Afzainizam Abd Rahman.
Tambah Afzainizam lagi, tindakan yang dilakukan oleh kementerian terbabit adalah merupakan satu tindakan salah guna kuasa yang amat nyata apabila telah menyalurkan wang kepada akaun khas NFC sebelum perjanjian dibuat seperti mana prosedur dan peraturan kewangan.
Dalam pada itu mereka juga mahu tahu siapa sebenarnya yang mengetuai mesyuarat Jawatankuasa Impak Tinggi yang didakwa dipengerusikan oleh Perdana Menteri sewaktu meluluskan pemberian dana RM250 juta itu pada tahun 2008.
Ia kerana pada waktu itu sedang berlaku peralihan kuasa antara Tuan Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak.
Sebelum itu skandal NFC telah menyebabkan Umno tidak senang duduk sehingga beberapa pemimpin mereka mendesak Shahrizat melepas jawatan sebagai Menteri Pembangunan Keluarga Wanita dan Masyarakat serta jawatannya sebagai Ketua Wanita Umno.
Berkata kepada media di lobi Pejabat SPRM Shah Alam hari ini, Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa memberitahu ketiga-tiga menteri terbabit adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan juga Datuk Seri Noh Omar.Ini kerana Noh merupakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada ketika ini manakala Muhyiddin dan Mustapa adalah bekas menteri di kementerian tersebut sebelum ini yang didakwa ada kaitan dengan kelulusan pemberian dana RM250 juta kepada syarikat NFC yang dimiliki suami kepada Datuk Shahrizat Abdul Jalil.
"Kami mendesak agar satu siasatan dan tindakan oleh pihak SPRM wajar diambil terhadap ketiga-tiga menteri yang memegang jawatan sebagai Menteri Pertanian sekiranya mereka terlibat dengan tindakan penyaluran wang tersebut iaitu sebanyak RM250 juta," jelas Fariz selepas menyerahkan memoranduk kepada suruhanjaya itu.
Sebelum ini siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) merumuskan 'ada yang tidak kena' dengan projek berkaitan penternakan lembu yang bernilai RM250 juta itu.
"SPRM perlu siasat kerana Muhyiddin memegang jawatan tersebut dari 2004 hingga 2008, Mustafa dari 2008 hingga 2009 dan Noh dari 2009 sehingga sekarang.
"Kita merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid yang menyatakan bahawa pegawai-pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang hadir pada perjumpaan PAC memberitahu wang dikeluarkan kepada satu akaun khas sejak 2008 hingga 2009," kata seorang lagi koordinatornya Afzainizam Abd Rahman.
Tambah Afzainizam lagi, tindakan yang dilakukan oleh kementerian terbabit adalah merupakan satu tindakan salah guna kuasa yang amat nyata apabila telah menyalurkan wang kepada akaun khas NFC sebelum perjanjian dibuat seperti mana prosedur dan peraturan kewangan.
Dalam pada itu mereka juga mahu tahu siapa sebenarnya yang mengetuai mesyuarat Jawatankuasa Impak Tinggi yang didakwa dipengerusikan oleh Perdana Menteri sewaktu meluluskan pemberian dana RM250 juta itu pada tahun 2008.
Ia kerana pada waktu itu sedang berlaku peralihan kuasa antara Tuan Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak.
Sebelum itu skandal NFC telah menyebabkan Umno tidak senang duduk sehingga beberapa pemimpin mereka mendesak Shahrizat melepas jawatan sebagai Menteri Pembangunan Keluarga Wanita dan Masyarakat serta jawatannya sebagai Ketua Wanita Umno.
