KUALA LUMPUR:
Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan menyeru mahasiswa yang
terlibat dengan ‘Occupy Dataran’ supaya terus beristiqamah dan tabah
dalam memperjuangkan keadilan untuk Umar Mohd Azmi yang kini dipenjara
di Penjara Kajang.
“Syabas dan tahniah buat mahasiswa yang terus bangkit dan bertahan untuk menuntut serta memperjuangkan keadilan.
“DPPM (Dewan Pemuda PAS Malaysia) mengharapkan mahasiswa tertindas terus sabar dan tabah berjuang. Semoga Allah membuka pintu hati rakyat untuk turut bangkit melakukan perubahan menolak penindasan,” kata Nasrudin kepada Harakahdaily lewat petang semalam.
Umar, 23, seorang aktivis ketika protes ‘Occupy Dataran’ April lalu sebelum perhimpunan Bersih 3.0 dijatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 kelmarin kerana didakwa menghalang pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan tugas semasa serbuan terhadap gerakan mahasiswa pada April lalu.
Insiden itu didakwa berlaku semasa serbuan mengejut DBKL ke atas perkhemahan protes di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur pada jam 8 pagi 22 April lalu.
Aktivis siswa berkhemah di dataran tersebut sebagai bantahan mereka terhadap Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang didakwa tidak adil.
Ekoran hukuman kepada Umar, sekumpulan aktivis pelajar, terutamanya dari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) telah berkumpul di luar Penjara Kajang untuk memberikan sokongan.
Sebanyak empat khemah telah didirikan untuk sebilangan aktivis 'berkampung' di hadapan Penjara Kajang sebagai tanda sokongan terhadap Umar.
Umar juga menghantar mesej kata-kata semangat berbunyi "Dunia belum kiamat, Berjuang sampai tamat" buat rakan-rakan yang 'berkampung' di luar penjara itu.
Selain mahasiswa, turut hadir memberi sokongan siang tadi termasuk ahli politik dari Pakatan Rakyat seperti Ahli Parlimen Hulu Langat Dr Che Rosli Che Mat, Kartunis Zunar serta selebriti Abby Abadi.
Mengulas mengenai hukuman tersebut, Nasrudin berkata hukuman tersebut adalah sangat tidak setimpal berbanding dengan hukuman yang dijatuhkan kepada pemain boling Nor Afizal Azizan, 20, yang terlepas daripada hukuman penjara atas kesalahan merogol seorang gadis bawah umur tahun lalu.
Bekas jaguh boling Kejohanan Remaja Kebangsaan ke-30 dan atlet Sukan Malaysia negeri terlepas hanya dilepaskan dengan bon jaminan berkelakuan baik selama lima tahun bernilai RM25,000 tanpa cagaran meskipun mengaku bersalah merogol seorang gadis bawah umur tahun lalu.
“Kalau ini dikatakan keadilan, transformasi yang dilaungkan Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib Razak boleh dibuang dalam bakul sampah sahaja. Ini buat pening rakyat sahaja,” kata Nasrudin.
DPPM, katanya, akan melawat mahasiswa ‘Occupy Dataran’ di Penjara Kajang dalam waktu terdekat sebagai sokongan padu untuk gerakan tersebut.
Selain
mahasiswa, turut hadir memberi sokongan siang tadi termasuk ahli
politik dari Pakatan Rakyat seperti Ahli Parlimen Hulu Langat Dr Che
Rosli Che Mat, Kartunis Zunar serta selebriti Abby Abadi.

KUALA LUMPUR: Sekretariat
Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) secara rasmi mengumumkan, Himpunan 1
juta rakyat pada 12 Januari tahun hadapan akan diadakan di Stadium
Merdeka.
KUALA LUMPUR:
Jangan seronok dengan penangguhan sistem AES (Automated Enforcement
System), GST (cukai barangan dan servis), tarif elekrik, cukai telefon
pra-bayar dan sebagainya kerana ini semuanya bersifat sementara saja
sehingga BN berkuasa lagi.
Timbalan
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, berkata usaha Kelantan untuk
menjadikan negeri pertanian tidak pernah silap sejak menerajui
kepimpinan negeri tahun 1990 sehingga muncul sebagai pengeluar produk
pertanian yang terpenting di negara ini.
KUALA LUMPUR: PAS penuh keyakinan, perpindahan kuasa yang akan berlaku dalam pilihan raya ke 13 nanti bakal berjalan dengan penuh keamanan.
KANGAR:
“Boleh ke kita ambil Putrajaya,” tanya Timbalan Presiden PAS, Mohamad
Sabu ketika berucap pada Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Negeri
Perlis di sini, malam tadi.
KOTA BHARU:
Seramai 17 orang bayi telah ‘ditahnikkan’ oleh Menteri Besar Kelantan,
Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sempena majlis aqiqah perdana
hari ini.
Hasil pentadbiran kerajaan negeri sejak 22 tahun lalu golongan remaja sekarang tidak tahu tempat-tempat maksiat.
Surat kepada pihak Kerajaan Negeri berkatian kes itu telah pun dihantar pada 12 Disember 2012 yang lalu.
KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Ipoh Timor, Lim Kit Siang (gambar)
'memohon maaf' kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan
pemimpin Umno yang lain kerana beliau menang dalam pemilihan DAP
baru-baru ini.