Mujahid: PAS ganti Umno dan Mohamad Sabu
Program PAS Ganti UMNO (PGU) telahpun dilancarkan awal tahun ini. Ia merupakan satu slogan bagi meyakini orang ramai bahawa ketiadaan UMNO sebagai parti dominon bukanlah bererti orang Melayu hilang arah kerana PAS akan tampil untuk mengambil alih kepimpinan dan politik orang Melayu. Ini bersandarkan kepada realiti bahawa PAS adalah merupakan parti komponen PR yang terbesar berpandukan kepada keahlian, jentera dan pengalaman. Saya boleh bersetuju PGU dalam konteks pengambilalihan kepimpinan politik Melayu tapi awas! Kalau ganti itu membawa makna PAS akan ganti "perangai" UMNO di tampuk pemerintahan, saya akan menolak slogan PGU. Itulah yang diluahkan oleh Timbalan Presiden PAS dalam ucapannya yang disiarkan dalam MerdekaReview pada 5 Disember 2011, ditulis oleh Lim Hong Siang.
Jangan Ganti Perangai UMNO
Perangai buruk UMNO sebagai parti yang memerintah kerajaan persekutuan hari ini boleh disimpulkan dalam satu permasalahan yang dinamakan sebagai isu integriti. Persoalan ini menghantui UMNO dan mendapat persepsi yang buruk di kalangan rakyat. Apakah PAS ganti UMNO untuk rakyat nanti menyaksikan pemimpin PAS hidup mewah di luar kemampuannya? Ataukah bakal-bakal Menteri dalam kabinet Pakatan nanti khususnya PAS akan mengulangi "perangai" minta komisyen atau salahguna kuasa yang ada? Itukah maksud PGU? Persoalan ini membimbangkan Timbalan Presiden PAS itu.
Islam dan Muslimin
Mohamad bin Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu melontarkan satu ide tentang bagaimana Barat lebih dilihat Islamik dari sudut tatacara kelola kewangan negara, ketelusan dan integriti sebuah kerajaan dan hak asasi manusia. Saya teringat akan kata-kata ulamak Islam Syeikh Muhamad Abduh (1849-1905) ketika dia melawat Eropah dia mengkagumi kemajuan dan ketamadunan Eropah (Barat) yang nilainya sama dengan Islam. Dia berkata, "I went to the West and saw Islam, I got back to the East and saw Muslims but not Islam". Saya yakin Mat Sabu tidak berkata tanpa satu pengamatan dari susur galur kebangkitan Eropah dan zaman malap tamadun Islam. Apa yang malang dari kenyataan Mat Sabu ialah keadaan tidak berubah sejak ia diucapkan oleh Syeikh Muhammad Abduh kurun yang lampau.
Tunjuk contoh dulu
Saya memahami bahawa apa yang disebut oleh Timbalan Presiden PAS itu didasari oleh kebimbangan melihat masa depan PAS dan Pakatan Rakyat secara umum jikalau diberi amanah untuk memerintah. Ini adalah kerana tidak ada gunanya kita melaungkan reformasi atau islah jika kita gagal membuat perubahan dan membongkah akar umbi kebusukan yang akan ditinggalkan oleh regim lama BN. Kalau kita mengulangi kebusukan BN maka reformasi kita hanya kosmetik dan hanya tukar baju tapi dalam penuh dengan panau dan kurap. Saya berpendapat bahawa kenyataan Mat Sabu mewakili ramai dari rakyat yang mahukan perubahan yang tulen dan bukan palsu.
Jalan sukar
Berkenaan dengan Arab Spring Revolution yang menumbangkan kebusukan regim diktator dunia Arab, saya berpendapat perubahan regim yang berlaku akan mengalami jalan yang sukar dan berliku. Ini adalah kerana buat sekian lama dunia Arab bukan sahaja berada di bawah pemerintahan kuku besi tetapi kedudukan sosial dan strata masyarakat serta keadaan ekonomi membentuk satu cabaran yang besar kepada order baru seperti Tunisia, Mesir, Libya dan Syria.
Pengajaran
Pengalaman kebangkitan Arab mengajar kita untuk membuat lonjakan dalam melakar perubahan regim. Saya mencadangkan bagi mengukuhkan pandangan Mat Sabu (gambar kiri), lonjakan kita mesti melibatkan program kesedaran, pemodelan negeri Pakatan sebagai contoh dan reformasi parti-parti politik yang perlu dilihat telus dalam menyusun sistem organisasi parti. Parti-parti politik kita khususnya komponen Pakatan masih tidak menunjukkan kesungguhan mereformasi partinya dulu sebelum mampu mengemukakan reformasi politik.
Mat Sabu saja yang tahu
Adapun kenyataan Mat Sabu yang mengatakan golongan kiri dan liberal Barat lebih dilihat bersungguh mengamalkan integriti, ia adalah satu cabaran besar kepada parti Islam yang seharusnya mengungguli prinsip integriti berdasarkan prinsip moral yang dilaungkan. Apakah benar kebimbangan Mat Sabu itu, adakah benar dakwaan beberapa EXCO Kelantan tidak mencerminkan kehidupan sederhana yang dilaungkan oleh PAS?
Saya tidak mempunyai jawapan, hanya Mat Sabu yang tahu apakah maksud yang tersirat daripada kenyataannya. Namun mengenali Mat Sabu, beliau adalah orang yang setia kepada parti dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan apabila memberi pandangan. Saya juga berpendapat Mat Sabu berada sebagai orang nombor dua parti Islam untuk menjalankan tugas mengocak air yang tenang supaya parti jangan berada di zon selesa.
Jangan Ganti Perangai UMNO
Perangai buruk UMNO sebagai parti yang memerintah kerajaan persekutuan hari ini boleh disimpulkan dalam satu permasalahan yang dinamakan sebagai isu integriti. Persoalan ini menghantui UMNO dan mendapat persepsi yang buruk di kalangan rakyat. Apakah PAS ganti UMNO untuk rakyat nanti menyaksikan pemimpin PAS hidup mewah di luar kemampuannya? Ataukah bakal-bakal Menteri dalam kabinet Pakatan nanti khususnya PAS akan mengulangi "perangai" minta komisyen atau salahguna kuasa yang ada? Itukah maksud PGU? Persoalan ini membimbangkan Timbalan Presiden PAS itu.Islam dan Muslimin
Mohamad bin Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu melontarkan satu ide tentang bagaimana Barat lebih dilihat Islamik dari sudut tatacara kelola kewangan negara, ketelusan dan integriti sebuah kerajaan dan hak asasi manusia. Saya teringat akan kata-kata ulamak Islam Syeikh Muhamad Abduh (1849-1905) ketika dia melawat Eropah dia mengkagumi kemajuan dan ketamadunan Eropah (Barat) yang nilainya sama dengan Islam. Dia berkata, "I went to the West and saw Islam, I got back to the East and saw Muslims but not Islam". Saya yakin Mat Sabu tidak berkata tanpa satu pengamatan dari susur galur kebangkitan Eropah dan zaman malap tamadun Islam. Apa yang malang dari kenyataan Mat Sabu ialah keadaan tidak berubah sejak ia diucapkan oleh Syeikh Muhammad Abduh kurun yang lampau.
Tunjuk contoh dulu
Saya memahami bahawa apa yang disebut oleh Timbalan Presiden PAS itu didasari oleh kebimbangan melihat masa depan PAS dan Pakatan Rakyat secara umum jikalau diberi amanah untuk memerintah. Ini adalah kerana tidak ada gunanya kita melaungkan reformasi atau islah jika kita gagal membuat perubahan dan membongkah akar umbi kebusukan yang akan ditinggalkan oleh regim lama BN. Kalau kita mengulangi kebusukan BN maka reformasi kita hanya kosmetik dan hanya tukar baju tapi dalam penuh dengan panau dan kurap. Saya berpendapat bahawa kenyataan Mat Sabu mewakili ramai dari rakyat yang mahukan perubahan yang tulen dan bukan palsu.
Jalan sukar
Berkenaan dengan Arab Spring Revolution yang menumbangkan kebusukan regim diktator dunia Arab, saya berpendapat perubahan regim yang berlaku akan mengalami jalan yang sukar dan berliku. Ini adalah kerana buat sekian lama dunia Arab bukan sahaja berada di bawah pemerintahan kuku besi tetapi kedudukan sosial dan strata masyarakat serta keadaan ekonomi membentuk satu cabaran yang besar kepada order baru seperti Tunisia, Mesir, Libya dan Syria.
Pengajaran
Pengalaman kebangkitan Arab mengajar kita untuk membuat lonjakan dalam melakar perubahan regim. Saya mencadangkan bagi mengukuhkan pandangan Mat Sabu (gambar kiri), lonjakan kita mesti melibatkan program kesedaran, pemodelan negeri Pakatan sebagai contoh dan reformasi parti-parti politik yang perlu dilihat telus dalam menyusun sistem organisasi parti. Parti-parti politik kita khususnya komponen Pakatan masih tidak menunjukkan kesungguhan mereformasi partinya dulu sebelum mampu mengemukakan reformasi politik.Mat Sabu saja yang tahu
Adapun kenyataan Mat Sabu yang mengatakan golongan kiri dan liberal Barat lebih dilihat bersungguh mengamalkan integriti, ia adalah satu cabaran besar kepada parti Islam yang seharusnya mengungguli prinsip integriti berdasarkan prinsip moral yang dilaungkan. Apakah benar kebimbangan Mat Sabu itu, adakah benar dakwaan beberapa EXCO Kelantan tidak mencerminkan kehidupan sederhana yang dilaungkan oleh PAS?
Saya tidak mempunyai jawapan, hanya Mat Sabu yang tahu apakah maksud yang tersirat daripada kenyataannya. Namun mengenali Mat Sabu, beliau adalah orang yang setia kepada parti dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan apabila memberi pandangan. Saya juga berpendapat Mat Sabu berada sebagai orang nombor dua parti Islam untuk menjalankan tugas mengocak air yang tenang supaya parti jangan berada di zon selesa.
54 kerusi parlimen BN di Felda tergugat
KUALA LUMPUR, 14 Dis: Peneroka Felda di seluruh negara memberi amaran akan melakukan "transformasi politik" pada pilihan raya umum ke-13 yang akan memberi kesan buruk kepada Umno BN.
Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan, Mazlan Aliman berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mesti menarik balik cadangan menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) ke dalam Bursa Malaysia (BSKL) jika benar-benar mahu membela kepentingan warga Felda.
Justeru Mazlan berkata, pihaknya sedang menunggu jawapan positif daripada pejabat Perdana Menteri mengenai surat permohonan untuk bertemu Najib pada 20 Disember ini.
Pertemuan itu bagi menuntut Najib memecat Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda yang didakwa menyebabkan "huru-hura" dalam pengurusan Felda dan mengekalkan kedudukan Datuk Dzulkifli Abd Wahab sebagai Pengarah Besar Felda.
Tuntutan agar Isa dipecat juga kerana beliau dilihat sangat bersungguh-sungguh mahu FGVH disenaraikan ke BSKL, diyakini untuk mengaut keuntungan bagi kroninya dalam pada aset peneroka akan tergadai.
Sementara itu, arahan bercuti terhadap Dzulkifli, kata Mazlan merupakan cara untuk menyingkirkan beliau kerana dianggap sebagai penghalang usaha Isa untuk penyenaraian FGVH.
"Kami bersedia berdepan dengan golongan pengkhianat ini. Mereka adalah penjajah moden yang mahu merampas hak rakyat.
"Perdana Menteri mesti ada pendirian tegas dan meraikan warga Felda yang selama ini sabgai setia kepada kerajaan Umno BN. Jika tidak, pengundi Felda di 54 kerusi Parlimen dan 92 Dun bersedia membuat "transformasi politik" yang bakal menggegarkan keputusan pilihan raya ke-13 nanti," kata beliau selepas menyerahkan memorandum menyokong Dzulkifli di Ibu Pejabat Felda, Jalan Gurney, dekat sini, semalam.
Mazlan menegaskan, apa yang dibimbangi peneroka ketika ini adalah mengenai masa depan Felda yang semakin malap apabila FGVH disenaraikan di BSKL kerana 360,067 hektar tanah milik mereka akan dicagarkan kepada FGVH selama 99 tahun.
"Bukan itu sahaja, proses penyenaraian FGVH akan melibatkan Felda menjual kesemua sahamnya dalam FGVH. Sebab itulah Datuk Dzul menentang usaha penyenaraian ini dan peneroak tetap setia di belakang beliau," kata Mazlan.
Tambah memburukkan keadaan, tanah-tanah kosong di Felda yang selama ini dimanfaatkan untuk tanaman kontan, industri kecil, perumahan generasi kedua Felda dan projek hiliran akan menjadi milik FGVH.
Tanah yang dipohon pada masa hadapan juga menjadi hak FGVH bersimbolkan Felda manakala FGVH akan berkuasa penuh dengan istilah "diberi kenikmatan aman sentosa".
"FGVH mendapat hak kawalan mutlak ke atas tanaman, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya yang sedia ada dan pada masa depan termasuk mengenai jenis kontrak jual beli hasil dan harga.
"FGVH juga akan mengendalikan aktiviti menanam semula dan menerima segala insentif daripada kerajaan serta menyelenggara dan membina infrastruktur yang diperlukan. FGVH bakal menelan Felda," tegas Mazlan yang disertai 50 wakil peneroka daripada beberapa Felda yang hadir memberikan sokongan.

Tuesday, December 13, 2011
Kelantan bangga dengan perlantikan Timbalan Agong
KOTA BHARU, 13 Dis: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa melahirkan rasa bangga beliau dan rakyat Kelantan atas perlantikan Tuanku Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke V, sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.Dalam satu kenyataannya, Husam yang juga Exco kerajaan negeri berkata, "Perkenan para kekanda ke Bawah DYMM Raja-Raja Melayu memilih Tuanku Sultan Kelantan selaku Timbalan Yang di-Pertuan Agong besar ertinya terhadap kedaulatan dan kebesaran Tuanku.
"Besar pula maknanya bagi seluruh rakyat Negeri Kelantan Darul Naim," kata Husam dalam satu kenyataan medianya.
Husam juga melahirkan keyakinannya, Tuanku Faris Petra mampu memberi makna kepada kesaksamaan kemajuan wilayah dan mengharumkan nama negeri ini dengan hemah, prihatin, bijaksana, berjiwa rakyat, mempunyai visi yang dinamik dan berdedikasi yang ada pada baginda.
"Selama ini, dalam tempoh yang singkat, Tuanku menjadi kebanggan rakyat Kelantan dan rasa bangga itu akan Insya Allah akan dikongsi pula oleh seluruh rakyat Malaysia," tegas Husam dalam kenyataannya.
Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Kelantan juga merakamkan ‘sembah tahniah’ di atas pengisytiharan Sultan Muhammad ke V memegang jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
Ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman, berkata pihaknya berbesar hati di atas perlantikkan itu.
“Semoga perlantikan tuanku membawa berkah dan keamanan di negeri Kelantan Tadahan Wahyu ini.
“Patik mewakili Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, merakamkan sembah tahniah kepada tuanku semoga tuanku di lindungi dunia dan akhirat,”ujarnya.
Syukur atas perlantikan Agong
Husam juga mempersembahkan ucapan tahniah dan rasa syukur di atas perlantikan DYMM Al Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan DYMM Al Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, yang masing-masing selaku DYMM Yang di-Pertuan Agong dan DYMM Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang ke 14.
Selaku rakyat yang menjunjung tinggi kelangsungan Kesultanan Melayu selaku teras utama politik negara menerusi konsep Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen sejak turun temurun, saya merasa bangga dan bertuah menyaksikan perlantikan Tuanku berdua, kata Husam.
"Selaku DYMM Yang di-Pertuan Agong bagi kali yang kedua bagi Ke Bawah DYMM Al Sultan Kedah, sudah tentu memberikan nostalgia zaman anak-anak saya dengan ketinggian budi, hemah, bijaksana dan mesra rakyat ke Bawah Duli Tuanku sewaktu berada di atas singgahsana sebagai DYMM Yang di-Pertuan Agong bagi kali pertama dahulu.
"Insya Allah, dengan pengalaman luas dan berpandangan jauh lagi saksama yang dianugerahkan Allah kepada Tuanku, Malaysia akan terus bersatu maju, adil, makmur, maju dan aman damai," kata Husam.
Husam juga mengucapkan junjung kasih kepada DYMM Yang di-Pertuan Agung ke 13, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin atas khidmat baginda yang cemerlang.
"Semoga Allah melanjutkan usia baginda dalam keadaan sihat dan 'afiat serta diberikan hidayah dan taufik yang berterusan," katanya dalam kenyataan itu.
Agong baru akan rapatkan Kedah dan Pusat
ALOR SETAR, 13 Dis: Kerajaan negeri Kedah yakin, hubungan antara kerajaan negeri Kedah dengan Pusat selepas ini akan bertambah baik ekoran perlantikan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong.Demikian kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak dalam sidang medianya semalam bagi mengucapkan tahniah kepada Tuanku Abdul Halim.
Ini adalah perlantikan yang kedua kalinya buat Tuanku Abdul Halim sebagai Yang DiPertuan Agung.
Bagi Azizan, pelantikan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim merupakan penghormatan bersejarah dan menjadi kebanggaan bagi seluruh rakyat Kedah.
Beliau berkata seluruh rakyat mendoakan agar baginda dan Sultanah Haminah Hamidun dilimpahi rahmat, dipanjangkan usia, sihat sejahtera serta dapat memerintah dengan penuh kedaulatan dan keamanan.
"Akan tetapi, rasa bangga patik-patik sekalian bercampur hiba, berat rasanya hati untuk berjauhan dengan seorang raja pemerintah, tempat sekalian patik bergantung harap selama ini," katanya ketika berucap pada Majlis Istiadat Pelantikan Jemaah Pemangku Sultan di Istana Anak Bukit di sini semalam.
Azizan berkata beliau mewakili seluruh anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, anggota-anggota perkhidmatan awam serta seluruh rakyat berikrar akan taat setia mencurahkan tenaga dan fikiran bagi menjamin kestabilan dan keharmonian negeri itu.
Katanya agenda kerajaan negeri bagi menjamin kebajikan rakyat akan terus didokong dan hubungan baik dengan kerajaan persekutuan akan terus dijaga.
"Pastinya pesanan serta pandangan Tuanku yang konstruktif, galakan dan tunjuk ajar kepada kerajaan bagi meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan rakyat serta menekankan supaya keadilan, keamanan terus ditegakkan menjadi suntikan dan panduan bagi patik mengemudikan pentadbiran negeri," katanya.
Dalam pada itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar turut merafak sembah tahniah kepada Tuanku Abdul Halim.
Katanya, perlantikan Tuanku sebagai Yang di-Pertuan Agong baru bukan sahaja menjadi kebanggaan rakyat negeri Kedah malah seluruh rakyat di negara ini.
"Kita memohon kesejahteraan kepada Tuanku untuk memerintah Malaysia.
"Kita harap pemerintahan baik Tuanku di Kedah akan disebarkan ke seluruh Malaysia," katanya.
Timbalan Agong
Sementara itu, rakyat Kelantan menyambut baik perlantikan Sultan Kelantan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, yang dilantik Timbalan Yang di-Pertuan Agong, merupakan seorang raja berjiwa rakyat dan sangat dekat di hati penduduk negeri itu.
Tengku Muhammad Faris Petra, 42, putera sulung Sultan Ismail Petra, yang sering membahasakan diri baginda sebagai "kita", telah menggunakan gelaran Sultan Muhammad V setelah dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 Sept 2010.
Baginda yang gemar turun padang termasuk ke kawasan pedalaman serta perkampungan Orang Asli di Gua Musang dan Jeli, sering membahasakan diri baginda sebagai "kita".
Sejak ditabalkan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada 6 Okt 1985, baginda lebih suka mengenakan jubah atau berbaju Melayu dengan berkain pelikat yang dikenali sebagai berbaju "gumbang", berkopiah putih ketika melawat rakyat.
Penghina hudud jangan kurang ajar - Ridhuan Tee
KUALA LUMPUR, 13 Dis: Kolumnis media Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah baru-baru ini menyelar pihak yang lantang menghina Islam khususnya hudud dan memberikan amaran kepada mereka.Tanpa menamakan secara jelas, Mohd Ridhuan dalam tulisan yang disiar akhbar Sinar Harian kelmarin menggambarkan pihak yang dimaksudkannya adalah 'penzina' dan yang 'berlatar belakang menjijikkan'.
Katanya parti-parti politik atau orang bukan Islam boleh memberikan teguran dalam perkara lain seperti salah tadbir urus, salah laku peribadi, rasuah dan sebagainya yang dilakukan oleh sesiapa sahaja, tetapi bila tiba kepada perkara berkaitan agama Islam, 'jangan terlalu kurang ajar'.
"Apatah lagi jika yang menegur itu, latar belakangnya amat menjijikkan. Seks rambang dan perzinaan sudah menjadi budaya hidupnya.
"Saya masih lagi boleh bersabar jika mereka tidak menerima ‘hudud Pas’. Tetapi cara mereka bercakap tidak menampakkan rujukan kepada ‘hudud PAS’, tetapi menghina Islam secara keseluruhan dan isi kandung al-Quran. Perbuatan ini amat melampau," tulisnya.
Biarpun tidak dinyata dengan jelas siapa sasaran tulisannya, namun ianya dipercayai ditujukan kepada Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Ini kerana, dalam tulisannya itu beliau merujuk kepada kenyataan yang mendakwa pelaksanaan hukum hudud akan membawa kepada kemusnahan ekonomi negara dan binasa diri.
Ianya termasuk dakwaan bahawa pelabur-pelabur akan meninggalkan Malaysia manakala negara akan berhadapan dengan “binasa diri” jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia yang pernah diucap Soi Lek pada satu forum di Wisma MCA baru-baru ini.
"Jangan bermain dengan api wahai penzina. Ini bukan kali pertama beliau mengeluarkan kenyataan yang menghina Islam. Apakah kita boleh menerima kenyataan seperti pelabur-pelabur akan meninggalkan Malaysia manakala negara akan berhadapan dengan ‘binasa diri’ jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia.
"Persoalan saya, apakah Malaysia akan menjadi daya tarikan pelabur-pelabur dengan lambakan pelacur-pelacur yang datang daripada Cina dan Vietnam yang datang ‘memberi khidmat’?
"Apa matlamat sebenar membawa masuk mereka ini? Apakah mungkin beliau turut melanggan kerana memang menjadi kesukaannya menyimpan mistres?" soalnya lagi.
Dalam nada tegas, beliau yang juga penyarah di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia turut mengingatkan pihak tersebut tidak mencampuri urusan orang Islam khususnya berkaitan dengan soal hudud.
Apatah lagi katanya jika seseorang itu berlainan bidang kepakaran, maka sewajarnya tidak perlu banyak mengulas tentang bidang yang lain.
"Jika bidang beliau mengenai kesihatan seperti mana jawatan yang pernah dipegang sebelum ini, lebih baik dia bercakap mengenai keburukan yang dibawa hasil seks luar nikah atau seks rambang atau penzinaan," tegasnya.
Soi lek sebelum ini juga mendakwa sistem perundangan itu tidak adil kepada semua pihak khususnya ke atas kaum wanita selain mengenakan hukuman-hukuman kejam yang jelas bercanggah dengan konvensyen antarabangsa.
Selain itu beliau turut meramalkan bahawa pasaran saham akan jatuh antara 10 hingga 20 peratus jika hukum hudud digubal dan ia juga akan memberi kesan ke atas kewangan pelabur-pelabur tempatan.
"Wah! bukan main pandai lagi beliau meramal seperti nujum.
"Justeru, tunggu apa lagi, marilah kita bersama-sama tanpa mengira parti dan ideologi, mempertahankan Islam yang semakin lama semakin berani dimamah dan diratah oleh ultra kiasu yang wujud di mana-mana, termasuk dalam Barisan Nasional," kata Ridhuan.
Peneroka tuntut Datuk Zulkifli kekal, Isa undur
KUALA LUMPUR, 13 Dis: Kira-kira 50 wakil peneroka Felda daripada beberapa negeri hari ini menyerahkan memorandum menyokong Pengarah Besar Felda, Datuk Zulkifli Abd Wahab di Ibu Pejabat Felda, Jalan Gurney, dekat sini.
Memorandum sokongan itu ekoran tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengarahkan Zulkifli bercuti dan mengikuti Kursus Pengurusan Lanjutan bagi meningkatkan prestasi untuk melakukan transformasi Felda.
Ia merupakan cadangan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad melalui surat yang dihantar kepada Najib bertarikh 21 November.
Arahan bercuti dikeluarkan melalui surat yang diikeluarkan Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri 25 November lalu.
Difahamkan, Zulkifli mula bercuti 25 November lalu dan telah berlepas ke London minggu lalu.
Memorandum yang diserahkan kepada wakil Felda, Muhamad Ibrahim antaranya menuntut Perdana Menteri menarik balik arahan bercuti itu dan menggugurkan Isa daripada jawatannya.
Mereka diketuai Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan, Mazlan Aliman berarak kira-kira satu kilometer menuju ke bangunan Felda dengan diawasi kira-kira 30 anggota polis beruniform termasuk polis cawangan khas.
Mereka melaungkan "undur Isa Samad", "hidup rakyat" sambil membawa sepanduk bertulis "kami sayang Zul, benci Isa".
Bercakap kepada media selepas penyerahan memorandum, Mazlan berkata, pihaknya amat kesal dengan tindakan yang dilakukan terhadap Zulkifli yang dianggap sebagai seorang yang sangat amanah dan berdedikasi dalam tugasnya.
"Kami yakin tindakan ini sebenaranya penyingkiran kepada Datuk Zul.
"Ia tidak beretika dan biadap terhadap Ketua Eksekutif Kumpulan yang mempunyai 23 kakitangan," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.
Menurut Mazlan, Isa tidak senang dengan Zulkifli kerana menganggap Zulkifli menghalang usaha penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia.
"Dalam mesyuarat lembaga pengarah, Datuk Zul pernah mempersoal di mana Felda nak cari duit untuk bayar gaji kakitangan Felda RM1.5 bilion bila FGVH melabur dalam Bursa Malaysia. Isa tidak senang kerana mengganggu usahanya untuk penyenaraian," jelas beliau.

Rakyat Perak masih taruh harapan pada Nizar
KUALA LUMPUR, 13 Dis: Dewan Pemuda PAS Perak mendakwa terdapat usaha dari pihak tertentu yang akan cuba mencemarkan imej dan nama baik bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) menjelang PRU-13 nanti.Tindakan itu, kata mereka ekoran Mohamad Nizar masih mendapat sokongan dan menjadi harapan seluruh rakyat negeri itu untuk kembali memegang tampuk kepimpinan kerajaan negeri.
Timbalan Ketuanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, faktor sokongan padu rakyat terhadap Nizar itu juga turut menjadi kebimbangan besar BN negeri itu terutama Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
"Pada kami, sebenarnya Barisan Nasional (BN) Negeri Perak amat bimbang perkara tersebut dan cuba memastikan imej Datuk Seri Nizar diburukkan dengan pelbagai serangan.
"Kami yakin rakyat sedang menunggu untuk menyuarakan ‘undi’ mereka bagi memastikan Datuk Seri Nizar dan PR meneruskan pentadbiran bersih yang ‘terhenti’ dalam tempoh 11 bulan sahaja," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Pada masa sama jelasnya, Umno Perak kini sedang berdepan krisis dalaman apabila ramai di kalangan pemimpin Umno negeri itu kurang senang dengan Zambry dan mahu teraju kepimpinan negeri itu diganti orang lain.
Zambry juga dikatakan bukan calon pilihan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Kebanyakkan pimpinan Umno Bahagian terutamanya kurang senang dengan kepimpinan Datuk Seri Zambry berikutan ramai dikalangan mereka adalah penyokong kepada bekas Menteri Besar Perak ke-9 iaitu Tan Sri Haji Mohammad Tajol Rosli Mohammad Ghazali.
"Kami mencabar BN Perak agar segera menamakan siapakah calon Menteri Besar jika BN Perak berjaya kembali mentadbir Perak pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti," katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)